Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Kek coklat Wholemeal

Monday, 22 March 2021 - - 0 Comments

1. Serbuk koko 3/4 cawan, tepung wholemeal 1 3/4, gula perang 1 cawan, 1 1/2 tsp Baking powder, 1 1/2 tsp baking soda, 1 tsp garam

- Gaulkan bagi rata

2. Masukkan 1 cawan susu, 3 biji telur, 1/2 cawan minyak jagung

- mix 2-3 minit

3.  Masukkan 1 cawan air betul2 panas

- kacau guna scrapper sampai sebati.

4. Tuang dalam loyang bersalut minyak

5. Bakar sejam 170°C

Kek Buah Moist

Tuesday, 2 March 2021 - - 0 Comments


 Bahan 1:

Hampir satu buku buttercup (1 buku tu potong sikit untuk guna oles loyang) 

3/4 cawan gula perang

5 jenis buah-buahan kering total semua 300 g - ikut suka (prune, cherry, kismis goden, kismis hitam, kiwi dsb yang disukai)

Air 3/4 cawan

Cara:

Masukkan semua Bahan 1 dalam saucepan, panaskan dengan api sederhana kuat selama 3 minit. Tutup api, biarkan sejam, sampai betul-betul sejuk. 


Bahan 2:

Telur 3 biji

Tepung gandum 3/4 cawan

Baking powder 1 tsp

Garam 1/2 tsp

Zes sebiji lemon dan zes sebiji oren

Kacang yang di chop (apa-apa jenis kacang yang disukai) 

Cara:

Panaskan oven. Masukkan telur satu per satu dalam Bahan 1 sambil mix. Masukkan semua baki Bahan 2 kecuali kacang dalam Bahan 1, gaul sebati. Oleskan loyang, tuang adunan dalam loyang dan taburkan kacang yang dichop ke atas adunan tadi. Bakar suhu 160°C selama 60 minit atau sehingga masak (tidak melekat apabila dicucuk lidi), api atas bawah.