Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Lirih doa Rasulullah di Thaif

Wednesday, 23 August 2017 - - 0 Comments

Assalamualaikum wbt...

Dipertemukan dgn doa ni saat hati lemah. Beserta kisah Rasulullah yg sarat dengan ibrah. Bagaimana Rasulullah kekasih Allah diuji dengan ujian yg luar biasa. Dibandingkan dengan ujian yg sedang dirasa sekarang, tak layak langsung dibandingkan. Kebergantungan yg tinggi terhadap Allah Ar-Rahim. Ketidak putus asaan kerana yakin dengan cinta dan keyakinan. Sifat kemaafan yg luar biasa.

Kisah bermula apabila Rasulullah keluar ke Thaif yg jaraknya lebih 60 batu dari Mekah bersama Zaid b Harithah. Sepanjang perjalanan, Rasulullah menyeru setiap kabilah yg baginda lewati kepada Islam. Tp tidak diendahkan. Semasa Rasulullah berada di kalangan penduduk Thaif selama 10 hari, tidak ada seorang pembesar pun yg tidak didakwah. Namun maki hamun yg diterima. Dilontar anak2 batu kerikil hingga pecah dan luka2 kaki baginda. Rasulullah berlindung di sebalik tembok, dn berteduh di sebalik pohon anggur. Masa nilah doa Rasulullah yg amat sayu terlafaz, yg maksudnya



Wahai Tuhanku, kepadaMu aku mengadukan lemahnya kekuatanku, sempitnya ikhtiarku dan hinanya aku di mata manusia.Wahai Tuhan, Engkau yang lebih pengasih dari semua pengasih, Engkau pelindung orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau  menyerahkan diriku ini?. Kepada yang jauh dan menghadapiku dengan muka masam, atau kepada musuh yang membenciku ?. Kalau Engkau tiada murka kepadaku, tiadalah mengapa. Tetapi maafMulah yang sangat aku dambakan. Aku berlindung di bawah nur (cahaya)Mu yang menerangi semua kegelapan, dan dengan cahaya itulah urusan dunia dan akhirat akan menjadi baik, janganlah kiranya Kau turunkan murkaMu kepadaku. Demi Engkaulah aku rela dihinakan, asal Kau masih rida padaku. Tiada daya upaya, dan tiada kekuatan, kecuali dariMu.

Semasa perjalanan pulang ke Makkah dengan perasaan dukacita, Jibril diutus bersama malaikat penguasa gunung-ganang untuk mendapat perintah dari Baginda untuk menghempap penduduk Thaif dgn bukit Al-Akhsyabain. Tahu apa jawapan Rasulullah? "Tapi apa yg ku harapkan ialah Allah mengeluarkan zuriat dari keturunan mereka itu benih2 yg akan menyembah Allah tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun" .

 صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 😢

Kita takkan mampu menjadi seperti Rasulullah, tp kita mampu mengerah daya untuk mengikut jejak Rasulullah dalam perjalanan hidup menggapai redha Allah, insyaAllah.

Wallahua'lam

Cakap Tak serupa Bikin

Sunday, 7 December 2014 - - 1 Comments

Assalamualaikum akhi n ukhti! ^^

Hihi... Baru dapat idea nk tulis apa. Dapat ilham ni sebab..... Ada orang update kat statusnya mengenai cakap tak serupa bikin. Haha... Hamba agak terasa jugak la sebab hamba menulis blog punya kencang padahal diri hamba pun terkontang-kanting lagi xP

Kita semua tau pasal orang yg cakap tak serupa bikin ni kan? Allah tak suka... Allah dah warning kita pasal benda ni lama dah... Hehe

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!" (As-saf:2)

"Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (As-saf:3)

Kita kena ikut cara nabi dalam apa jua ibadah yg kita buat. Nabi tak suruh orang buat sebelum nabi buat... Jom ikut cara nabi! Itu adalah sebaik-baik cara :)

Tapi, ada pulak soalan macam ni, "habis tu susah la kitorang ni nk dakwah. Kitorang ni tak baik sangat..." pulak! Macam mana ni? Dakwah tu kan tanggungjawab setiap umat Islam? Sebagai khalifah di bumi Allah. Dalam hal ni, Imam Hassan Al-basri berkata,

 “sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”

Dunia zaman sekarang bukan macam zaman Nabi, zaman iman umat Islam sangat kuat. Dunia sekarang terlalu banyak cabaran dari musuh2 Islam. Sukar untuk membentuk zuriat yg benar2 beriman jika kita masih dikelilingi senjata2 musuh Islam. TV, internet, radio..  Ulamak pun makin berkurang.

Daripada Abdullah bin Amr bin al-‘As r.huma berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW. Bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekaligus daripada (dada) manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ilmuitu dengan mematikan alim ulama’.Apabila sudah ditiadakan alim ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Jadilah mereka itu sesat lagi menyesatkan orang lain.”
(Hadis riwayat Muslim)

Jadi, penyelesaian terbaik,,

Bagi yang berdakwah, cuba sedaya upaya untuk buat dahulu perkara yg hendak didakwahkan. Usaha lah. Allah akan nilai usaha kita. Percaya lah Allah sentiasa ada dengan kita. Allah akan tolong hambaNya yg berusaha membangunkan Islam. Allah tak perlukan kita, kita yg perlukan Allah. Jangan berhenti berdoa dan jangan sesekali berputus asa dalam berdakwah :)
Jika tak mampu, tetaplah berdakwah dan mohon ampunan dari Allah atas kelemahan diri kita, di samping meminta kekuatan jiwa dariNya.

Kepada yang didakwah,
Lihat lah kepada dakwah yg disampaikan, bkn orang yg menyampaikan dakwah. Umat Islam wajib saling menegur untuk mencegah kemungkaran. Ambillah teguran itu sebagai sesuatu yg positif. Anggap lah teguran tersebut daripada Allah yg disampaikan melalui saudara kita.

“Kesombongan itu menolak kebenaran dan merendahkan martabat manusia.”-HR Muslim

“Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun seberat zarah.”-HR Muslim

Sama-sama cuba perbaiki diri :)

Wallahu a'lam ^^