Muslimah Kpop
Tuesday, 13 January 2015 - Labels: 2015, agenda kristian, artis kpop mengganas, awek melayu dipeluk artis kpop, gadis bertudung, gadis melayu, hancurkan umat Islam, kpop, maruah, muslimah, pentas kpop, runtuh akhlak, video artis kpop, viral facebook, wanita dipeluk artis kpop - 1 Comments
Sedih! Sangat.. :'(
Tengok video yg menjadi viral sekarang ni. Muslimah diperlakukan sesuka hati oleh mamat2 jambu di atas pentas. Jika direnung, tak tahu siapa yg perlu dipersalahkan. Mungkin keluarga, mungkin ibu bapa, mungkin pemimpin, mungkin diri muslimah itu sendiri, mungkin media, mungkin mat jambu tu... Entahlah :(
Muslimah
sedar lah tag yg ada pd diri kau
Tudungmu, pakaianmu, IC mu,
Berlabel ISLAM
kau rasa betapa leceh menjalankan syariat-Nya
betapa kau memandang agama ini mundur,
Ketinggalan zaman
Kau rasa terbatas
Kau tak dapat nikmati indah hidup di dunia fana ini
Kau rasa terkongkong sebagai umat Islam
Kau rasa rimas
Kau rasa jemu
Di manakah syukurmu?
Kepada yang telah meminjamkan kau segala-galanya?
Yg menjadi tempat kau menangis ketika kau susah?
Kau sebut nama-Nya hanya bila kau perlu?
Yang sentiasa ada untukmu?
Yang tak pernah meninggalkan mu?
Yang sentiasa memaafkan mu
Yang sentiasa menyayangimu?
Siapa yg memberimu udara utk kau bernafas?
Siapa yg memberimu makan?
Siapa yg memberimu minum?
Siapa yg paling mengenalimu?
Siapa yg paling menyayangimu?
Lee min ho?
Park Shin Hye?
Justin bieber?
Justin timberlake?
Austin Mohane?
Banggakah kau bersua muka dn mereka?
Puaskah kau?
Gembira?
Manusia jenis apa kau ni
Hamba bagaimana kau ni
Lupa diri kah kau?
Mungkin akalmu memberontak menafikan
Mungkin akalmu tidak sampai ke sana
Jika begitu, ingat lah kedua orang tuamu
Kau fikir mereka selalu memalukan kau
Tanpa kau sedar
Kau gadaikan maruah sendiri
memalukan mereka sampai begitu sekali
Sanggup kau?
Untuk tangan yg tak pernah lenguh menggendongmu?
Untuk mulut yg tak pernah lelah mendodoikan mu?
Untuk mata yg tak jemu memandangmu?
Tolong lah muslimah
Bukalah matamu
Bukalah mindamu
Bukalah hatimu
Jika akalmu tak mampu menerima
Tanyalah hati
Apakah kau tenang melakukannya?
Jagalah dirimu,
Jagalah akhlakmu
Jangan sampai kau menafikan agamamu
Jangan hancurkan hidupmu
Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang....
Ikhlas buatmu muslimah
Wassalamualaikum :)

Antara Dua Cinta
Sunday, 1 December 2013 - Labels: Abu al-Ash, doa, Fatimah, janji Allah, kepercayaan, Khadijah, kisah islami, mintalah kepadaKu, mujahadah, muslimah, peristiwa hijrah, perjuangan, puteri Rasulullah, Zainab al-Kubra, zaman Rasulullah - 0 Comments
Assalamualaikum wbt...
Still husna takde idea lagi utk mengarang tajuk2 yg husna terfikirkan tu. Haha... Maybe sbb MALAS kot :P tak pe lah Insyaallah kalau husna semangat nk share ngan korang nnti husna post ye?
Kali ni husna nak share cerita pasal Zainab Al-Kubro, puteri pertama Rasulullah bersama Khadijah Khuwailid. Zainab telah dilamar oleh sepupunya, Abu al-Ash bin Rabi yg digelar al-Amin. Rasulullah dan Khadijah menerima lamaran tersebut kerana mereka mengenali keperibadian yg dimiliki beliau. Hasil perkahwinan mereka dihadiahi seorang putera, Ali dan seorang puteri, Umamah.
