Kek Buzzer
Tuesday, 9 November 2021 - - 0 Comments
Bahan
Buttercup 250g
Telur Gred B 5 biji
Gula castor 1 cawan (cawan hi-tea)
tepung berserbuk penaik 3 cawan hi-tea
susu cair 1/3 tin
Esen pisang 1/2 sudu teh
Jem strawberry
Kelapa kering
Cara
1. Mix high speed: butter dan gula
2. Mix high speed: masukkan telur satu2 sambil mix. masuk satu, mix sampai creamy, masuk lagi satu, mix sampai creamy lg, sampai habis 5-5 telur
3. masukkan tepung secawan, mix slow (max speed 3), masukkan susu cair sikit, mix slow. Ulang sampai habis tepung n susu cair.
4. Masukkan esen pisang. Mix slow sampai dh mixed la esen tu bagi sekata.
5. Pastikan oven dipanaskan dulu api atas bawah 170C selama 10 mins
6. Gris loyang, masukkan bancuhan kek, masukkan dlm oven. Set masa 40 mins, tukar suhu jadi 160C. biar je sampai oven bunyi. Check kek dh masak ke belum dengan cucuk pakai lidi/pisau. Kalau x masak lagi, tambah masa 10 mins lagi. suhu jgn ubah.
7. Bila dh siap, biarkan dlm oven. Oven bukak sikit.
8. Dah sejuk boleh pegang, angkat letak atas meja. sapu seluruh kek dgn jem dan tabur kelapa kering.
9. Simpan peti separuh, separuh letak dlm bekas je.