Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Penipuan Evolusi oleh Harun Yahya

Wednesday, 21 November 2012 - - 0 Comments

Sebahagian masyarakat yang pernah mendengar tentang 'Teori Evolusi' atau 'Darwinisme' mungkin menyangka ia hanyalah sebuah konsep biologi sahaja dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam kehidupan mereka. Suatu kesilapan yang besar, kerana ia tidak hanya berkisar dengan kepentingan biologi sahaja, malah teori evolusi adalah suatu penyelewengan falsafah yang telah mempengaruhi ramai orang.

Falsafah ini adalah 'materialisme;, yang mengandungi kepalsuan tentang bagaimana kita datang. Matlamat utama materialisme tiada yang lain melainkan kebendaan dan kebendaan itulah intipati segalanya. Bermula dari persoalan pokok ini ia telah menolak kewujudan seorang Al-Khaled, iaitu Allah. Meletakkan segalanya pada status benda, anggapan ini menjadikan manusia satu makhluk yang hanya mengambil berat tentang kebendaan dan mengetepikan segala jenis nilai-nilai moral. ini adalah permulaan sebuah tragedi yang akan menimpa kehidupan manusia.

Bahaya materialisme tidak hanya terhad kepada individu sahaja, tetapi ia juga akan menghancurkan nilai-nilai asa yang dipegang oleh sesebuah negara dan masyarakat, seterusnya membentuk sebuah masyarakat yang tidak berjiwa dan hilang sensitivitinya, sehingga yang menjadi perhatian utama mereka ialah kebendaan. Memandangkan anggota sesebuah masyarakat itu boleh menerima fahaman-fahaman yang idea seperti semangat perjuangan, kecintaan kepada seseorang, keadilan, kemuliaan, amanah, kejujuran, pengorbanan atau moral-moral yang baik, susunan masyarakat yang diasaskan individu-individu ini telah ditakdirkan untuk dimusnahkan dalam masa yang singkat. Dengan sebab itu, materialisme merupakan satu daripada beberapa bahaya terhadap nilai-nilai asas politik atau masyarakat sesebuah negara.

Satu lagi keburukan materialisme ialah anjurannya terhadap keganasan dan perbalahan yang menyerang sesebuah negara dan masyarakatnya. Komunisme, pegangan asas ideologi ini, adalah hasil daripada falsafah materialis. Ia berusaha untuk membasmi fahaman-fahaman suci agama sesuatu negara dan keluarga, ia  mengandungi asar ideologi bahawa setiap bentuk perbuatan-perbuatan yang terpisah secara langsung menentang struktur negeri yang bersatu.

Teori evolusi mengandungi asas saintifik materialisme yang menjadi sandaran fahaman komunis. Dengan merujuk kepada teori evolusi ini, komunis mencari kebenaran dirinya sendiri dan mendakwa bahawa ideologinya adalah yang paling tepat dan selamat. Sebab itulah, pengasas komunisme, Karl Marx menulis untuk buku Darwin bertajuk "The Origin of Species" yang membahaskan dasar teori evolusi sebagai "...ini adalah buku yang mengandungi asas sejarah semulajadi untuk panduan kita."

Dengan sebab itu,  setiap fahaman materialisme yang menjadikan idea-idea Marx sebagai rujukan, sesungguhnya telah musnah kerana teori evolusinya telah dipatahkan hujahnya melalui kajian sains moden. Sains telah mebuktikan kesilapan teori ini dan akan terus membuktikan kesilapan andaian materialis yang beranggapan bahawa kewujudan itu tidak lain melainkan suatu benda (jisim), dan membayangkan bahawa setiap kejadian itu terhasil daripada satu kejadian yang lebih awal daripadanya (berperingkat-peringkat).

Perbincangan selanjutnya boleh dirujuk di buku Penipuan Evolusi oleh Harun Yahya (Adnan Oktar) =>


atau dapatkan tulisan-tulisan hebat Harun Yahya (Adnan Oktar), seorang intelektual Turki di laman web
=> http://saba.com.my/store/index.php?_a=viewCat&catId=104


Tujuan utama buku ini adalah untuk mendedahkan fakta-fakta saintifik yang menyanggah teori evolusi di dalam segenap lapangan dan memaklumkan kepada masyarakat tentang kepalsuan, penipuan, dan tujuan sebanar "sains"(evuolusi) ini, yang sememangnya telah jelas sebagai satu fakta yang sesat.

Wallahualam









This entry was posted on 11/21/2012 11:24:00 pm and is filed under Adnan Oktar , agama suci , Darwinisme , fahaman , falsafah , Harun Yahya , ideologi , kehidupan , komunis , komunisme , materialisme , Penipuan evolusi . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: