Hikmah Batu Kecil
Tuesday, 11 December 2012 - Labels: bala, Batu kecil, cerita hikmah, cerita islamik, hikmah, mengingati-Nya, motivasi, muhasabah diri, nikmat, pengajaran, rezeki - 0 Comments
Pada suatu hari, sedang asyik Amir menelaah pelajaran di bilik, dia terdengar sayup-sayup namanya dipanggil. Oleh yang demikian, dia keluar dari bilik dan mendapati cikgu Asyraf memanggilnya.Lalu, dia pun menyahut panggilan itu.
"Ada apa cikgu?"
"Saya hendak minta tolong sikit boleh?"
"Apa halnya cikgu?"
"Saya mehu awak beritahu Firdaus, saya nak senarai nama pelajar yang sakit pada hari ini.
"Baiklah cikgu, saya akan melakukannya sekarang."
Amir terus keluar dari bilik warden dan mencari Firdaus dari bilik ke bilik. Namun tidak juga ditemuinya. Dia memandang ke bawah dari tingkat dua untuk melihat kalau-kalau Firdaus berada di sana. Memang Firdaus berada di bawah. Firdaus sedang berborak-borak dengan rakan-rakannya yang lain. Dia menjerit-jerit memanggil Firdaus namun tidak didengarinya. Kemudian dia berfikir bagaimana cara untuk memanggil Firdaus. Lantaran itu, dia pun melontarkan syiling di hadapan Firdaus dengan harapan agar Firdaus memandang ke atas.
Kemudian Firdaus berkata, "Wei, duit turun dari langit lah! Rezeki aku ni", gurau Firdaus kepada rakannya yang lain. Dia kemudiannya mengambil syiling tersebut lalu dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Amir sekali lagi melontarkan syiling ke arah Firdaus. Dengan itu, Firdaus serta-merta berkata,"Hai, banyak rezeki aku hari ini! Tadi 20sen. Sekarang 50sen." Dengan perasaan bengangnya, Amir mengambil batu kecil lalu dilontarkannya ke arah Firdaus dengan harapan agar usahanya pada kali ini berjaya. Ia tepat mengenai ubun kepala Firdaus lalu Firdaus memandang ke atas. Oleh kerana terasa sakit, dia menempik dengan kuatnya," Celaka...!!!" Lalu dia memandang ke atas dan mendapati Amir berada di atas.
"Woi Amir! Kau ke yang baling batu ke kepala aku ni?!"
"Ya, aku yang membalingnya. Aku panggil kau tak dengar. Aku baling duit syiling, kau masukkan dalam poket. Aku baling batu baru kau nak pandang." Tempik Amir pada Firdaus.
"Apahal kau cari aku?"
"Cikgu Asyraf mahu senarai nama pelajar yang sakit hari ni."
Dalam perjalanan menghantar nama kepada Cikgu Asyraf, Firdaus terfikir, 'Syiling yang jatuh itu adalah nikmat dari Allah dan batu kecil yang dilontarkan itu adalah bala.' Kemudian dia berfikir lagi. 'Allah selalu memberi nikmat kepada kita namun, kita seringkali melupakan-Nya. Tetapi, hanya sekali Allah menurunkan bala kepada kita, sudah memadai untuk kita mengingati-Nya.
#Muhasabah diri (^_^)
This entry was posted on 12/11/2012 03:44:00 pm
and is filed under
bala
,
Batu kecil
,
cerita hikmah
,
cerita islamik
,
hikmah
,
mengingati-Nya
,
motivasi
,
muhasabah diri
,
nikmat
,
pengajaran
,
rezeki
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
0 comments:
Post a Comment