Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Tips berhenti melakukan maksiat

Saturday, 28 February 2015 - - 0 Comments

assalamualaikum korang!

Hehe... Lamenya hamba dok update blog ni. Bukan apa, henfon yg selalu guna tu rosak. Slalu update blog nya guna fon je. Zaman millenium le katekan.. Hihiks xP

Malas dgr hambe merepek?? K, fine.. -_- jom sambug tujuan asal. Kita bincang pasal taubat pulak.. Yo! Roll... 

Hamba dah lama dah dok tercari cari cara nk stop buat maksiat secara berterusan ni kt internet dan buku2 agama. Pasal apa? Sebab ada masalah lah manusia cari penyelesaian.. hmmm :(

Tak dpt dinafikan setiap orang ada kelemahan dan masalah masing2 kan? Siapa yg tak pernah miss solat subuh dr start baligh sampai skarang?? Comment sket.. *jeng3
Haha.. ni la soalan yg cikgu hamba pernah tanya masa form2 ke form1 x ingat dah. N guess what? 2 orang je yg berani mengaku tak pernah miss solat subuh xP
itu pun tak tahu lagi keadaan dan hakikat sebenarnya kan? Hihiks...
Tapi yg mmg betul2 tak pernah miss tu hamba tabik spring la :D
Faktor family jugak tu selalunye ye dok? Tabik mak ayah korang! ^^

Okayh... berbalik kepada tajuk tadi, husna nak share suatu cerita pasal seorang sahabat Rasulullah yg hamba rasa mcm.. "subhanallah, mampu ke aku?" Jom...

Diriwayatkan seorang sahabat Rasulullah SAW, Abu Talhah, seorang Ansar yang berpengaruh dan punya banyak kebun tamar. Pada suatu hari, beliau telah melawat kebun tamarnya. Abu Talhah tersenyum lebar melihat pokok-pokok tamarnya mula berbunga dan berputik dan deretan tandan tamar yang mulai ranum ditangkainya. Burung-burung pipit berterbangan riuh-rendah berkicauan menambahkan lagi suasana harmoni di kebun kesayangannya. Kicauan burung yang hinggap di tandan tamarnya sambil mematuk-matuk merasai nikmat tamar yang masak ranum amat mengasyikkan Abu Talhah. 

Seketika kemudian, Abu Talhah melangkah ke kolam yang terletak di tengah-tengah kebunnya dan mengambil wuduk. Selesai wuduk, beliau memandang sekeliling kebunnya yang pandangannya memang mengasyikkan. Tidak berapa lama kemudian, Abu Talhah mula bertakbir dan mendirikan sembahyang, sedangkan matanya mula mengekori beberapa ekor burung yang hinggap di sebatang pohon tamar di hadapannya. Kicauan burung-burung itu benar-benar mengasyikkan Abu Talhah sambil matanya memantau pergerakan burung-burung yang berterbangan dari satu pohon ke pohon yang lain. Asyiknya si Abu Talhah sehingga beliau terleka dan lupa bilangan rakaat dalam sembahyangnya. Sebaik selesai mengerjakan sembahyang, Abu Talhah mengeluh, “Aku terlalu asyik menikmati kicauan burung-burung itu sehingga tidak dapat menumpukan perhatian dalam sembahyang. Bilangan rakaat pun aku terlupa...”

Beliau segera bangun lalu meninggalkan kebunnya dan segera menemui Rasulullah SAW. Di hadapan Rasulullah SAW, Abu Talhah menceritakan, “Aku menunaikan sembahyang semasa di kebun kesayanganku. Pada masa yang sama beberapa ekor burung berterbangan di hadapan ku daripada sebatang pohon ke pohon yang lain. Mataku melirik memerhatikan dengan asyik burung-burung yang berkicauan sehingga aku terlupa sudah berapa rakaat aku sembahyang.”

Abu Talhah menyambung lagi, “Aku wakafkan kebunku dan segala isinya kepada fakir miskin dan terserahlah kepada tuan sama ada memanafaatkannya bagi apa-apa keperluan.” Demikianlah kisah Abu Talhah menafkahkan kebun yang paling dicintainya, Birha.

Nampak tak? Kesalahan yg beliau buat tu kecik sgt pada pandangan kita kan? Tp sgt besar pada pandangan beliau. Itulah takwa.. mcm yg Umar Al-Khattab kata, "takwa itu seperti berjalan di antara duri2" ingat tak? :)

Okeh, point nye kat sini ialah,...
Tips nak stop lakukan maksiat secara berterusan. Apa yg kita boleh dapat? Dalam mcm2 sumber kita boleh dapat, tips yg pertama yg kita slalu jumpa ialah pasang niat n azam. Betul tak?  Macam mana?

Haa... salah satu cara yg hamba rasa agak effective. Pandangan hamba je lah..

Hamba dah cuba byk kali dah pasang niat x jadi2 jugak :'(

Tips nya ialah.. PAKSA DIRI.
Macam mana? Mcm ni....
Tetapkan satu denda kpd diri kita jika kita buat lagi sekali maksiat tersebut. Contohnya,,

"Kalau aku lambat solat subuh lagi, aku akan baca quran 1 juz"

"Kalau aku tengok video tak elok lagi lepas ni, aku akan hukum diri aku puasa 3 hari"

"Kalau aku merokok lagi, aku akan sedekahkan rm50 kt masjid"

Bila dah janji tu wajiblah ditunaikan ye dok?

Tak salahkan? Denda berbentuk amal. Mungkin syaitan pun akan keliru utk hasut kita untuk buat maksiat tersebut ataupun tidak. Kita tak rugi, dia yg rugi. Hehe... nampak tak permainannya kat situ? :p 

Sebarang kekeliruan boleh la bertanya kepada ustaz ustazah... jom gi majlis ilmu banyak2, nikmat taw bila kita dpt ilmu akhirat yg baru... banyak sgt cara zaman sekarang ni utk kita tambah ilmu. Tinggal nak tak nak je kan? Hehe...

Fi hifzillah... wassalamualaikum ^_^