Cabar Diri Anda
Sunday, 23 December 2012 - Labels: cabar diri, challenge yourself, kehidupan, kejayaan, kualiti hidup, langkah mencabar, motivasi, sasaran, think positively, tingkatkan potensi - 0 Comments
Kejayaan adalah satu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Apabila kita telah tiba ke matlamat yang telah kita tetapkan, kita mula berasakan yang kita berada di zon selesa. Setelah beberapa ketika, kita rasa tiada apa lagi yang mencabar pada tahap tersebut. Kalu kita terus selesa berada di zon selesa itu, lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin melangkah ke hadapan lebih maju.
Oleh itu, mencabar diri perlu bagi kita untuk terus maju ke tahap yang lebih tinggi. Anda boleh mengambil dan mengamalkan langkah berikut untuk terus maju jaya dalam kehidupan (^_^)
Letakkan Sasaran yang Tinggi
Apabila suatu matlamat berjaya dicapai maka teruslah menetapkan matlamat seterusnya yang lebih tinggi lagi.Cemburu dengan Kejayaan Orang Lain
Lihatlah mereka yang lebih berjaya daripada kita. Kalau mereka boleh, kita pasti boleh! Untuk berjaya, kita perlu cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih daripada mereka. Ini dipanggil 'cemburu positif'. Kalau kita tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah tersebut, belajarlah daripada mereka yang telah berjaya kerana ia tidak akan merugikkan kita sedikit pun.Elakkan Sikap Cepat Berpuas Hati
'Sikap cepat berpuas hati' merupakan virus merbahaya yang sering menyerang sewaktu kita dalam proses mencabar diri. Akibat penyakit ini, kita sering berkata, "Ah, ini kira OK lah ni." Kita lupa bahawa orang lain mendapat berlipat ganda daripada OK kita itu.Soal Diri dengan Soalan Positif
Sering kita terfikir soalaan-soalan negatif dari benak fikiran kita seperti:-- Kenapalah aku gagal?
- Kenapa aku sentiasa malang?
- Kenapalah semua orang tidak sukakan aku?
- Apa yang belum aku lakukan lagi?
- Bagaimana aku hendak meningkatkan pencapaian aku?
- Di mana aku hendak belajar cara meningkatkan kemahiran dalam bidang ini?
- Siapa yang boleh bantu aku?
Tingkatkan 'Standard Anda'
Untuk maju ke hadapan, kita kena cabar diri untuk tingkatkan standard kita. Misalnya, cuba berkata kepada diri kita:- Tak standard lah jadi guru. 3 tahun dari sekarang aku kena berusaha untuk menjadi guru besar pula.
- Tidak standard lah selalu dapat gred B. Aku kena belajar rajin lagi untuk dapat gred A.
- Tidak standard lah solat sunat rawatib sahaja setiap hari. Aku kena cuba Qiamullail lah pula.
Ingatlah! kita hanya boleh hidup dalam 'standard' yang lebih tinggi apabila kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu untuk menampung standard tersebut. Jangan pula menjadi seperti 'biar papa asal bergaya'.
Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila ada kemampuan. Asal sahaja selesa itu tidak membuatkan kita lupa siapa diri kita yang sebenar dan semakin jauh dari Allah.
This entry was posted on 12/23/2012 03:34:00 pm
and is filed under
cabar diri
,
challenge yourself
,
kehidupan
,
kejayaan
,
kualiti hidup
,
langkah mencabar
,
motivasi
,
sasaran
,
think positively
,
tingkatkan potensi
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
0 comments:
Post a Comment