Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Wujudkah Tuhan?

Thursday, 27 December 2012 - - 0 Comments

Abu Hanifah ialah cendiakawan Islam terkenal di sekitar tahun 699 Masihi hingga 767M. Beliau sempat belajar bersama tujuh orang sahabat Nabi Muhammad seperti Anas b. Malik dan Abdullah b. Haris. Aliran persefahamannya dalam islam masih wujud hingga sekarang yang dikenali sebagai mazhab Hanafi.

      Pada suatu hari, Abu Hanifah dikunjungi oleh seorang lelaki yang masih muda remaja. Lelaki itu mempunyai masalah agama. Beliau datang dari jauh untuk berjumpa Abu Hanifah kerana ingin bertanya satu soalan.
     "Tuan, adakah tuan pernah melihat Tuhan?"

     "Maha Suci Tuhan! Tuhan tidak dapat dilihat dengan mata kasar walau dengan apa jua sekali pun," jelas Abu Hanifah dengan tegas.

     Lelaki itu tidak berpuas hati. Dia mahu bertanya lagi, "Pernahkah tuan menyentuh, melihat, mendengar ataupun merasa Tuhan?"

    Abu Hanifah menggelengkan kepala mendengar pertanyaan leaki tersebut. "Tuhan tidak sama dengan apa-apa jua yang terfikir dan tebayang oleh akal," jawab Abu Hanifah, mengharapkan agar lelaki itu faham.

   Lelaki itu masih tidak berpuas hati. "Apabila Tuan tidak pernah melihat, mendengar dan merasa Tuhan, apakah bukti kewujudan Tuhan?"

   Abu Hanifah tersenyum mendengar soalan anak muda itu. Beliau tidak memarahinya malah menjawab dengan penuh sopan.

   "Pernahkah kamu melihat akalmu sendiri?"
   "Tidak pernah," jawabnya dengan hati-hati.
   "Pernahkah kamu mendengar suara akalmu?"
   "Tidak pernah."
   "Pernahkah kamu menyentuh atau merasa akalmu?
   "Tidak pernah juga."

   Lelaki itu berasa hairan dengan soalan-soalan pelik Abu Hanifah. Mustahil bagi manusia mendengar akalnya sendiri kecuali mendengar suara hati. Akal hanya boleh berfikir, tetapi tidak mengeluarkan suara. Mustahil bagi manusia melihat otaknya sendiri.

   "Adakah kamu waras?" Abu Hanifah mengujinya.
   "Sudah tentu saya waras," lelaki itu mula berasa tidak senang.
   "Jadi, saudara ada akal?" Abu Hanifah menduga lagi.
   "Tentulah saya ada akal!" lelaki itu mula hendak  marah.

   "Begitu jugalah dengan kewujudan Tuhan. Tuhan wujud, walaupun kita tidak dapat mengetahui dengan pancaindera kita" terang Abu Hanifah dengan penuh hikmah.

   Lelaki itu tertunduk mendengarkan jawapan Abu Hanifah. Dia insaf kerana telah mempersoalkan kewujudan Tuhan. Abu Hanifah tidak memarahinya, malah memberi jawapan dengan sopan.



HIKMAH dari cerita

Allah taala sentiasa wujud azali dalam keadaan tiada suatupun yang bersama keazalian-Nya. Tiada suatu air pun, tiada suatu udara pun, tiada suatu bumi pun, tiada suatu langit pun, tiada suatu Kursi pun, tiada suatu Arasy pun, tiada suatu manusia pun, tiada suatu jin pun, tiada suatu malaikat pun, tiada suatu tempat pun dan tiada suatu masa pun bersama keazalian-Nya! Oleh itu, Allah taala wujud sebelum kewujudan tempat tanpa suatu tempat, dan Dia-lah yang telah mencipta tempat dan Arasy serta Dia tidak berhajat pun kepada ciptaan-Nya.

Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda:
اللهمّ أنت الأول فليس قبلك شيء, وأنت الاخر فليس بعدك شيء, وأنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء
Mafhumnya:
Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatupun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada suatupun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatupun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka tiada suatupun di bawah-Mu”. [Diriwayatkan oleh Muslim]

This entry was posted on 12/27/2012 12:50:00 pm and is filed under Abu Hanifah , akal , Anas bin Malik , Arasy , ateis , bukti , cerita hikmah , cerita islami , indahnya islam , kewujudan akal , kewujudan tuhan. allah wujud tanpa tempat , kisah teladan , Penipuan evolusi , Tuhan wujud , waras . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: