Showing posts with label al-Quran. Show all posts
Showing posts with label al-Quran. Show all posts
Ketakutan Dan Harapan
Sunday, 11 June 2017 - Labels: Al-A'araf, al-Quran, as-syakur, berdoa, burung, cinta akhirat, cinta dunia, harapan, ketakutan, Khalilullah, pencari kebenaran, sayap, seimbang, tadabbur, tawakkal, usaha - 0 Comments
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah...
Alhamdulillah hari ni dapat peluang untuk menulis dalam
minggu exam yang busy ni. Entri ni sebenarnya nak tulis dari minggu lepas lagi,
masa sahabat Husna ada yang menyanggah lepas Husna update status mengenai apa
yang Husna dapat masa usrah lepas. Sebenarnya saje je update status tu. Tak
include lah apa-apa explaination. Just nak update perasaan seronok dapat
kefahaman yang jelas mengenai persoalan yang dah lama Husna fikir. Hanya
screenshot chatting dalam group. Tak sangka pulak ada yang ambil berat. Hihi...
Alhamdulillah, pencari kebenaran memang tak boleh tahan sesuatu yang tiada
bukti. Sifat semulajadi manusia ingin kan bukti untuk setiap perkara yang
dibicara. Even Nabi Ibrahim yang gelarannya Khalilullah (kekasih Allah) meminta
kepada Allah untuk melihat bagaimana Allah meghidupkan kembali orang yang telah
mati. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 260
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata:
"Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan
makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum
percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku
percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya
tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman:
"(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu
(dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah
bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya
semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Baqarah 2:260)
Jadinya haritu yang Husna janji nak buat entri ni untuk dia
tu, tak kesampaian sebab sibuk sikit. Tapi mungkin juga bukan sebab sibuk,
mungkin sebab niat yang tak betul, menulis untuk membuktikan diri ini betul.
Astaghfirullah... Alhamdulillah hari ni diberi kesempatan untuk menulis bukan
untuk membuktikan diri ini betul, tapi untuk berkongsi dan menguatkan seorang
sahabat yang sangat disayangi. Yang hanya tinggal satu minggu je lagi berkepit
dengan dia huhu... Moga Allah tetapkan niat sepanjang menulis ni dan moga Allah
guide. Amin...
Okayyy,, tajuk hari ni takut dan harap kan? Sebenarnya ia
lebih kepada konsep usaha dan tawakkal. Dah lama sebenarnya fikirkan konsep
usaha dan tawakkal ni. Ada terasa konsep yang aku pegang selama ni tak tepat
sebab masih rasa ada yang tak kena. Bagaimana tawakkal mampu menguatkan umat
Islam? Menjadi debatan banyak orang mengenai konsep tawakkal ni sehingga orang
bukan Islam meremehkan orang Islam yang memegang konsep tawakkal tu. Sebenarnya
tiada yang salah mengenai konsep tu kerana ia datang dari Allah. Allah menyuruh
orang-orang Islam bertawakkal. Yang salahnya adalah fahaman umat Islam terhadap
konsep tawakkal itu sendiri yang menyebabkan salah aplikasinya. Ayuh betulkan
fahaman kita mengenai tawakkal!
Jom bukak Al-Quran, baru feeling lebih kan? Bahkan dapat
lagi pahala tengok Al-Quran hehe... Bukak Surah Al-A'raf ayat 56
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah
menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya
dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan
terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat
kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
(Al-A'raaf 7:56)
Kita highlight dekat
"...dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan
takut(kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan
(supaya makbul)"
Dalam Tafsir Ibn Kasir dan Fi Zilal, tidak diceritakan
secara detail mengenai takut dan harap ni.
Dalam tafsir Ibn Kasir, cuma disebut
"Yakni dengan perasaan takut terhadap siksaan yang ada
di sisiNya
dan penuh harap kepada pahala berlimpah yang ada di
sisiNya."
Dalam Fi Zilal, cuma disebut
"Iaitu takut kepada kemurkaan dan hukuman-Nya dan penuh
harapan untuk mendapat keredhaan dan ganjaran dari-Nya"
Point utama kita:
TAKUT terhadap seksaan, kemurkaan dan hukuman Allah
HARAP untuk mendapat redha dan ganjaran dari Allah
POINT 1: TAKUT
Dalam ayat 56 tadi juga, Allah bagi warning dekat kita
supaya kita sentiasa ingat dan takut kepada-Nya
"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah
Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya..."
Umat-umat yag hidup sebelum kita terlalu banyak contoh
keingkaran yang telah Allah limpahkan azab ke atas mereka. Jika kita sengaja
menceroboh kekuasaan Allah, selepas Allah dah islahkan bumi ni dengan
syariatnya, tak mungkin tidak, Allah boleh timpakan azab-Nya ke atas kita
dengan sangat mudah. Kun fayakun. Kita seluruhnya adalah di bawah kekuasaan
Allah.
Kat sini Allah urge kita, aku meliputi kalian, aku boleh
buat apa sahaja kepada kalian. Maka, takutlah padaku!
