Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Hikmah di sebalik Tulisan

Saturday, 12 October 2013 - - 0 Comments



Seronok tengok tulisan kawan-kawan yang bermacam-macam bentuk. Terfikir adakah hikmah di sebalik keunikan yang Allah ciptakan ni? lepas search internet, terjumpa satu artikel mengenai personaliti di sebalik tulisan oleh Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Kebanyakannya betul tetapi tidak semuanya. Mempercayainya sepenuhnya adalah syirik maka eloklah kita lihat untuk 'have fun' sahaja. Selamat mencuba!


Pertama: Tekanan

i.       Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
(Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif)

ii.      Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
(Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit)


Kedua: Bentuk Tulisan

i.       Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
(Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan - otak kreatif)

ii.      Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp (tajam)
(Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri - otak logikal)


Ketiga: Kecondongan

i.       Condong ke kanan
Extrovert: suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii.      Condong ke kiri
Introvert: suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii.     Tegak
Systematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah 

iv.      Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat: Kerapatan

i.       Jarang-jarang
Tak suka campur gaul dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii.      Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima: Pada huruf J, G, Y, Z

i.       Ada ekor

a)       Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b)       Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam: Pada palang huruf kecil T (t)

i.       Tinggi
Tahap aspirasi tinggi

ii.      Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii.     Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


Rumusan:
Tulisan dapat mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

Alam Kubur Tempat Pertama Alam Akhirat

- - 0 Comments

Setelah manusia meninggal dunia, rohnya berpindah ke alam baharu yang bernama barzakh. Allah berfirman, "Dan di hadapan mereka ada barzakh sehingga hari mereka dibangkitkan" (Al-Mu'minun 23:100)

Hadis-hadis seringkali menyebut alam barzakh dengan sebutan 'alam kubur'. Hal ini mungkin kerana memandangkan tubuh manusia yang pada waktu itu umumnya berada di bawah tanah. Padahal sebenarnya roh manusia bukan lagi berada di alam dunia melainkan telah beralih ke alam berikutnya.

Keadaan manusia dalam alam itu sangat menentukan nasib dan tempatnya pada waktu kebangkitan nanti.
Diriwayatkan bahawa Usman bin Affan selalu menangis hingga janggutnya basah setiap kali beliau berdiri di hadapan kubur. Seseorang bertanya kepadanya, "Jika mengingatii syurga atau neraka tuan tidak menangis. namun jika mengingati kubur, mengapa tuan menangis?"

Beliau menjawab, "Rasulullah pernah bersabda, kubur adalah tempat Akhirat yang pertama. Jika dia selamat di tempat ini, maka tempat-tempat berikutnya akan dilalui dengan lebih mudah namun jika dia tidak selamat di tempat ini, maka tempat-tempat berikutnya akan dilalui dengan lebih sukar." Beliau juga berkata, Rasulullah juga bersabda, "Tidaklah aku melihat satu pemandangan yang lebih buruk maleinkan kubur lebih buruk daripadanya.
"