Showing posts with label usrah. Show all posts
Showing posts with label usrah. Show all posts

Baru 7 kali Usrah Dah Pandai Tepis Fatwa???

Tuesday, 6 June 2017 - - 0 Comments

Assalamualaikum

Bismillah...

Haritu Husna pernah contact kawan lama. Saja-saja lah tanya dia ada ke join usrah? Dia cakap lah, pernah. Tapi usrah tu pelik-pelik je baru dua tiga kali jumpa dah suruh tadabbur AQ... Mana boleh suka-suka hati je tadabbur AQ kan? Masa tu Husna tak reply, tukar topik. Sebab nak jawab pun tak tahu sangat masa tu. Husna sendiri ingat tadabbur tu tafsir dulu. Yang cerdiknya, Husna ingat tadabbur tu adalah kata kerja bagi orang-orang yang sedang belajar tafsir dengan tok guru. Suka hati je buat assumption hehehe... Itulah yang Allah larang budaya mengikut-ikut dengan sangkaan dalam Surah Al-An'am ayat 116,

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
(Al-An'aam 6:116)

So, Alhamdulillah lepas diberikan kefahaman, faham dah sikit-sikit huhu...
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan faqihkan ia dalam masalah agama (ini).” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Jazakallahu kahiran kasiran Akhi Nik Muhd Al-Amin atas penjelasan yang sangat detail mengenai terjemah, tafsir, takwil dan tadabbur. Moga Allah memberkati usaha anda 😊


 [TAFSIR QURAN DALAM USRAH?]

Bising beberapa minggu lepas tentang screenshot ini. Suka saya mahu berkongsi beberapa perkara berkenaan isu tersebut disebabkan ramai yang bertanya dan minta pendapat. Kebetulan bulan Ramadan pun tak lama lagi, boleh kita sama2 fahami erti tadabbur dan tafsir.

Sebelum menjawab beberapa perkara tentang salah faham usrah tersebut, saya cuba terangkan beberapa perkara tentang istilah yg perlu difahami sebelum perbincangan kita.

Istilah
1. Terjemah
2. Tafsir
3. Takwil
4. Tadabbur

TERJEMAH:
Mengalihkan bahasa daripada bahasa arab (bahasa Quran) kepada bahasa yang lain. Terjemahan mempunyai dua kaedah.
1. Secara huruf
2. Secara makna

Secara HURUF bermaksud terjemahan satu persatu perkataan dalam ayat yang lengkap. Secara MAKNA pula bermaksud ia diterjemahkan dengan keterikan makna-makna sebenar yang dikehendaki oleh ayat yang  lengkap tersebut (tak semestinya diterjemahkan kesemua satu2 perkataan tersebut).

Pada terjemahan tidak boleh membuat penghuraian meluas melebihi dari sekadar mencari padanan kata.
Jadi, terjemahan al-Quran ini memerlukan orang yang pakar dalam bahasa arab dan bahasa yang hendak diterjemahkan.

TAFSIR:
Maksud perkataan: Fassara – yufassiru- tafsiran yang berarti keterangan atau huraian. Ia adalah satu ilmu yang menerangkan tentang maksud ayat yang sebenar dikehendaki oleh Allah SWT.

Jenis-jenis tafsir ada dua: tafsir bil-ma’tsur dan tafsir bir-ra’yi.
1. Tafsir Bil-Ma’tsur adalah tafsir yang menggunakan al-Qur’an atau As-Sunnah sebagai sumber penafsirannya.
2. Tafsir Bir-Ra’yi adalah tafsir yang menggunakan akal sebagai sumber penafsirannya

Dan mempunyai beberapa jenis kaedah penafsiran: tafsir tahlili, tafsir ijmali, tafsir muqaran, tafsir Maudhu’i

- Tafsir tahlili (detail): Tafsir secara terperinci dari segenap aspek.
- Tafsir ijmali (umum): Tafsir  secara singkat dan umum, tanpa huraian yang panjang, tapi memadai makna yang dikehendaki dalam ayat.
- Tafsir muqaran (perbandingan): Membandingkan antara ayat-ayat (Quran dan hadis) dan juga membandingkan antara tafsiran ulama-ulamak tentang ayat tersebut.
- Tafsir Maudhu’I (tajuk): Tafsir mengikut tajuk yang dibincangkan dan datangkan ayat-ayat Quran berkenaan tajuk tersebut.

