Tanda Kecil Datangnya Kiamat
Saturday, 8 December 2012 - Labels: akhirat, Ibn Abi Syaibah, Sebelum kiamat, tanda-tanda kiamat, telemovie Maal Hijrah - 0 Comments
Sebelum hari kiamat itu benar-benar datang dan terjadi maka akan terdapatlah tanda-tanda yg berupa berbagai macam peristiwa dan kejadian. Hal ini sesuai dengan keterangan Hadis Rasulullah yg bermaksud:
" Pda suatu hari Rasulullah keluar di hadapan orang ramai, lalu Baginda didatangi malaikat Jibril seraya berkata, 'Wahai Rasulullah bila saatnya datang hari kiamat?' Rasulullah menjawab, "Sesungguhnya orang yg bertanya lebih mengetahui daripada orang yg ditanya. Walaupun demikian saya akan jelaskan kepada kamu semuanya tntg tanda-tandanya sahaja, iaitu apabila perempuan hamba sahaya telah melahirkan tuannya, orang yg miskin tiba-tiba menjadi pemimpin bagi orang ramai dan apabila pengembala kambing telah bermegah-megah dgn gedung-gedung yg mewah.."
(Hadis riwayat Ibn Abi Syaibah)
Berdasarkan keterangan dari hadis-hadis yg disebut, maka para ulama ada yang menyimpulkan, bahawa antara tanda-tanda kecil akan datangnya kiamat itu ialah:
- Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini majikannya.
- Orang-orang miskin yg pekerjaannya mengembala kambing tiba-tiba menjadi pemimpin kpd orang ramai.
- Para pengembala bermegah-megah dgn tempat tinggal yg mewah.
- Ilmu agama sudah tidak lagi dianggap penting.
- Ilmu agama sudah tidak lagi difahami dan dipelajari orang
- Perbuatan zina tersebar dimana-mana kerana telah mendapat izin rasmi daripada pemimpin.
- Minum minuman yg memabukkan merupakan suatu kebanggaan.
- Jumlah kaum lelaki lebih sedikit daripada kaum wanita dgn perbandingan lima puluh berbanding satu.
- Banyaknya kejadian gempa bumi
- Orang saling fitnah-menfitnah.
- Banyaknya terjadi pembunuhan
- Banyaknya harta setiap orang hingga bingung untuk membelanjakannya.
- Orang-orang yg sombong menjadi ketua negara
- Tidak ada seorang pun yg ingin membantu orang yg mengamalkan agama.
- Ramainya orang bodoh yg rajin beribadah sehingga mudah dirayu oleh iblis
- Masjid dibangunkan dengan pelbagai keindahan tapi sunyi dari solat berjemaah
- Banyaknya hujan yg turun tetapi tumbuh-tumbuhannya sedikit.
- Ramai orang-orang soleh meninggal dunia
- Ramai anak derhaka kepada orang tuanya.
- Orang- orang bodoh dianggap benar dan orang-orang jujur tidak dipercayai
- Orang mudah merasa berat untuk mengeluarkan zakat
- Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan.
- Ramainya anak luar nikah
- Kitab suci al-Quran dihina dan diremehkan
- Dan lain-lain
Tanda-tanda yg disebut kebanyakannya sudah berlaku kini. Oleh itu, bangkitlah dari lenamu dan kuatkan mental dan fizikal dengan bekalan amalmu untuk menghadapi tanda-tanda besar kiamat dan sebagai persediaan untuk menghadap Tuhan Yang Maha Esa. Wallahua'alam...
Saksikan telefilem Sebelum Kiamat arahan Murali Abdullah yg mampu membuka mata anda semua tentang kedatangan hari Kiamat yg semakin menghampiri kita semua. Moga terhibur (V)(^_^)(V)
This entry was posted on 12/08/2012 07:37:00 pm
and is filed under
akhirat
,
Ibn Abi Syaibah
,
Sebelum kiamat
,
tanda-tanda kiamat
,
telemovie Maal Hijrah
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment