Pemilik Hati-Hati
Monday, 29 December 2014 - Labels: Allah mrndengar doa kita, Allah yang paling mencintai kita, hati, jangan bersedih, jawapan Allah, kesal, la tahzan, marah, motivasi, pemilik hati, puisi, pujukan Allah, sedih - 0 Comments
Hamba tergerak hati pulak utk menulis pagi ni. Dah lama sgt bersarang blog ni. Ni ha, tak tau la puisi ke ape. Saje tulis. Hehe...
Sedih? Marah? Kesal?
Dari mana ia hadir?
Kenapa ia hadir?
Untuk apa ia hadir?
Ya, ianya sakit
Sakit yang datang dari hati
Kata orang,
Pedihnya hanya Allah yang tahu
Timbul persoalan di benak ku,
Kenapa hanya Allah yang tahu?
Adakah ianya sekadar ucapan?
Yang hanya sekadar terluncur keluar dari bibir manusia?
Soalan yang membawaku
Keluar dari belenggu mencari Allah
Betulkah hanya Allah yang tahu?
Ku ceritakan segalanya pada-Nya
Ku curahkan semahu-mahunya
Ku tanyakan penyelesaiannya
Pada saat itu,
Ku terasa berada sgt dekat dengan-Nya
Bagai Dia mendengar setiap butir bicara ku
Hatiku tergerak menyentuh kitab yg mengandungi kalimah-Nya
Bibir ku tergerak membaca setiap huruf yg terkandung
Hatiku bagaikan terpujuk
Menghayati kalam-Nya
Rabbku memujukku,
"Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita"(9:40)
"AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (2 : 286)
"Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang"(13:28)
Kini ku sedar,
Memiliki-Nya bererti aku memiliki segalanya
Dan aku menemui jawapan dari persoalan
Allah Tuhanku
Allah pemilik hatiku
Allah menguasai hati hamba2-Nya
Mana mungkin Allah membiarkan hamba yg disayangi-Nya berseorangan
Mana mungkin Allah sanggup melihat hamba yg dicintai-Nya disakiti
Bahkan Allah rindu akan hamba-Nya itu
"Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu"(40:60)
Mana syukurmu?
Berhentilah menangis kerana manusia yg bertaraf hamba,
Istimewakanlah tangisan mu untuk pencipta mu,
Ar-Rahman, Ar-Rahim...
Kenapa kita perlu mencintai Allah?
Kerana Allah lah yg paling mencintai kita...
Nukilan terpelihara: Nurul Husna Mohd Noor
Wallahua'lam...
Cakap Tak serupa Bikin
Sunday, 7 December 2014 - Labels: Cakap Tak serupa Bikin, dakwah, dakwah era moden, hadis muslim, imam hassan al-basri, internet, matlamat dakwah, musuh Islam, nasihat, senjata musuh Islam, sombong - 1 Comments
Assalamualaikum akhi n ukhti! ^^
Hihi... Baru dapat idea nk tulis apa. Dapat ilham ni sebab..... Ada orang update kat statusnya mengenai cakap tak serupa bikin. Haha... Hamba agak terasa jugak la sebab hamba menulis blog punya kencang padahal diri hamba pun terkontang-kanting lagi xP
Kita semua tau pasal orang yg cakap tak serupa bikin ni kan? Allah tak suka... Allah dah warning kita pasal benda ni lama dah... Hehe
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!" (As-saf:2)
"Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (As-saf:3)
Kita kena ikut cara nabi dalam apa jua ibadah yg kita buat. Nabi tak suruh orang buat sebelum nabi buat... Jom ikut cara nabi! Itu adalah sebaik-baik cara :)
Tapi, ada pulak soalan macam ni, "habis tu susah la kitorang ni nk dakwah. Kitorang ni tak baik sangat..." pulak! Macam mana ni? Dakwah tu kan tanggungjawab setiap umat Islam? Sebagai khalifah di bumi Allah. Dalam hal ni, Imam Hassan Al-basri berkata,
“sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”
Dunia zaman sekarang bukan macam zaman Nabi, zaman iman umat Islam sangat kuat. Dunia sekarang terlalu banyak cabaran dari musuh2 Islam. Sukar untuk membentuk zuriat yg benar2 beriman jika kita masih dikelilingi senjata2 musuh Islam. TV, internet, radio.. Ulamak pun makin berkurang.
Daripada Abdullah bin Amr bin al-‘As r.huma berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW. Bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekaligus daripada (dada) manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ilmuitu dengan mematikan alim ulama’.Apabila sudah ditiadakan alim ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Jadilah mereka itu sesat lagi menyesatkan orang lain.”
(Hadis riwayat Muslim)
Jadi, penyelesaian terbaik,,
Bagi yang berdakwah, cuba sedaya upaya untuk buat dahulu perkara yg hendak didakwahkan. Usaha lah. Allah akan nilai usaha kita. Percaya lah Allah sentiasa ada dengan kita. Allah akan tolong hambaNya yg berusaha membangunkan Islam. Allah tak perlukan kita, kita yg perlukan Allah. Jangan berhenti berdoa dan jangan sesekali berputus asa dalam berdakwah :)
Jika tak mampu, tetaplah berdakwah dan mohon ampunan dari Allah atas kelemahan diri kita, di samping meminta kekuatan jiwa dariNya.
Kepada yang didakwah,
Lihat lah kepada dakwah yg disampaikan, bkn orang yg menyampaikan dakwah. Umat Islam wajib saling menegur untuk mencegah kemungkaran. Ambillah teguran itu sebagai sesuatu yg positif. Anggap lah teguran tersebut daripada Allah yg disampaikan melalui saudara kita.
“Kesombongan itu menolak kebenaran dan merendahkan martabat manusia.”-HR Muslim
“Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun seberat zarah.”-HR Muslim
Sama-sama cuba perbaiki diri :)
Wallahu a'lam ^^
Kapal Karam !!!
Thursday, 27 November 2014 - Labels: cerita islami, di sebalik musibah, hikmah, hikmah aturan Allah, kapal, keimanan, ketenangan, kisah hidup, kisah teladan, merenung nasib, muhasabah diri, pengajaran, pondok - 0 Comments
Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau. Dia satu2nya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup.
Apabila menyadari bahawa hanya dia seorang diri di pulau terpencil itu, dia berdoa setiap hari supaya Allah menyelamatkannya.
Di samping itu, dia tidak putus-putus meninjau laut dengan harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkannya. Namun, segala harapannya hanya tinggal harapan.
Akhirnya lelaki itu membina sebuah pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik mentari di siang hari dan berlindung daripada dingin bayu malam.
Suatu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya hangus terbakar. Tiada apa yg tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul2 naik ke langit.
Lelaki tersebut terduduk. Merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpanya. "Kenapalah nasib aku begitu malang sekali? Kenapalah Allah uji aku sampai tahap ini? Kenapa aku?"
Petang itu, dia sedang berehat di bawah sebatang pokok kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke arah pulau itu. Sehabis daya dia menjerit-jerit sambil melambai-lambai dengan harapan pengemudi kapal nampak kehadirannya di situ. Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu.
Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal dan diberi makanan dan minuman. Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal itu tahu dia berada di pulau itu. Dia bertanya kepada kapten itu, "Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau itu?"
Kapten kapal itu lalu menjawab, "Kami ternampak asap dari pulau ini. Sebab itu kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada orang yang memerlukan bantuan."
Hoho... Assalamualaikum semua! ^^
Fuh! Lama menyepi? SPM yo... Sangat menyiksa jiwa raga -_-
Takpe, mencari ilmu tu jihad. Adakah jihad yg mudah? Tiada jalan pintas ke syurga :)
Erm, dh abes SPM ni dok rumah jelah. Buat ape yg patot.. Jumpa pulak buku lama yg dah lunyai tp tak penah baca ni :p
Byk kisah best2 dalam ni. Husna cuba cerita kt korang 1 by 1 eh? Adik husna yg baca buku ni sampai lunyai. Dia suka, dia kata dh hafal semua cerita dalamnya. Fulamak! Tuan punya buku? Ngehngeh....
Bez x cerita td? Apa yg korang dapat? Ikut pandangan Husna, cerita ni sgt bermakna buat Husna utk seorang sahabat Husna
Dalam hidup ni, kita takkan pernah lepas dr ujian. Kerana apa? Itu adalah sebab kita hidup di muka bumi Allah ni. Allah letak kita di dunia ni hanya sekejap. Untuk Dia nilai diri kita. Layak ke syurga atau neraka?
Tp Allah tu Maha Penyayang. Dia tak pernah tinggal kita sorang2 hadapi ujian yg Dia beri. Sebab Dia tahu kita lemah. Tu sebab Allah support kita dgn ayat2 dlm AQ. "Mukmin yg kuat itu lebih baik dari Mukmin yg lemah". Jangan persoalkan apa yg Allah beri kerana Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita sebab Allah yg jadikan kita. Setiap yg Allah tetapkan bersebab. Kita cuma perlu bersabar, berusaha dan sentiasa yakin dgn Allah. Percaya dgn perancangan Allah. Dia adalah sebaik-baik perancang.
Apa pun yg jadi, ingat! Allah sentiasa bersama kita :)
Keep Believing in Him! ^^
Solat Kita Macam Mana??
Wednesday, 4 June 2014 - Labels: berjemah, cerita islamik, cerpen, fadhilat solat, kisah pengajaran, melambat-lambatkan solat, muhasabah diri, solat, tiang agama - 0 Comments
Tinggal beberapa minit lagi, waktu Solat Isyak akan masuk.
Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib.
Lambat.
Tetapi pada anggapannya asalkan dia bersolat, kewajipannya akan tertunai.
Dia mula membaca doa iftitah dan memulakan rukun-rukun solat sehingga ke sujud akhir dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.
Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia terpempam.
Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.
Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Suatu suasana yang sangat sesak. Setiap ruang sudut tempat yang dia pandang; telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada.
Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.
Ianya adalah hari mahsyar!
Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari mahsyar, tetapi pada anggapannya kiamat dan yaumil mahsyar itu lambat lagi akan berlaku.
Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?
Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!
Soal siasat itu sedang berlaku!
Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.
Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri
Tiba-tiba dia mendengar namanya dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan lalu membuat satu laluan untuknya.
Dua malaikat memegang tangannya, menggiring dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.
Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya terpunduk dan seluruh detik hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.
Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.
Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti:
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.
Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.
Dia mengaku kesnya.
"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan untuk dilakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan".
Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah lakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh, seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini. Seluruh tubuhnya bergegar lantaran ketakutan.
Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.
Akhirnya, keputusan itu dibuat.
Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.
Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh terjelepuk, melutut dan menjerit. Dia menyatakan bahawa ianya salah.
"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"
Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh.
Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Dia diseret songsang. Kakinya diseret, sedangkan mukanya menyembam menggahar debu, tanah kerikil dan sebagainya.
Mereka menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.
Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya.
Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya.
Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat...
Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata;
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"
Dia mula menjerit;
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.
Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.
Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan.
Dia ditarik kembali ke atas.
Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif.
Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,
"Siapakah anda?"
Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur."
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"
Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh.
Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.
Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.
Wallahua'lam :)
Kekuatan Sebenar Manusia
Friday, 18 April 2014 - Labels: apa orang kata, bunyi tapak kaki bilal, gabenor syria, kekuatan manusia, membina rohani, qalbun saleem, roh - 0 Comments
Tazkirah : Tafsir Surah Sod (Ayat 71-72)
-Kekuatan Sebenar Manusia-
Kalau ditanya kepada kanak-kanak, apakah yang dimaksudkan dengan negara maju?
Kanak-kanak Malaysia hari ini mungkin dengan riangnya menjawap,
"Ada bangunan tinggi-tinggi, ada train macam LRT, kereta semua lawa-lawa, guna handset touch scrin, tablet dan lain-lain."
Adik besar nanti nak jadi apa?
"Doktor. Engineer. Arkitek. Artis."
Sebab apa?
"Nanti banyak duit. Baru best."
Tapi berbeza dengan suatu zaman di Madinah dulu.
Bilamana seorang ulamak terkenal bergelar Imam Ahmad, berjalan di sebelah sebatang pokok. Tiba-tiba dia mendapati ada beberapa orang budak sedang bergayut, bermain di atas pokok itu. Imam Ahmad terus menegur,
"Hai anak-anak, jangan bermain di atas, nanti jatuh. Cedera."
Dengan riangnya mereka berkata,
"Kalau kami jatuh, kami saja yang cedera. Tapi kalau Tuan Sheikh jatuh, seluruh umat akan cedera."
Umur yang sama, tapi manteliti jauh berbeza.
-------------------
Ayat 71 dan 72 Surah Sood ini, nak ceritakan kepada kita sebuah peristiwa yang besar dan agung.
Walaupun diyakini ramai yang sudah tahu, hafal dan hadam. Tapi ramai yang 'miss' hakikat agung dalam cerita ini.
Adam dibuat dari tanah. Dan apabila dah lengkap ciptaan, Allah tiupkan Roh lalu para malaikat pun terus bersujud kepada Adam.
Ayat ini nak membawa sebuah hakikat bahawa, Adam bila sempurna anggota jasadnya dibentuk daripada tanah, dia tidak membawa apa-apa makna dan harga.
Tapi..
Setelah Allah tiupkan Roh (yg tersimpan di sisi-Nya) ke dalam jasad itu, barulah para malaikat di langit terus bersungkur sujud kepada Adam, sebagai tanda hormat.
Jadi kedua ayat ini menjadi bukti bahawa, elemen ROH itulah yang menjadi punca seluruh malaikat sujud kepada Adam.
Di situlah terletaknya kemuliaan manusia.
Yaitu "ROHnya"
Jadi kalau kita pandang manusia, jangan kita pandang sepertimana iblis memandang manusia. Iblis kata apa?
"Err, tanah. Jijik. Hina."
Dia fokuskan pada tanah, hina.
Tapi, pandanglah kita bilamana dimasukkan ROH yang tersimpan di sisi Allah yang mulia, semua Malaikat di langit tunduk, hormat pada kita manusia.
Jadi hebat manusia adalah pada aspek Roh dalam badannya. Di situlah tempat pembangunan diri manusia yang asli.
Walaupun manusia terbahagi dengan 3 fakulti. Roh, akal dan jasad. Tapi ketiga-tiga fakulti itu tidak sama kekuatannya.
Ayat ini bukti yang paling jelas bahawa Allah lebihkan pada bahagian ROH. Kekuatan roh inilah yang perlu kita bangunkan dan pelihara kesuciannya.
Tapi, bila mana melihat keliling kita hari ini. Suasana seolah-seolah mendidik kita, bahawa elemen roh itu tidak ada.
Semua orang fokus pada jasad dan akal saja. Buktinya kita pun boleh lihat sendiri iklan-iklan di mass media.
Masing-masing nak luruskan rambut, cerahkan muka, bau badan wangi, pakain 'branded', style, fesyen itu ini. Gajet saja cecah ribuan. Remaja-remaja sibuk belajar, sana sini, tusyen dua tiga tempat, untuk ditumpahkan dalam dewan periksa semata. Berputar situlah rutin harian hidup kita.
Kita hidup di zaman di mana manusia sanggup buat apa saja demi nampak hebat pada mata orang. Hidup terpenjara pada "apa orang kata".
Habis semua benda buat untuk tunjuk pada orang. Na'udzubillah.
Kita hebat dari sudut 'form', tidak dari sudut 'substance'.
Bilakah kita serius meneliti hati dan rohani kita bagaimana?
Sedangkan mulianya kita, sehingga seluruh malaikat yang infinity itu tunduk hormat pada kita sebab Roh yang Allah beri istimewa dari sisiNya.
Kita sibuk menghias badan, sibuk mengurus akal, sedangkan hati kita sedang demam, sedang koma, kita tak sedar.
Umpama kita beli buah, kita nilai pada kulit luarnya saja, tak ambil peduli dalamnya buruk ke, masam ke.
Quran jarang baca, solat tinggal, solat jemaah tak minat, masjid jauhi, majlis ilmu tak pergi.
Yang ramainya di mana?
Pasar, supermaket, shopping mall, stadium, pusat hiburan.
Justeru, ulama' tafsir menyebut,
"Siapa yang mengabaikan aspek Rohi dalam hidupnya, beerti hinalah dia seperti tanah yang iblis sebut pada awalnya. "
Tafsiran yang lainnya adalah,
"Orang yang mengabaikan aspek rohi ini beerti dia setuju dengan pengiktirafan iblis bahawa manusia itu daripada tanah dan hina. Justeru iblis berminat pada dirinya dan menemaninya sepanjang kehidupan."
"Bagi orang yang sibuk membangunkan roh dan jiwanya, malaikat seluruh alam akan hormat kepadanya dan bersama menemani menjaganya sepanjang hidupnya."
Jadi marilah kita jelous dengan rohani seseorang, yaitu imannya. Hubungannya dengan Allah. Manis dalam ibadah. Bukan jelous dengan pakaian orang, dengan wajah orang, atau harta seseorang. Itu semua tak bermakna di sisi Allah. Sikit pun Allah tak pandang. Tapi apabila kita balik bertemu dengan Allah kelak, yang nak selamatkan kita bahagia selama-lamanya adalah 'Qalbun Saleem'. Ya'ni rohani atau dalaman jiwanya yang bersih, terpelihara dan sihat.
Siapa dalam kalangan kita yang tidak kenal Bin Rabah r.a, seorang hamba abdi berkulit hitam, kepala botak dan tebal bibirnya.
Tapi Rasulallah pernah memanggilnya dan berkata,
"Wahai Bilal, aku mendengar bunyi tapak kaki kamu dalam syurga."
Subhanallah.
Bilal sebelum Islam seorang hamba dipandang hina, tapi setelah Islam dibina rohaninya sehingga dia wafat sebagai seorang Gabenor di Syria.
Mari jadikan pembangunan Roh ini, satu agenda besar dalam hidup.
Allahua'lam... (,>_^)
A Dream to Accomplish ;)
Friday, 28 March 2014 - Labels: belajar lillah, cita-cita, dream, ganjaran syurga, i have a dream, kata-kata hikmah, kiamat, lyrics, motivasi, pengalaman, quotes, tujuan belajar, westlife - 0 Comments
Salam alaihi alaik...
Ya Allah lamanya husna tak update blog ni yek... Sory sbb writing blog ni keje part tyme je. Main job husna ialah... belajar sbg seorang pelajar ^_^ Hidup sbg seorang pelajar or student mmg best! Kawan keliling, tak byk tanggungjawab (walaupun ada yg byk jawatan) , hidup tak payah fikir cari duit, n yg paling penting sekali,,, terlalu byk memori suka duka pahit manis n experience yg kte boleh dapat n ukir secantik mungkin sepanjang perjalanan sbg student yg masih belum lepas sekolah ni (means belum habis spm)
TAPI!!!!
Remember n keep this in mind...
