Penipuan Evolusi oleh Harun Yahya
Wednesday, 21 November 2012 - Labels: Adnan Oktar, agama suci, Darwinisme, fahaman, falsafah, Harun Yahya, ideologi, kehidupan, komunis, komunisme, materialisme, Penipuan evolusi - 0 Comments
Sebahagian masyarakat yang pernah mendengar tentang 'Teori Evolusi' atau 'Darwinisme' mungkin menyangka ia hanyalah sebuah konsep biologi sahaja dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam kehidupan mereka. Suatu kesilapan yang besar, kerana ia tidak hanya berkisar dengan kepentingan biologi sahaja, malah teori evolusi adalah suatu penyelewengan falsafah yang telah mempengaruhi ramai orang.
Falsafah ini adalah 'materialisme;, yang mengandungi kepalsuan tentang bagaimana kita datang. Matlamat utama materialisme tiada yang lain melainkan kebendaan dan kebendaan itulah intipati segalanya. Bermula dari persoalan pokok ini ia telah menolak kewujudan seorang Al-Khaled, iaitu Allah. Meletakkan segalanya pada status benda, anggapan ini menjadikan manusia satu makhluk yang hanya mengambil berat tentang kebendaan dan mengetepikan segala jenis nilai-nilai moral. ini adalah permulaan sebuah tragedi yang akan menimpa kehidupan manusia.
Bahaya materialisme tidak hanya terhad kepada individu sahaja, tetapi ia juga akan menghancurkan nilai-nilai asa yang dipegang oleh sesebuah negara dan masyarakat, seterusnya membentuk sebuah masyarakat yang tidak berjiwa dan hilang sensitivitinya, sehingga yang menjadi perhatian utama mereka ialah kebendaan. Memandangkan anggota sesebuah masyarakat itu boleh menerima fahaman-fahaman yang idea seperti semangat perjuangan, kecintaan kepada seseorang, keadilan, kemuliaan, amanah, kejujuran, pengorbanan atau moral-moral yang baik, susunan masyarakat yang diasaskan individu-individu ini telah ditakdirkan untuk dimusnahkan dalam masa yang singkat. Dengan sebab itu, materialisme merupakan satu daripada beberapa bahaya terhadap nilai-nilai asas politik atau masyarakat sesebuah negara.
Satu lagi keburukan materialisme ialah anjurannya terhadap keganasan dan perbalahan yang menyerang sesebuah negara dan masyarakatnya. Komunisme, pegangan asas ideologi ini, adalah hasil daripada falsafah materialis. Ia berusaha untuk membasmi fahaman-fahaman suci agama sesuatu negara dan keluarga, ia mengandungi asar ideologi bahawa setiap bentuk perbuatan-perbuatan yang terpisah secara langsung menentang struktur negeri yang bersatu.
Teori evolusi mengandungi asas saintifik materialisme yang menjadi sandaran fahaman komunis. Dengan merujuk kepada teori evolusi ini, komunis mencari kebenaran dirinya sendiri dan mendakwa bahawa ideologinya adalah yang paling tepat dan selamat. Sebab itulah, pengasas komunisme, Karl Marx menulis untuk buku Darwin bertajuk "The Origin of Species" yang membahaskan dasar teori evolusi sebagai "...ini adalah buku yang mengandungi asas sejarah semulajadi untuk panduan kita."
Dengan sebab itu, setiap fahaman materialisme yang menjadikan idea-idea Marx sebagai rujukan, sesungguhnya telah musnah kerana teori evolusinya telah dipatahkan hujahnya melalui kajian sains moden. Sains telah mebuktikan kesilapan teori ini dan akan terus membuktikan kesilapan andaian materialis yang beranggapan bahawa kewujudan itu tidak lain melainkan suatu benda (jisim), dan membayangkan bahawa setiap kejadian itu terhasil daripada satu kejadian yang lebih awal daripadanya (berperingkat-peringkat).
Perbincangan selanjutnya boleh dirujuk di buku Penipuan Evolusi oleh Harun Yahya (Adnan Oktar) =>
atau dapatkan tulisan-tulisan hebat Harun Yahya (Adnan Oktar), seorang intelektual Turki di laman web
=> http://saba.com.my/store/index.php?_a=viewCat&catId=104
Tujuan utama buku ini adalah untuk mendedahkan fakta-fakta saintifik yang menyanggah teori evolusi di dalam segenap lapangan dan memaklumkan kepada masyarakat tentang kepalsuan, penipuan, dan tujuan sebanar "sains"(evuolusi) ini, yang sememangnya telah jelas sebagai satu fakta yang sesat.
Wallahualam
Anakku, Hayatilah pesanan ini..
Friday, 16 November 2012 - Labels: anak, ayah, berbicara, derhaka, hayatilah, ibu, ibu bapa, indah, insan, kebahagiaan, memberontak, pesanan, taat, teguh - 0 Comments
Siapa kita di hati mereka?
Siapa kita di hati ibu bapa kita?
Mudah dituturkan sesetengah insan 'anaklah, siapa lagi?' tetapi ada benarnya juga kita melebihi seorang anak lebih kilaunya daripada permata.
Walau terik mentari jingga, tak hilang cantiknya di hati mereka.
Walau rupa tak setanding ratu dunia, masih tetap sayangnya mereka terhadap kita.
Walau tangisan kedengaran membingitkan tak kira masa, masih teguh merka berdiri di sisi kita.
Walau sifat memberontak dihadiahkan kepada mereka, tangan ditadah memohon kesabaran daripada Maha Kuasa.
Dan hati kecil mereka mungkin berbicara,
Aku mungkin bukan sesiapa di hatimu, yang tak pernah kau cuba tahu aku ini sering memikirkan kebahagiaan mu.
Aku mungkin bukan sesiapa di kotak fikiranmu, yang kau sengaja kecilkan aku yang telah membesarkanmu berbekalkan sayang setulus hati,.
Tapi dengarlah sayangku, dengarkanlah kata ibumu ini.
Walau terlalu keras suara yang kau lontarkan setiap waktu,
Walau terlalu tinggi herdikan kau jamahkan aku sebelum ajalku,
Aku mahu kau tahu.
Sesungguhnya wahai anakku,
tiada mutiara secantik kamu, tiada permata seindah dirimu, tiada dua untuk menggantikanmu.
Ingatlah sayangku,
Walau sudah ketika nanti aku akan menjadi kain burukmu,
tak pernah aku cuba menghitamkan kain putih yang ada pada hari ini.
Aku mengharapkan diri ini diingati selalu.
Doa ibu sentiasa menyelimutimu sayangku walau jasad nanti terkubur di bawah kakimu.
Anakku,
Dengarkan kata ayahmu ini.
Dasarnya keras tak punya sedikit belas,
tapi pernah kau cuba lihat betapa aku ini membalas tiap belaian yang kau hadiahkan dalam setiap perjalanan kau yang makin dewasa?
Pernah kau cuba intai betapa derasnya jantung tatkala suara kau bermain-main di cuping telingaku hingga terlarutnya malam dalam gelita?
Pernah kau cuba renungkan bahawa aku ini seorang ayah yang terlalu ingin membawa sebentang langit kebahagiaan tika hayatku berlagu?
Saat kau semakin jauh, saat itulah semakin jaraknya nafas dengan jasadku.
Sayang, mungkin pada kau,
dirimu itu umpama burung yang ingin terbang sebebas-bebasnya yang boleh.
Jangan sayang, jangan!
Kau umpama pelangi dalam hidupku.
Tak pernah kupunya nikmat seperti memilikimu.
Tika berlabuhnya tirai malam, tika terngiangnya pekiakanmu, terngiangnya amukanmu sayang,
aku masih mendoakanmu sampai aku dikafankan, mungkin olehmu sendiri.
Walau racunmu menghadiahkan tangisan buatku, penawar senyum di bibir manismu.
Penawarnya bahagia di akhirat sana, bersama daku, si orang tuamu.
Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu,
Tepuk adik pandai emak upah susu;
Susu lemak manis santan kelapa muda,
Adik jangan nangis emak buat kerja.
Hayatilah setiap bibit kata ini, mungkin ringkas di mata kasar, mengertilah air mata kami yang membawa seribu makna. (^_^)
Al Mathurat Wazifah Sughra
Tuesday, 13 November 2012 - Labels: al-Mathurat, sughra, wafizah - 0 Comments
Golongan yang Berbeza Pendirian terhadap Al-Quran
- Labels: al-Quran, Allah, aniaya, berbeza, bersederhana, diri, golongan, hukum, kebajikan, kelompok, muhasabah, pendapat, peraturan - 0 Comments
Tiga golongan muslim yang berbeza pendapat mengenai al-Quran:
- Golongan yang menganiayai diri mereka sendiri
- golongan yang kesalahan mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan, kerana mereka tidak membaca al-Quran, mentelaahm berdiskusi apatah lagi untuk beramal dengan perintah Allah di dalamnya.