Nak mention balik kisah Bani Israel yang Allah pegang gunung
Tursina di atas mereka, lalu mereka bersujud dengan penuh harapan. Dan Allah
terima mereka. Kenapa ya? Kerana sujud dan doa mereka pada masa tu adalah
dengan meletakkan SEPENUH PERGANTUNGAN kepada Allah. Sujud yang sangat Allah
sukai. Mereka merasakan nyawa mereka masa tu betul-betul di tangan Allah. Maka
Allah lindung dan terima mereka.
Macam tulah jugak kita dalam amal-amal kita, beramal lah
dalam keadaan kita takut amal kita tak dterima, atau Allah murka dengan kita.
Dalam konteks exam, usaha lah dalam keadaan kita takut kalau kita tak usaha,
Allah tak redha dengan kita. Kerana takdir kita, result exam kita semuanya telah tertulis dan tak mampu untuk kita ubah. Yang boleh diubah adalah keadaan kita, bukan nasib kita. Bukan kita usaha sebab konsep lama, "orang
yang usaha lebih, Allah bagi dia lebih" atau "siapa berusaha dia
berjaya" yang difahami kalau usaha gempak, result gempak. Kedua-dua pernyataan tu benar, tapi jika difahami lebih mendalam
ada sedikit salah faham kita terhadap dua-dua peryataan tu. Nanti insyaallah
kita bincang dalam entri seterunya, Surah Ar-Ra'ad ayat 11. Ayat famous ni,
barang siapa "Sesungguhnya Allah
tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang
ada pada diri mereka sendiri." hehe... Sabar ya, tunggu entri depan :P
Jadi kenapa nak usaha kalau result dah ada??? Yang Allah nak tengok sepanjang perjalanan hidup kita ialah amal, bukan result kepada amal tu. Berbalik kepada tujuan kita berjalan di muka bumi Allah ni iaitu sebagai hamba dan khalifah. Buatlah yang terbaik untuk Allah, persembahkan yang terbaik kepada Allah, Bertempur lah sehabis boleh dengan pena mu demi agama (konteks exam).
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Perasaan takut tu adalah rezeki supaya kita terus bergerak
dan beramal. Dan perasaan takut tu juga
melahirkan taqwa iaitu sentiasa berhati-hati dalam setiap langkah kita.
Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan
takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka;
Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka;
Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain
dengan Tuhan mereka;
Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang
hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;
Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan,
dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.
(Al-Mu'minuun 23:57-61)
POINT 2: HARAP
Dalam surah yang sama ayat 54, Allah perkenalkan diri-Nya
dan kehebatan-Nya, suapaya kita yakin untuk berharap memohon pada-Nya. Jika
kita nak minta sesuatu daripada seseorang, mestilah kita kena yakin yang dia
mampu bagi kat kita kan? Contohnya nak pinjam duit nak bukak kedai, takkan nak
pinjam kat orang yang pendapatannya sama je dengan kita, ye dok?
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit
dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam
dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang
menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada
perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan
(sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan
mentadbirkan sekalian alam.
(Al-A'raaf 7:54)
Terlalu banyak harapan yang Allah dah bagi kat kita.
Contohnya,
Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa:
"Apakah yang telah diturunkan oleh tuhan yang telah diturunkan oleh Tuhan
kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan" orang-orang yang berbuat
kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan
negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik
negeri bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Al-Nahl 16:30)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah
seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah
Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan
dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia
mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
(Al-Kahfi 18:110)
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama)
Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan
tapak pendirian kamu.
(Muhammad 47:7)
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(A-li'Imraan 3:104)
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau
mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada
Allah supaya kamu berjaya.
(A-li'Imraan 3:130)
Harapan melahirkan iman (percaya dan yakin) dan membawa
kepada tawakkal. Harapan adalah penyerahan sepenuhnya kepada Allah yang
memegang urusan tersebut. Kalau kita dah mengharapkan seseorang tu pun, kita
akan bagi tugas tu kat dia dengan percaya sebab tahu kemampuannya kan? Dalam
konteks amal, berharaplah agar amalan-amalan kita diterima dengan percaya
kepada sifat Allah yang As-Syakur iaitu Allah membalas kebaikan hamba-hambaNya
dengan sebaik-baik balasan. Macam dalam hadis ni:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ
اللهُ عَنْهُمَـا ، عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْمَـا
يَرْوِيْهِ عَنْ رَبِّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى ، قَالَ : «إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْـحَسَنَاتِ
وَالسَّيِّـئَاتِ ، ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ ، فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا
، كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً ، وَإِنْ هَمَّ بِـهَا فَعَمِلَهَا
كَتَبَهُ اللّـهُ عَزَّوَجَلَّ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ
إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيْرَةٍ ، وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّـئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا ؛ كَتَبَهَا
اللهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً ، وَإِنْ هَمَّ بِهَـا فَعَمِلَهَا ، كَتَبَهَا
اللهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً ». رَوَاهُ الْـبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ فِـيْ صَحِيْحَيْهِمَـا
بِهَذِهِ الْـحُرُوْفِ
Dari Ibnu Abbas dari Nabi Muhammad tentang hadits yang beliau riwayatkan dari Allah. Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah menulis kebaikan-kebaikan dan kesalahan-kesalahan kemudian menjelaskannya.