Suatu saat, ketika Abu al-Ash sedang berdagang ke negeri Syam, Rasulullah diangkat menjadi Rasul. Zainab yg mendengar perkhabaran itu risau dn tdk senang hati. Dia segera menemui Fatimah utk berbincang. Setelah perbincangan, akhirnya Fatimah dab Zainab menerima dakwah Rasulullah.
Abu al-Ash yg baru pulang mengetahui perkhabaran itu lalu bertanyakan kpd Zainab mengenai kebenarannya. Zainab memberitahu dia meyakini kebenarannya dan mengajak suaminya meninggalkan kesesatan. Abu al-Ash menolak dan mengambil keputusan menentang ajaran Islam yg dibawa bapa mertuanya.
Hari2 berikutnya Zainab melalui kehidupan dgn berat sekali. Dia sedih mengenangkan suaminya yg masih kufur. Bapa dn pengikutnya ditentang kaum Quraisy. Kesedihannya bertambah apabila bonda tercintanya meninggal dunia.
Beberapa tahun kemudian, kaum muslimin berhijrah ke Madinah. Tinggallah Zainab keseorangan di Mekah dlm kesedihan ditinggalkan orang2 tercinta. Suaminya masih berkeras hati. Hanya kpd Allah dia bergantung dn memasrahkan diri. Dia berharap agar Allah membuka hatinya utk memeluk Islam.
Setahun kemudian, terjadilah perang Badar. Abu al-Ash berpihak kpd Kafir Quraisy. Dalam perang tersebut, kaum muslimin telah menang dan Abu al-Ash menjadi tawanan perang. Abu Bakar mencadangkan mereka memberi tebusan utk kebebasan mereka. Zainab yg mndengar suaminya ditawan menyerahkan seutas kalung hadiah drpd ibunya utk membebaskan suaminya.
Ketika Rasulullah melihat kalung milik isteri yg dicintainya, baginda tdk sanggup menjadikannya sbg barang tebusan. Maka Rasulullah bermusyawarah bersama para sahabatnya agar suami puterinya dibebaskan dan harta tebusannya dikembalikan. Rasulullah berkata, "Jika kalian bersedia melepaskannya untuk puteriku, maka lakukanlah." Para sahabat bersetuju. Rasulullah meminta menantunya mengirim puterinya ke Madinah dan Abu al-Ash bersetuju.
Semasa Zainab dikirimkan kpd Rasulullah, dia mendapat ancaman demi ancaman dari puak Kafir Quraisy. Hubar bin Al-Aswad telah mengacung-acungkan tombak ke arah unta yg dinaiki Zainab sehingga Zainab yg sedang mengandung ketika itu jatuh di atas sebuah batu lalu keguguran.
Waktu terus berlalu. Zainab dan suaminya terus berpisah kerana berbeza keyakinan. Namun pada tahun ke-7 hijrah, Abu al-Ash kembali ke Madinah membawa keimanan yg dinyatakan di hadapan Rasulullah. Akhirnya Rasulullah mengembalikan Abu al-Ash kpd puterinya Zainab. Maka hiduplah suami isteri itu dgn penuh kecintaan dan keindahan dlm keimanan kpd Allah.
-Tamat-
Wah... Sobsob... :'( terharu dgn cerita ni. Hebat betul muslimah pd zaman Rasulullah. Berpisah dgn suami tercinta bukanlah suatu perkara yg mudah. Kan? Tetapi rasa cinta beliau kpd Allah lebih kuat sehingga Zainab sanggup berkorban meninggalkan suami yg begitu dicintainya. Namun beliau tak pernah jemu mendoakan agar pintu hati suaminya terbuka. Nampak tak? Hanya kpd Allah muslimah yg hebat ni bergantung dn meminta pertolongan. Sesungguhnya Allah lah penguasa hati kita. So, jgn pernah berhenti mengadu dn berharap kpd Allah. Yakinlah kpd janji Allah
"Mintalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan permintaan kamu."
Selamat bermujahadah ^^
