Karipap Daging Berlada
Thursday, 26 May 2016 - - 0 Comments
Kulit Karipap
Bahan
1/2 kg @ 5 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak jagung @ sawit
2 sudu besar planta
1/2 sudu teh garam
215 ml air.
Cara
1) panaskan minyak dan planta
2) tuangkan ke dalam loyang berisi tepung
3) uli
4) tambah larutan garam sikit demi sikit
5) uli hingga lembut, masukkan ke dalam peti ais 30 minit
Inti karipap
Bahan
3 biji kentang
2 biji bawang besar
1/2 sudu teh lada hitam.
Sekeping daging hancur ramli
Cara
1) Tumis bawang besar
2) masukkan daging
3) masukkan ubi
4) masukkan lada
5) tapis minyak
Puding Roti Simple
- - 0 Comments
Bahan
Puding:
4 keping roti
1/2 cwn susu pekat
2 cawan air suam
1 sk esen vanilla
3 biji telur
*blend semua bahan puding
Karamel:
3 sudu besar gula pasir
1 sudu besar air
*masak gula hingga perang, masukkan air, tuang dalam loyang
Cara
1) tuang bahan puding ke dalam loyang karamel
2) cover tudung pengukus dgn kain
3) kukus 40minit
4) sejukkan dalam peti ais
Gulai Udang Masak Lemak Cili Padi Humban
Tuesday, 17 May 2016 - - 0 Comments
Bahan A
Udang - 1 cawan
Serai - 2 batang
Asam gelugor - 2 keping
Bahan B
Cili padi - 10 biji
Garam - setengah sudu teh
Ikan bilis - 1 sudu besar
Kunyit - sebesar ibu jari
Bawang merah - 6 biji
Air - 1 cawan
Bahan C
Santan pati - sepaket
Air secukupnya
Cara
1) Ketuk serai dan masukkan kesemua Bahan A ke dalam periuk
2) Kisar Bahan B dan masukkan ke dalam periuk
3) Tuangkan santan dan air ke dalam periuk
4) Kacau secara konsisten dengan api sederhana
5) Kecilkan api apabila gulai mendidih
6) Hidangkan