Barangsiapa berniat melakukan kebaikan namun dia tidak (jadi) melakukannya,
Allah tetap menuliskanya sebagai satu kebaikan sempurna di sisi-Nya. Jika ia
berniat berbuat kebaikan kemudian mengerjakannya, maka Allah menulisnya di
sisi-Nya sebagai sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali lipat sampai
kelipatan yang banyak. Barangsiapa berniat berbuat buruk namun dia tidak jadi
melakukannya, maka Allah menulisnya di sisi-Nya sebagai satu kebaikan yang
sempurna. Dan barangsiapa berniat berbuat kesalahan kemudian mengerjakannya,
maka Allah menuliskannya sebagai satu kesalahan.”
[HR. al-Bukhâri dan Muslim
dalam kitab Shahiih mereka]
Dalam konteks exam, berharaplah Allah akan terima usaha kita dan membalas dengan yang terbaik. Percayalah Allah yang memegang segala urusan. Tiada yang berlaku atau terjadi di luar kawalan-Nya. Semuanya terjadi atas izin-Nya. Siapalah kita sebagai hamba untuk mengawal atau mempersoalkan.
Suka nak share analogi takut, harap, dan cinta yang diberi perumpamaan kepada burung. Tadabbur alam, kaitkan lah dengan hidup kita dan ayat-ayat Allah (entri sebelum ni).
Takut dan harap umpama kedua belah sayap burung. Jika panjang atau pendek sebelahnya, tidak mungkin burung tu akan terbang dengan normal. Begitu jugalah dengan ketakutan dan harapan.
Ketakutan melebihi Harapan akan menyebabkan keputus asaan.
Contoh ketakutan melebihi harapan ialah, terlalu takut untuk membawa Islam, takut Allah tak terima, takut usaha sia-sia, maka wujudnya putus asa.
Contoh dalam exam ialah ketidakpercayaan kepada diri sendiri dan Allah yang lead kepada keputus asaan, jadi malas nak usaha.
Harapan melebihi ketakutan akan menyebabkan kegagalan yang pasti.
Contoh nya terlalu yakin yang Allah akan menolong orang yang menolong agama-Nya, jadi tak payah lah usaha sgt belajar untuk exam ni. Mesti Allah tolong aku. hihi...
Kedua-dua nya perlu seimbang untuk kita terbang dengan baik di angkasa kehidupan ni.
Cinta pula adalah kepala burung yang memandu arah penerbangan burung. Jika cinta kita kepada akhirat, kepada akhirat lah kita tuju. Kalau cinta kita kepada dunia, kepada dunia lah kita tuju. Orang yang mengejar dunia, dia mungkin mendapatkan dunia tetapi tidak akhirat. Orang yang mengejar akhirat, dunia pasti menyertainya.
Jadi, jom kita perbetulkan fahaman kita mengenai usaha dan tawakkal ni supaya lebih jelas tujuan hidup kita. Tapi, ini hanyalah tadabbur yang Husna rasa lebih logik dan mengubah sisi pandang dengan lebih baik. Mungkin tidak bagi orang lain. Terpulang kepada individu mahu menerima atau tidak. Hamba Allah ni hanya menyampaikan sesuatu yang dirasakannya sangat perlu diberitahu dan dikongsi kepada orang lain atas dasar cinta kerana Allah.
Wallahua'lam.
Golongan yang Berbeza Pendirian terhadap Al-Quran
Tuesday, 13 November 2012 - Labels: al-Quran, Allah, aniaya, berbeza, bersederhana, diri, golongan, hukum, kebajikan, kelompok, muhasabah, pendapat, peraturan - 0 Comments
Tiga golongan muslim yang berbeza pendapat mengenai al-Quran:
- Golongan yang menganiayai diri mereka sendiri
- golongan yang kesalahan mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan, kerana mereka tidak membaca al-Quran, mentelaahm berdiskusi apatah lagi untuk beramal dengan perintah Allah di dalamnya.
- Golongan yang bersederhana
- Golongan yang kesalahan mereka sama banyak dengan pahala mereka. Mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia untuk melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah.
- Golongan yang berlumba-lumba membuat kebajikan
- Golongan yang amat banyak kebaikan yang dilakukannya dan jarang sekali berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah di dalam al-Quran.
Kenalkah Anda dengan Aidiladha?
Friday, 26 October 2012 - Labels: 1 Syawal, 10 Zulhijjah, Aidil Adha, al-Quran, bahasa arab, hadis, Hari Tasyrik, iqamat, juadah, Khatib, korban, menjamah, menziarahi, perkuburan, Raya Haji, takbir - 0 Comments
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Hari Raya Aidiladha dalam hadis
- Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
- Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
- Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
- Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Subscribe to:
Posts (Atom)


