Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

يَا عِبَادِيَ

Wednesday, 18 July 2018 - - 0 Comments


  قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Wahai hamba ku, 
Engkau abid ku
Bagaimana sanggup Aku kau ingkar
Bagaimana sanggup Aku kau lampaui
Bagaimana sanggup Aku kau abai
Tidak takut kah kau akan murka nya Aku?

Wahai hamba ku,
Engkau abid ku
Mengapa dirimu kau lukai
Mengapa dirimu kau zalimi
Mengapa dirimu tidak kau peduli
Sakitnya bukan kah pada diri kau sendiri? 

Wahai hamba ku,
Engkau abid ku
Sejauh mana kau pergi dari Aku
Tetap ku memanggil mu,
يَا عِبَادِيَ
Aku menunggumu
Aku menyayangimu

Best Of The Best

Tuesday, 17 July 2018 - - 0 Comments

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ


Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(Al-Hujurat: Ayat 13)
Semua orang nak jadi The Best. Pelajar terbaik, Pekerja terbaik, Anak terbaik, Pelari terbaik, Pembangkang terbaik... (ups!) 
Semua orang nak yang The Best. Nak GPA paling tinggi, nak gaji paling tinggi, nak isteri paling sempurna, nak anak paling baik, nak suami paling hensem.
Semua orang nak yang the best dan nak jadi the best dalam dunia ni. 'The best' itu akan menjadikan kita dipandang mulia, dan semuanya tu bagus je untuk jadi kan impian dan cita cita kita.
Tapi, tahu tak apa yang THE BEST OF THE BEST?  The best of the best ialah bila kita ada the best relationship dengan Yang Maha Memiliki Segalanya, ALLAH ;) 
Apa lagi yang lebih baik daripada mendapat tempat yang mulia di sisi Nya?
Dalam ayat di atas, Allah refer seluruh manusia, bukan Muslim je. Allah cakap yang paling mulia antara SEMUA MANUSIA ialah orang yang bertakwa. Bukan rupa paras, kedudukan, status, dll.
Taqwa untuk di rebut semua orang. Semua orang layak ok. Sesiapa sahaja yang sanggup untuk berebut taqwa, dipersilakan untuk menjadi manusia yang mulia di sisi Allah.
So, apa dia taqwa ni? 

Taqwa is a shield. Shield dari apa? Musuh utama kita ialah, diri kita atau nafsu kita sendiri. Maka, kita perlukan shied untuk lindungi diri kita, dari nafsu kita sendiri.
وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا (7) فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا (8) قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا (9) وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا (10)
Demi jiwa dan penyempurnaan (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (Q. S. al-Syams [91]: 7-10).
Setiap dari kita diberi dua pilihan; jalan kebaikan atau jalan kejahatan. Setiap masa kita dihidangkan dengan pilihan.

Bermula dari celiknya mata dari tidur yang enak, sambung tidur atau bangun qiyam? Pergi kelas atau tidak? Tidur dalam kelas atau tidak? Menipu dalam exam atau tidak? Tengok wayang atau hadir kuliah? Setiap gerakan diberi pilihan untuk kita pilih.

Mungkin ada pilihan yang bagi kita, sangat mudah. Contohnya memilih restoran yang halal atau non-halal. Semestinya restoran halal. Kita Muslim kott... Tapi, mungkin ia adalah pilihan yang mudah bagi kita tapi susah bagi orang lain. Semua orang diuji mengikut kapasiti masing-masing.

Beza pulak kita memilih dalam situasi yang berbeza. Dalam kebanyakan situasi, mungkin mudah untuk kita memilih untuk tidak meniru dalam exam. Tapi macam mana bila kita dalam keadaan desperate nakkan gred 'A' ? Mampukah untuk kita buat pilihan yang betul macam sebelum-sebelum ni?

Hidup adalah satu pertarungan. Pertarungan antara haq dan batil. 
Hanya orang dengan shield paling kuat yang mampu bertahan dan berjaya.


Let's be THE BEST OF THE BEST!
















Bebas

Friday, 13 July 2018 - - 0 Comments



Syahadah - Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah utusannya.

Suatu pengakuan yang harus disertakan amalan dengan tiga elemen manusia: hati, jasad dan aqal.


Ibadah bukanlah hanya dengan duduk berzikir di dalam masjid, Ibadah adalah ketundukan dan kepatuhan penuh kepada sesuatu atau seseorang. Apa sahaja yang kita sepenuhnya tunduk dan patuh kepada, adalah objek kepada pengabdian kita. Yang secara tidak langsungnya, ia adalah tuan yang menyusun dan memerintah; apa yang perlu kita lakukan dan bagaimana kita sepatutnya jadi.

Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan; setiap dari kita adalah hamba. Samada secara sukarela atau pun tidak, kita semestinya sedang mengabdikan diri kepada sesuatu. Ada yang mengabdikan diri kepada harta, ada yang mengabdikan diri kepada orang lain, ada yang mengabdikan diri kepada suatu ideologi, ada yang mengabdikan diri kepada alam. Kita yang mana?


Malah lebih teruk, ada yang menentang hakikat bahawa setiap dari kita adalah hamba. Dengan lantang mereka mengatakan bahawa mereka bebas dari penghambaan kerana mereka boleh berbuat sesuka hati mereka di atas bumi ini. Hakikatnya, mereka adalah hamba kepada ego mereka sendiri.



أفَرَأيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya
(Al-Jathiyah:23)

Setiap dari kita adalah hamba kepada sesuatu atau seseorang, tanpa diberi pilihan. Namun, kita diberi pilihan; kepada siapa untuk kita mengabdikan diri. Andai benar pilihan kita, maka jadilah kita orang yang benar-benar bebas. 

Muslim adalah orang yang berserah diri. Mereka memilih Allah Yang Satu sebagai Tuhan mereka yang agung. Mereka memilih untuk tunduk dan patuh sepenuhnya kepada Sang Pencipta, bukanlah pada yang dicipta.

Mereka tidak mengambil suatu apa pun dari dunia ini untuk mereka tunduk dan patuh kepada. Mereka bebas dari belenggu dunia. Juga bebas dari ego mereka sendiri. Mereka mampu untuk berjalan di atas bumi Allah, di bawah langit Allah sebagai seorang manusia yang bebas.













Doh Karipap Mak (11biji)

- - 0 Comments

Bahan

1 cawan tepung gandum
Minyak zaitun 3 sudu / butter 1 sudu penuh
Air ais 5 sudu
Garam tepi sudu

Cara

Gaulkan garam dan tepung dalam talam
Masukkan minyak zaitun. Peroikan.
Masukkan air dan gaul dengan tangan sampai mesra.
Tambahkan butter/minyak zaitun jika perlu.
Bulat bulat kan kecil dan gelek.
Jika doh berlebihan, balutkan dalam plastik dan simpan dalam peti ais.