Penafsiran Al-Quran itu tidak boleh dilakukan oleh orang biasa, melainkan dilakukan langsung oleh Rasulullah SAW kerana Rasulullah SAW itu merupakan Al-Quran yang bergerak.

وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلْهَوَىٰٓ إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌ يُوحَىٰ

“Dan dia tidak berbicara menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (Surah An-Najm : 3-4)

Selain itu, yang berhak menafsirkan Al-Quran adalah para sahabat Rasulullah SAW kerana mereka pernah hidup bersama Rasulullah SAW. Seterusnya adalah murid-murid(tabi'in dan tabi'it tabi'in) para sahabat Rasulullah SAW yang telah menimba ilmu dari Rasulullah.

Sampai kepada kita, semua tafsir itu sudah menjadi bentuk tulisan yang tersusun rapi berjilid-jilid yang telah disusun serta diatur dengan kaedah ilmu tafsir oleh mufassirn.

Jadi, Tafsir memerlukan syarat yang sangat ketat untuk mempelajarinya kerana ia bercakap tentang maksud Allah SWT kehendaki daripada ayat tersebut.

TAKWIL:
Maksudnya: Memalingkan lafaz dari maknanya yang zahir kepada makna lain(makna tersirat) yang dipunyai lafaz tersebut itu. Jadi, Tafsir adalah menerangkan makna lafaz(ayat) melalui pendekatan riwayat, sedangkan Takwil melalui pendekatan dirayah(kemampuan ilmu).

Tafsir adalah lebih umum manakala Takwil lebih khusus. Contohnya takwil berkenaan ayat-ayat mutasyabihat. Jadi mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihat itu sebenarnya boleh diertikan sebagai mentafsirkan ayat mutasyabihat. Kerana tafsir bertujuan mengetahui maksud ayat sebenar, dan takwil juga mengetahui maksud ayat sebenar tetapi ia lebih khusus. Jadi dengan kata lain, tidak semua tafsir itu disebut takwil, dan semua takwil adalah tafsir.

Dalam Tafsir boleh dinyatakan: demikianlah yang dikehendaki oleh Allah, tetapi dalam Takwil tidak boleh menyatakan: demikianlah yang dikehendaki Allah SWT.

TADABBUR:
Tadabbur menurut bahasa berasal dari kata دبــر yang berarti menghadap, membelakangi. Jadi, tadabbur boleh dimaksudkan memikirkan ibrah disebalik, atau pengajaran disebalik atau akibat dari sesuatu atau memikirkan maksud akhir dari sesuatu.

Tadabbur adalah aktiviti merenung dan meresapi makna yang terkandung di dalam Al-Quran

Tadabbur Al-Quran tidak memerlukan syarat-syarat khusus, cukup untuk memahami makna ayat secara umum dan mengambil pelajaran darinya dan diperintahkan kepada semua manusia yang berakal, untuk mengambil manfaat dan menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.


BEBERAPA PERKARA PENTING:

1. Terjemah, Tafsir, dan Takwil adalah tugas  para alim ulamak. Orang biasa hanya membaca terjemahan, dan membaca(menaqalkan) tafsir yg telah dikarang oleh ulamak tafsir.
2. Hakikatnya, kita hanya membaca terjemahan yg ditulis ulamak, bukan menterjemahkannya sendiri. Terjemahan sendiri perlu berhati-hati kerana dibimbangi apa yang kita terjemahkan itu tidak selari  maksud apa yang dikehendaki al-Quran.
3. Perbezaan antara tafsir dan tadabbur. Kata Sheikh Solah Abdul Fatah Al-Khalidi(ulama’ tafsir):

“Tafsir itu adalah proses mencari makna sebenar bagi satu-satu ayat Quran. Adapun tadabbur adalah kita menghayati ayat Quran, merenung lama sesuatu ayat dan cuba mengaitkannya dengan situasi yang sedang berlaku di sekeliling kita. Akhirnya kita cuba mengaplikasikan pemahaman dan penghayatan kita terhadap ayat itu dalam kehidupan kita seharian dan dalam menghadapi ujian kehidupan”

4. Tujuan utama tafsir adalah mengetahui makna atau maksud yang dikehendaki, manakala tujuan utama tadabbur pula adalah mengambil manfaat, membina iman, dan membaiki akhlak. Dengan kata mudah, tafsir menguatkan ilmu, tadabbur menguatkan iman dan amalan.

5. Tafsir tidak menuntut kita untuk mengambil pengajaran dan beramal dengannya kerana boleh jadi seseorang yang bukan Islam menafsir makna-makna Al-Quran, manakala tadabbur menuntut kita untuk mengambil PENGAJARAN dan BERAMAL dengannya.

7. Menuntut ilmu tafsir secara umumnya adalah fardhu kifayah manakala amalan dari tadabbur adalah fardhu ‘ain. Perlu difahami bahawa Tadabbur adalah maqasid(matlamat) al-Quran diturunkan. Tafsiran adalah wasilah(jalan) untuk kita tadabbur al-Quran. Tafsir ayat yang dilakukan oleh mufassirin di dalam kitab mereka, adalah termasuk juga apa terhasil dari tadabbur mereka.

Allah berfirman dalam ayatnya:

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
 Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan supaya mereka memperhatikan ayat-ayat-Nya dan supaya mendapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.
(Surah Sad :29)

أفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا [محمد
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?
(Surah Muhammad : 21)

أَفَلا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلافًا كَثِيرًا
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu mentadabbur isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya
(Surah An-Nisa’ : 82)

Pada ayat yang pertama di atas, Allah menjelaskan bahwa HIKMAH diturunkannya al-Quran adalah agar supaya manusia mentadaburi ayat-ayat yang ada di dalamnya. Sedangkan pada ayat yang kedua, Allah MENCELA orang-orang yang tidak mentadabbur al-Qur’an.


MENJAWAB ISU(Gambar Screenshot)

1. Perbincangan tentang al-Quran tidak boleh berhenti atau dibuang dalam manhaj usrah kerana al-Quran adalah salah satu manhaj pembinaan individu muslim dalam menghayati ayat-ayat Tuhan.

2. Meminta ahli usrah memberi pendapat sendiri atau tafsir al-Quran mengguna akal semata-mata adalah satu kesalahan seorang Naqib.

3. Adab menegur sesuatu perkara perlu berhikmah dan bijak. Jika naqib tersebut bermasalah, tugas mereka yang tahu mesti menegur.(terutama organisasi tersebut)

4. Statement yg dikeluarkan adalah statement keatas masalah yg salah(pseudo-problem). Kesalahan itu bukan pada usrah, yang salahnya adalah naqib usrah yang tidak memahami(mengaji) tafsir. Dengan erti kata lain, tidak memahami(mengaji) tafsir ini sememangnya satu  kesalahan bukan dalam usrah sahaja, tetapi ia termasuk dalam ceramah-ceramah, diskusi, daurah kitab, pengucapan awam, dan lain. Pokoknya, yang salah itu tidak mengerti tafsir, bukan usrahnya pakk.

5. Perlu difahami, bukan al-Quran sahaja yg memerlukan kefahaman yg baik dalam usrah, termasuk juga perbincangan tentang hadis.

6. Generalisasi, intimidasi, simplistik, timbulkan persoalan memburukkan sesuatu, dan sindirin adalah satu perkara yang perlu dijauhi oleh mahasiswa dan anak muda dalam membuat ulasan isu.

7. Berfikirlah secara rasional dan tidak pukul rata. Kesalahan individu tersebut tidak boleh kita menyamakan bahawa kesalahan semua orang. Kesalahan individu tersebut tidak boleh menyalahkan organisasinya. Dan juga kesalahan individu tidak boleh menyalahkan institusi(usrah).
Jadi kesalahnya pada naqibnya, bukan salah  semua naqib, salah persatuan, dan juga salah semua usrah. Namun adalah menjadi tanggungjwab organisasinya perlu bertindak jika permasalahan berlaku.

“Jangan pula mendesak sekolah untuk buang subjek Bahasa Inggeris disebabkan cikgu bahasa inggeris silap terjemah jawapan tersebut”


BEBERAPA PERKARA PERLU DIFAHAMI DALAM MEMBAWA USRAH:

A) Kefahaman tentang uslub(metodologi) dalam membawa usrah.

