Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Air Tangan ORANG TAK SOLAT

Saturday, 25 July 2015 - - 0 Comments

Sesungguhnya orang Islam yang meninggalkan solat adalah berdosa,malahan lebih hina dari khinzir.Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S. 


Begini kisahnya,pada zaman Nabi Musa,ada seorang lelaki yang sudah berumah tangga,dia tidak mempunyai zuriat,lalu terdetik dalam hatinya (nazar). “Kalau aku dapat anak,aku akan minum air kencing anjing hitam.”Dengan izin Allah S.W.T,akhirnya isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak.Bila sudah mendapat anak,lelaki ni pun runsinglah.Dia sudah bernazar dan terpaksa minum air kencing anjing hitam.Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang diturunkan untuk umat Nabi Muhammad S.A.W.Jika umat Nabi Muhammad S.A.W bernazar benda yang haram,maka tak payah lakukan.Tapi kena bayaran dam(denda) atau sedekah.Tapi pada zaman Nabi Musa A.S,sesiapa yang bernazar,walaupun haram,tetap kena laksanakan nazar itu.Lalu,si lelaki yang mendapat anak itu,dengan susah hati pergi bertemu dengan Nabi Musa.

Dia menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya.Lalu,Nabi Musa menjawab bahawa lelaki itu tak perlu minum air kencing anjing hitam,tetapi dikehendaki minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.Nabi Musa A.S perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tersebut.Justeru itu,lelaki tersebut pun merasa senang hati dan terus menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Kisah ini menunjukkkan bahawa betapa hinanya orang yang tidak solat,sehingga dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya lebih hina dari air kencing anjing hitam.Itu baru air bumbung rumah,belum air tangan orang yang tidak solat lagi.Justeru itu jangan sesekali kita meniggalkan solat dengan sewenag-wenangnya kerana azab yang akan diterima nanti amatlah siksa dan pedih.Solat perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah di hari Akhirat nanti adalah Solat.Baik amalan solat maka amalan lain pun akan menjadi baik dan akan dipermudahkan.Jika solat kita ada masalah maka amalan lain pun akan turut bermasalah.Kerana solat itu merupakan tiang agama kita,jika runtuh solat maka runtuhlah agama..