Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Kek Buzzer

Tuesday, 9 November 2021 - - 0 Comments


 Bahan

Buttercup 250g

Telur Gred B 5 biji

Gula castor 1 cawan (cawan hi-tea)

tepung berserbuk penaik 3 cawan hi-tea

susu cair 1/3 tin

Esen pisang 1/2 sudu teh

Jem strawberry

Kelapa kering


Cara

1. Mix high speed: butter dan gula

2. Mix high speed: masukkan telur satu2 sambil mix. masuk satu, mix sampai creamy, masuk lagi satu, mix sampai creamy lg, sampai habis 5-5 telur

3. masukkan tepung secawan, mix slow (max speed 3), masukkan susu cair sikit, mix slow. Ulang sampai habis tepung n susu cair.

4. Masukkan esen pisang. Mix slow sampai dh mixed la esen tu bagi sekata.

5. Pastikan oven dipanaskan dulu api atas bawah 170C selama 10 mins

6. Gris loyang, masukkan bancuhan kek, masukkan dlm oven. Set masa 40 mins, tukar suhu jadi 160C. biar je sampai oven bunyi. Check kek dh masak ke belum dengan cucuk pakai lidi/pisau. Kalau x masak lagi, tambah masa 10 mins lagi. suhu jgn ubah.

7. Bila dh siap, biarkan dlm oven. Oven bukak sikit.

8. Dah sejuk boleh pegang, angkat letak atas meja. sapu seluruh kek dgn jem dan tabur kelapa kering.

9. Simpan peti separuh, separuh letak dlm bekas je.

Kek coklat Wholemeal

Monday, 22 March 2021 - - 0 Comments

1. Serbuk koko 3/4 cawan, tepung wholemeal 1 3/4, gula perang 1 cawan, 1 1/2 tsp Baking powder, 1 1/2 tsp baking soda, 1 tsp garam

- Gaulkan bagi rata

2. Masukkan 1 cawan susu, 3 biji telur, 1/2 cawan minyak jagung

- mix 2-3 minit

3.  Masukkan 1 cawan air betul2 panas

- kacau guna scrapper sampai sebati.

4. Tuang dalam loyang bersalut minyak

5. Bakar sejam 170°C

Kek Buah Moist

Tuesday, 2 March 2021 - - 0 Comments


 Bahan 1:

Hampir satu buku buttercup (1 buku tu potong sikit untuk guna oles loyang) 

3/4 cawan gula perang

5 jenis buah-buahan kering total semua 300 g - ikut suka (prune, cherry, kismis goden, kismis hitam, kiwi dsb yang disukai)

Air 3/4 cawan

Cara:

Masukkan semua Bahan 1 dalam saucepan, panaskan dengan api sederhana kuat selama 3 minit. Tutup api, biarkan sejam, sampai betul-betul sejuk. 


Bahan 2:

Telur 3 biji

Tepung gandum 3/4 cawan

Baking powder 1 tsp

Garam 1/2 tsp

Zes sebiji lemon dan zes sebiji oren

Kacang yang di chop (apa-apa jenis kacang yang disukai) 

Cara:

Panaskan oven. Masukkan telur satu per satu dalam Bahan 1 sambil mix. Masukkan semua baki Bahan 2 kecuali kacang dalam Bahan 1, gaul sebati. Oleskan loyang, tuang adunan dalam loyang dan taburkan kacang yang dichop ke atas adunan tadi. Bakar suhu 160°C selama 60 minit atau sehingga masak (tidak melekat apabila dicucuk lidi), api atas bawah. 

Kek hokkaido

Sunday, 31 May 2020 - - 0 Comments


Bahan A
2 biji telur putih
2 sb gula
(buat jadi meringue)

Bahan B
2 biji telur kuning
1 sb gula
Minyak 2 1/2 sb
Susu cair 1/4 cwn
(kacau sebati)

Bahan C
1/4 cwn tepung gandum
1sb tepung jagung
1/2 sk baking powder
(ayak ke dalam bahan B)

Sediakan bahan B,C.
Campur semua bahan B, C.
Sediakan bahan A, campur dalam B, C.
Bakar suhu 160°C 25 mins.

Kastard
Marjerin 1 sudu
Susu cair 200ml
Telur sebijik
1sb tepung kastard
1sb tepung gandum
4sb gula
(Larutkan dulu semua sebelum bukak api)

Biskut mazola

Thursday, 7 May 2020 - - 0 Comments

Bahan
1 cawan kacang tanah
1/2 cawan gula aising
1 1/2 cawan tepung gandum
Sedikit garam
125ml minyak mazola

Cara
Kisar kacang
Campur semua bahan
Sapu kuning telur atas doh yang dibentuk
Letak kacang seketul atas setiap biskut.
Bakar 180°C 15-20minit

Wadai kiping

Saturday, 28 March 2020 - - 0 Comments

Bahan-bahan A

Santan 1 paket/kotak kecik
Gula kabung/melaka setengah
Air

Bahan-bahan B
Tepung pulut 1 cawan
Garam secubit
Air setengah cawan

Cara 
1. Panaskan air rebusan dengan api paling perlahan, sambil tu buat doh
2. Uli tepung pulut, garam dan air sampai tak melekat kat tangan. Air setengah cawan masuk sikit2 sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau dh okay, stop masuk air tadi.
3. Buat bulat2 dan tekan dengan jari di tengah. Susun atas dulang yang dah ditabur tepung. Biarkan di tepi untuk bancuh kuah
4. Masukkan bulat2 tadi dalam air rebusan, kuatkan api. Biar sampai semua bulat2 dah terapung dan air dah mendidih. Tutup api.
5. Cairkan gula melaka dengan sedikit air (satu cawan). Dah cair, masukkan garam secubit. Then kecikkan api, masuk santan. Kacau seketika, tutup api.
5. Angkat bulat2 dari air rebusan, masukkan dalam bancuhan kuah santan tu. Biar sampai sejuk.
6. Kacau2, angkat dan hidangkan.