Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Paku Di Kandang Kuda

Wednesday, 26 December 2012 - - 0 Comments

Seorang ayah ingin menasihati anak lelakinya yang suka marah-marah. Pada suatu hari, anak lelakinya itu diajak pergi ke kandang kuda milik keluarga yang terletak di sebelah rumah. Setibanya di tepi kandang kuda, si ayah berkata kepada anaknya, "Anakku, jika kamu marah, ketuklah sebatang paku ke dalam pagar ini. Semakin kamu marah, ketuklah paku itu sekuat hati mu. Buatlah begitu." Semenjak itu, apabila si anak berasa marah, dia mengetuk sebatang paku pada pagar kandang kudanya. Mudah baginya melakukan perkara itu. Sebulan kemudian, si anak menunjukkan kepada bapanya hasil kerjanya itu dengan rasa bangga kerana paku yang ditanam semakin banyak.

      Ayahnya berkata, "Sekarang, sekiranya kamu dapat menahan rasa marah itu dan tidak jadi marah, serta dapat memohon maaf daripada orang lain, cabut lah paku-paku itu satu persatu.. Buatlah begitu seterusnya." Si anak terus bersetuju tanpa mengetahui tujuan sebenar ayahnya menyuruhnya buat begitu.

      Sebulan kemudian, ayahnya bertanya, "Adakah paku yang telah kau cabut?" "Ada ayah. saya sudah berjaya mencabut semua paku-paku itu sehingga habis," jawab si anak dengan tegas.

     Ayahnya segera ke kandang kuda itu bersama si anak untuk melihat hasil kerjanya itu. Setibanya di sana, si ayah lantas berkata, "Memang semua paku sudah dicabut, namun ada bekas lubang yang masih jelas kelihatan. Begitulah hati orang yang kau marahi." Si anak lantas memahami apa yang ingin disampaikan ayahnya itu. Sejak itu, dia menjadi seorang yang lebih bersabar.

Iktibar daripada cerita:

Kawallah kemarahan anda kerana semasa kita memarahi sesorang, ia meninggalkan luka yang dalam pada diri orang yang dimarahi itu. Walaupun kita kemudiannya memohon maaf, hal itu tetap meninggalkan kesan di hati mereka.

عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ليس الشديد بالصرعة إنما الشديد الذى يملك نفسه عند الغضب  رواه البخارى ومسلم )
Daripada Abu Hurairah RA, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

This entry was posted on 12/26/2012 08:49:00 pm and is filed under anger management , bijak , cerita motivasi , gagah , hadis kawal marah , kemarahan , motivasi , paku , paku di dinding hati , pemarah , pengajaran , penulisan islami , tips kawal marah . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: