Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Pergilah Kau Stress!!!

Saturday, 22 December 2012 - - 0 Comments

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan. 


Bagaimana kita menangani masalah ini?? 

Amalkan Tidur Yang Cukup
Satu pertiga usia kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka melewatkan waktu tidur dan mengabaikan tidur yang cukup. Badan kita perlukan rehat. Keletihan hanya mengganggu data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup pada malam hari kerana ia mampu membantu daya ingatan kita berfungsi dengan baik.

Kawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuatkan jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seorang yang tidak peka terhadap keadaan persekitaran . Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga berkemungkinan besar untuk terjejas. Oleh itu, cuba untuk kawal tekanan andda dengan bernas seperti bermeditasi, membaca al-quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan perderan darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkanlah senaman walaupun hanya sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan akan menyebabkan kehidupan anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaam ia juga akan turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuatkan anda mengambil sikap tidak peduli terhadap persekitaran semasa. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatari atau beramal ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat!
 Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan, panadol dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah ingatan disebabkan pengambilan ubat, berkonsultasilah dengan doktor. Jangan ambil ubat tanpa pengawasan doktor.  

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya belajar bahasa baru, mengikuti kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, menanam hobi baru, menghadiri ceramah dan sebagainya.

Jom Bermain!
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya catur, dam haji, scrabble, sudoku, sahiba, monopoli dan banyak lagi. Selain itu, anda juga boleh bermain melalui komputer dan play station kerana teknologi sekarang semakin maju. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Bacalah.. 
  • Penuhi  masa senggang anda dengan membaca 
  • Paling kurang satu buku sebulan
  • Bacalah bahan bacaan yang menarik seperti majalah, komik dan tabloid
  • Wujudkan sebuah perpustakaan mini di rumah anda
  • Latih anak-anak ke perpustakaan setiap minggu
  • Beri hadiah berupa buku kepada orang tersayang     

Insya allah, dengan mengamalkan tips-tips yang diberikan, kehidupan anda yang penuh stres akan berkurangan. Ingat! Sentiasalah mendekatkan diri anda dengan Allah kerana langkah itu boleh memberikan anda ketenangan MAKSIMA! Jika anda ditimpa sebarang masalah, mengadulah kepada Dia hingga mengalir air mata kerana hanya Dia yang mampu membantu anda dalam apa jua perkara dan kerana Dia, KAUNSELOR TERBAIK DI ALAM INI.. Wallahua'alam

Amalkanlah doa ini selalu -->


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي

 (Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku)

This entry was posted on 12/22/2012 09:19:00 pm and is filed under doa penenang hati , kaunselor terbaik , kehidupan , kemurungan , maksud stress , membaca , pergilah kau stress , tangani masalah , tangani stress , tekanan . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: