Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Pemilik Hati-Hati

Monday, 29 December 2014 - - 0 Comments

Assalamualaikum ^^
Hamba tergerak hati pulak utk menulis pagi ni. Dah lama sgt bersarang blog ni. Ni ha, tak tau la puisi ke ape. Saje tulis. Hehe...



Sedih? Marah? Kesal?
Dari mana ia hadir?
Kenapa ia hadir?
Untuk apa ia hadir?

Ya, ianya sakit
Sakit yang datang dari hati
Kata orang,
Pedihnya hanya Allah yang tahu

Timbul persoalan di benak ku,
Kenapa hanya Allah yang tahu?
Adakah ianya sekadar ucapan?
Yang hanya sekadar terluncur keluar dari bibir manusia?

Soalan yang membawaku
Keluar dari belenggu mencari Allah
Betulkah hanya Allah yang tahu?
Ku ceritakan segalanya pada-Nya
Ku curahkan semahu-mahunya
Ku tanyakan penyelesaiannya

Pada saat itu,
Ku terasa berada sgt dekat dengan-Nya
Bagai Dia mendengar setiap butir bicara ku
Hatiku tergerak menyentuh kitab yg mengandungi kalimah-Nya
Bibir ku tergerak membaca setiap huruf yg terkandung

Hatiku bagaikan terpujuk
Menghayati kalam-Nya
Rabbku memujukku,

"Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita"(9:40)
"AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (2 : 286)
"Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang"(13:28)

Kini ku sedar,
Memiliki-Nya bererti aku memiliki segalanya
Dan aku menemui jawapan dari persoalan
Allah Tuhanku
Allah pemilik hatiku
Allah menguasai hati hamba2-Nya
Mana mungkin Allah membiarkan hamba yg disayangi-Nya berseorangan
Mana mungkin Allah sanggup melihat hamba yg dicintai-Nya disakiti
Bahkan Allah rindu akan hamba-Nya itu
"Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu"(40:60)

Mana syukurmu?
Berhentilah menangis kerana manusia yg bertaraf hamba,
Istimewakanlah tangisan mu untuk pencipta mu,
Ar-Rahman, Ar-Rahim...
Kenapa kita perlu mencintai Allah?
Kerana Allah lah yg paling mencintai kita...

Nukilan terpelihara: Nurul Husna Mohd Noor

Wallahua'lam...

Cakap Tak serupa Bikin

Sunday, 7 December 2014 - - 1 Comments

Assalamualaikum akhi n ukhti! ^^

Hihi... Baru dapat idea nk tulis apa. Dapat ilham ni sebab..... Ada orang update kat statusnya mengenai cakap tak serupa bikin. Haha... Hamba agak terasa jugak la sebab hamba menulis blog punya kencang padahal diri hamba pun terkontang-kanting lagi xP

Kita semua tau pasal orang yg cakap tak serupa bikin ni kan? Allah tak suka... Allah dah warning kita pasal benda ni lama dah... Hehe

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!" (As-saf:2)

"Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (As-saf:3)

Kita kena ikut cara nabi dalam apa jua ibadah yg kita buat. Nabi tak suruh orang buat sebelum nabi buat... Jom ikut cara nabi! Itu adalah sebaik-baik cara :)

Tapi, ada pulak soalan macam ni, "habis tu susah la kitorang ni nk dakwah. Kitorang ni tak baik sangat..." pulak! Macam mana ni? Dakwah tu kan tanggungjawab setiap umat Islam? Sebagai khalifah di bumi Allah. Dalam hal ni, Imam Hassan Al-basri berkata,

 “sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”

Dunia zaman sekarang bukan macam zaman Nabi, zaman iman umat Islam sangat kuat. Dunia sekarang terlalu banyak cabaran dari musuh2 Islam. Sukar untuk membentuk zuriat yg benar2 beriman jika kita masih dikelilingi senjata2 musuh Islam. TV, internet, radio..  Ulamak pun makin berkurang.

Daripada Abdullah bin Amr bin al-‘As r.huma berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW. Bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekaligus daripada (dada) manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ilmuitu dengan mematikan alim ulama’.Apabila sudah ditiadakan alim ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Jadilah mereka itu sesat lagi menyesatkan orang lain.”
(Hadis riwayat Muslim)

Jadi, penyelesaian terbaik,,

Bagi yang berdakwah, cuba sedaya upaya untuk buat dahulu perkara yg hendak didakwahkan. Usaha lah. Allah akan nilai usaha kita. Percaya lah Allah sentiasa ada dengan kita. Allah akan tolong hambaNya yg berusaha membangunkan Islam. Allah tak perlukan kita, kita yg perlukan Allah. Jangan berhenti berdoa dan jangan sesekali berputus asa dalam berdakwah :)
Jika tak mampu, tetaplah berdakwah dan mohon ampunan dari Allah atas kelemahan diri kita, di samping meminta kekuatan jiwa dariNya.

Kepada yang didakwah,
Lihat lah kepada dakwah yg disampaikan, bkn orang yg menyampaikan dakwah. Umat Islam wajib saling menegur untuk mencegah kemungkaran. Ambillah teguran itu sebagai sesuatu yg positif. Anggap lah teguran tersebut daripada Allah yg disampaikan melalui saudara kita.

“Kesombongan itu menolak kebenaran dan merendahkan martabat manusia.”-HR Muslim

“Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun seberat zarah.”-HR Muslim

Sama-sama cuba perbaiki diri :)

Wallahu a'lam ^^