- Golongan yang bersederhana
- Golongan yang kesalahan mereka sama banyak dengan pahala mereka. Mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia untuk melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah.
- Golongan yang berlumba-lumba membuat kebajikan
- Golongan yang amat banyak kebaikan yang dilakukannya dan jarang sekali berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah di dalam al-Quran.
Ikatan Tali Persahabatan
Sunday, 11 November 2012 - Labels: email, ikatan, kasih sayang, kawan, online, persahabatan, putus, rindu, sahabat, selamanya, tali, Tuhan - 0 Comments
Baru-Baru ini aku telah dapat kembali berhubung dengan sahabat yang amat saya sayangi walaupun suatu masa dahulu pernah aku sakiti kerana sifat cemburu dan ego yang menggunung.Setelah hampir 2 tahun setengah aku menyimpan perasaan bersalah dan rindu ini dalam hati dan menjadi beban yang teramat berat, akhirnya berjaya dipadamkan pada tanggal 7 November 2012. Pada malam hari tersebut, aku telah bermimpi bertemu dia di dalam sebuah surau di sebuah sekolah yang ketika itu para pelajarnya sedang menunaikan solat berjemaah. Dari jauh, aku memerhatikannya sedang berbual-bual dengan rakan-rakannya. ingin benar rasanya menegur setelah 2 tahun tidak bertemu. Namun kutahan niat di hati selepas kejahatan yang telah ku lakukan melintasi minda ku. Usai solat berjemaah, terasa ada seseorang mencuit belakang ku. Apabila ku menoleh ke belakang, orang yang amat ku rindui itu berada betul-betul di hadapan ku. perasaan ku bercampur baur. sedih, gembira, bersalah dan yang seumpama dengannya. Tanpaku sedari, pipiku hangat dibasahi air mata. Aku memeluknya erat lalu aku terjaga dari mimpi indah itu. Walaupun ianya hanya sebuah mimpi, ia sangat bermakna buatku. Semua perasaan yang kualami itu macam 'real'.
Mimpiku bagai menjadi kenyataan pada tanggal 7 November 2012 iaitu pada keesokan harinya. Aku terasa seperti ianya suatu keajaiban. Walaupun hanya dapat bertemu di alam maya, aku sangat bersyukur. Pada waktu itu, aku sedang update statusku di fb mengenai mimpiku itu. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati si dia juga sedang online. dia memang jarang online dan kalau dia online sama dengan aku pun, selalunya dia akan terus offline. Aku mencuba nasib. Assalamualaikum.. aku menegur untuk melihat samada dia akan offline atau menjawab salamku. Alangkah bahagianya aku apabila dia membalas salamku. Kami terus bertanya khabar. Sehinggalah aku menyatakan bahawa aku telah menulis sebuah cerpen berkaitan kisah kami. Dia memintaku email kan cerpen tersebut dan terus offline kerana katanya ada tugas yang mesti diselesaikan.
Semasa aku email kan cerpen itu kepadanya, aku telah meluahkan segala-galanya yang terbuku dalam sanubari ini. Tentang perasaan ku, salah faham yang terjadi, dan memohon maaf kepadanya.Aku terasa seperti segala beban dalam hatiku terluah melalui email itu. Walaupun hanya melalui alam maya, aku terasa seperti tali persahabatan yang terputus sejak 2 tahun itu. Aku tahu, ikatan tidaklah seindah tali yang asal namun ku berharap agar ikatannya kukuh dan sukar terputus tidak seperti tali asal yang cantik namun mudah terputus..
Sahabat ...
di saat kita nikmati kebersamaan banyak hal yang terlewat kan begitu saja
keceriaan, canda dan tawa semuanya mengalir begitu saja
waktu yang tersisah seolah tak mampu menampung nya dan waktu yang sangatlah singkat membuat ku teringat kepada mu sahabat ..
Semua kenangan - kenangan itu tak terasa ,pergi meninggalkan segala kegembiraan
serta canda dan tawa mu satu persatu hilang sekejap mata
ada beribu senyum saat terlintas memory yang dulu kala
Sahabat ...
semua yang pernah kita jalani hari demi hari , waktu demi waktu telah kita lalui semuanya.
Banyak hal yg pernah terjadi karena itulah jalan hidup yang kita miliki
kadang benci, kesal ,dan kecewa serta rasa senang dan sayang
sungguh luar biasa , apa yang telah kita lalui bersama ..
Ya Tuhan ...
jagalah dan lindungilah
sahabat-sahabat ku
karena mereka adalah sahabat terbaiku selamanya