"The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams"
Kita kena selalu recall balik setiap saat, "untuk apa kita sekolah?.. "
Hmm sebenarnya benda ni satu masalah besar utk husna. Rasa mcm pergi skolah tanpa tujuan, tak taw kenapa kena belajar. So, belajar pon malas2 je... Selama ni husna tak pernah ada cita2. Husna slalu kata "kenapa kena ada cita2? Kita belajar lillah la..." Ehem! Tu duluuuu.... Sekarang husna dh taw kenapa kena ada cita2 besides belajar kerana Allah. Belajar lillah tu wajib. Tapi kenapa kena ada cita2 pulak? Nanti menyimpang la tujuan asal kita ye dok? Okeh! Citer husna jumpa sebab tu camni.... (dh nk habis skolah baru nk ada cita2 xP)
Masa tu husna lepak kt dorm kwn, nama dia Queen (bkn nama sbnr). Kt katil dia tu tertampal gmbr universiti yg dia nk pergi tu, Zurich University kalau tak silap. Husna sebenarnya selalu pelik dgn oranh yg dh plan siap2 jln hidup dioranh ni. Hehe...
So, husna pon tanye la soalan yg tak berapa nk pandai,
"Queen, nape ko nk jadi psychologist? N utk apa ko belajar rajin2 sbb nk jadi psychologist? Kalau tak dapat camane? Kan Allah yg plan besar nanti kita jadi apa... So takyah la susah2 pikir, ikut je apa yg Allah dh plan. Aku tak penah ada cita2... Rse mcm x canggih je ak ni :p "
Queen ni pon jwb, "Hang ni... Memang la kita belajar lillah. N Allah dh plan jln hidup kita. Tapi, takdir boleh diubah dgn doa syg... N pasal cita2, ko kena ada cita2 supaya ko ada target. Bila ko ada target, baru ko semangat utk kejar target tu. Dapat ke tak dapat tu lain citer. Allah punya plan. Contohlah, ko buat amal ibadah kerana Allah kan? Tapi kenapa Allah tawarkan n bagitaw kita pasal syurga dan pahala? Supaya syurga tu jadi target kita... Dalam masa yg sama, kita ibadah utk dpt keredhaan Allah.. Sebab apa? Sebab nk masuk syurga kena ada rahmat Allah n Allah bg rahmat pada hamba yg Dia redha. Senang kan? That's it! Matlamat, target!"
"Owh... Cam tu ke... Tapi kenapa susah sgt ak nk dapat cita2 eh? Sejak dr tadika tak taw la brape banyak cita2 ak sekarang. Huh... Nk cita2!!!!!"
"Haha... Gud luck cari cita2 ;-)"
Then dia keluar pegi somewhere else... (toilet xD) Hmm... Mcm tu la ceritanya. Tapi tak setakat tu je. Masa balik rumah mak tanya nk jadi apa lg... Mcm biasa husna jwb "tak taw" lps tu mak pon suggest kan optometrist.. Hari tu cadangkan dr. Kecantikan. Mane2 yg mak suggest husna accept je. Tu sebab dh beribu my cita2 xP
Hari ni lepas search pasal optometrist, terjumpa pasal opthalmologist.. Mcm best je n mmg masuk dgn minat husna. Physic n ubat. Mak suruh jadik doktor tp x minat Bio LANGSUNG! So yg ni pon nama dr. jugak tp focus fizik n kimia. <3 that ><
Husna baru je nk berjinak-jinak dgn Dreamers World 4 Students (suka hati je letak istilah sndiri xP). Tengah2 semangat tiba2 teringat dkt kwn2 husna yg dh expert dlm dunia dreamers ni. Diorang memang pegang kuat dgn cita2 diorg n tak tukar2 dh. They r A Scientist (goldfish), A gynaecologist (star) n A gynaecologist (kitty)...
Husna hope sgt dapat jumpa diorang besar nanti masa diorang keje sbg apa yg diorng nak. Amin...
Kakak husna cakap...
Nabi kata, kalau dah nak kiamat pon, kalau ada benih pokok kt tangan, tanam
Korang yg tak de cita2 tu tunggu apa lagi? Cepat!!! Call 999 tanye apa cita2 korang. Korang taw tak perasaan betapa bahagianya ada cita2 tetap?! Subhanallah.. Haha...
Tapi kalau dh ada tu jangan la tinggal cita2 tu sorang2 mcm tu je. Sian dia... :'(
Come on! Get up n go catch ur DREAM! Coz u had a dream to accomplish \(^_^)/
I Have A Dream - Westlife
I have a dream
A song to sing
To help me cope
With anything
If you see the one world
Of the fairy tale
You can take the future
Even if you fail...
Wallahua'lam :)
Siapa Dia??? 0_o
Saturday, 22 February 2014 - Labels: ilmu, info islam, kenali diri, manusia, muhasabah diri, ragam manusia, sampaikan, sebarkan, share ilmu, siapa, soalan cepu mas, tazkirah - 0 Comments
Salam alaihi alaik...
Kali ni husna nk taaruf kan kt korang beberapa orang manusia yg mungkin ada dlm kalangan kita atau mungkin kita sendiri. Siapa dia???
Siapakah orang yang sibuk?..
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?..Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?..
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?..
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?..
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik?..
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?..Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?..
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal?.. Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT?..
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang post ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain..
So, jom kita sebarkan ilmu ni kt org lain...
Sharing is caring! ^_^
Jangan lokek weyh!! >:O
Friday, 21 February 2014 - Labels: balasan Allah, dalil ganjaran bersedekah, derma, doa, ganjaran, kelebihan sedekah, kerana Allah, kisah benar, masjid, niat, percaya, rahsia berjaya, sedekah, surah al-baqarah, tips menjadi kaya - 0 Comments
Salam alaihi alaik...
Lamanya tak update blog! Biasalah hidup budak ostel yg skema *peace! ^^
calon spm --->> focusing on SPM 2014. Insyallah.. Chaiyok!!! \(^_^)/
Ramai kwn2 husna yg husna jumpa, susah sgtt nk labur duit utk tolong or belanja kwn2 lain. Sedangkan makanan utk diri sendiri beli mcm tak ingat dunia! Kenapa eh? Ada yg ckp "duit tu ayah hang bg utk beli makanan hang, bkn utk orang lain"... Sedar kah diorang bahawa duit dari ayah yg kita sedekah kan dgn niat lillahi taala, kita dpt sedekah pahala utk ayah kita jugak. Berapa dah untung pahala yg kita dapat?
Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
(surah al-baqarah:261)
So this tyme husna nak share ngan korang the power of sodaqah. Pengalaman seorang hamba Allah yg merupakan kisah benar ;)
Assalamualaikum,
3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari.
Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari.
Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.
Bertemu Dengan Ramai Jutawan
Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan.
Mereka 'tersangat' kaya.
Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an.
Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan.
Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.
Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat.
Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.
Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.
Nasihat Dari Para Jutawan
Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.
Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?
Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.
"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."
Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.
"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."
Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.
"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."
Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.
Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka
Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.
Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.
Tiba tiba, bila saya buka beg duit.
Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?
Aduh !!!!!
Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika.
Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.
Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.
"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."
Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.
"Hmmm.... macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?" tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.
Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.
Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?
Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.
"Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak."
Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.
Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.
Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.
Allahuakbar.
Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.
Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.
Syukur Alhamdulillah.
Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.
Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.
Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.
Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.
Kali ini, saya berdoa kepada Allah.
"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."
Jangan takut untuk bersedekah.
Allah Allah.....
Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.
Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.
Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.
Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.
Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.
Kawan kawan semua.... Jom Bersedekah.
Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah."
Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.
Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm.... Lebih baik kita usah hidup.
Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi selepas ini.
Wassalam