- Meminta ahli tadabbur ayat quran yg dibawa adalah uslub dalam pembawaan usrah. Kerana usrah ini bersifat 2 hala, bukan ceramah.
- Sebagaimana uslub yg digunakan oleh sesetengah penceramah iaitu menyoal audiens semasa ceramahnya.
- Menggunakan uslub “minta semua ahli usrah tadabbur” sangat baik, dengan syarat naqib tersebut telah hadam dengan baik tafsiran al-Quran tersebut.
- Kesilapan ahli usrah itu perlu ditegur bukan sahaja salah tadabbur, tetapi termasuk tajwid quran, salah faham isu semasa, salah dalam fakta sirah nabi dan lain-lain.
- Uslub adalah perkara yang amat digalakkan selagi mana tidak melanggar syarak.

B) Pakar bidang tafsir dan memahami tafsir.

- Terjemah adalah sebenarnya kita membaca apa yang telah diterjemahkan oleh ulamak(ahli yg pakar dalam Bahasa). Begitu juga Tafsir, iaitu kita membaca(menaqalkan) dan memahami apa yang ulamak tafsir huraikan.
- Membawa tafsir al-Quran dalam usrah bukan bermakna perlu menjadi pakar dalam bidang tafsir, tetapi menaqalkan kalam mufassirin tersebut.
- Sebaiknya ilmu tafsir al-quran ini mesti dipelajari(mengaji) daripada asatizah terutama mereka yg berada dalam bidang tafsir. Walaupun tafsir sekarang ini telah banyak diterjemahkan dalam bahasa Malaysia yang mana amat mudah difahami.
- Hakikat sebenarnya, usrah hanya menjalankan tadabbur al-Quran. Jika ada perbincangan tafsir, hanya secara ringkas sahaja.

C) Kesalahan dalam membawa manhaj usrah(Khusus untuk al-Quran)

- Meminta ahli usrah menafsirkan ayat al-Quran menggunakan akal. Dan istilah “meminta ahli usrah untuk tadabburkan al-Quran” adalah lebih baik daripada menggunakan istilah seperti “berikan pendapat anda tentang ayat ini”, “berikan pandangan anda”, dan lain-lain.
- Naqib tidak memahami dan hadam tafsir ayat tersebut sebelum dibuka perbincangan.
- Dibincangkan tentang hukum hakam dalam tafsir ayat tersebut melainkan naqib tersebut belajar khusus tentang ayat ahkam(bukan sekadar baca tafsir)
- Tidak menaqalkan nama kitab Tafsir dan Mufassirin ketika memberikan pengisian tersebut.

D) Cara membawa manhaj usrah(al-Quran) dengan cemerlang.

1. Memulakannya dengan TILAWAH(membaca) al-Quran daripada ahli-ahli usrah. Naqib boleh menyemak tajwid, makhraj huruf dan kesalahan yang lain jika ada.
2. Membaca TERJEMAH ayat yang dibaca tadi bertujuan semua ahli usrah peka dan memahami isi kandungan perbincangan nanti.
3. TAFSIR. Ada beberapa kaedah:
- Naqib bentangkan terus tafsir ayat yg telah dibaca(konsep ceramah).
- Meminta ahli usrah yang pernah belajar(mengaji) tafsir ayat al-quran tersebut untuk memberikan pengisian tafsir tersebut(konsep 2 hala dan sasaran khusus)
- Memberi kerja rumah kepada ahli usrah untuk bentangkan tafsir ayat al-quran tersebut. Dengan pantauan Naqib.(ceramah dan sasaran khusus)
4. TADABBUR. Meminta ahli tadabbur atau memberi ibrah daripada ayat tersebut. Naqib telah hadam tafsir tersebut. (2 hala dan sasaran umum)
5. Naqib memberi KESIMPULAN(pengajaran) dengan mengaitkan ayat tersebut dengan waqi semasa selaras dengan apa yg dikehendaki oleh ayat.

Nota Penting: Kebiasaan usrah hanya melakukan TILAWAH, TERJEMAH, dan TADABBUR. Adapun TAFSIR kebiasaan tidak dibincangkan panjang dalam usrah. Dan secara fakta, jarang orang salah TADABBUR, kerana aqal yang sihat akan memikirkan perkara yang meningkatkan iman dan amal.

E) Contoh TAFSIR dan TADABBUR dalam usrah. (contoh ringkas)

TERJEMAHAN:
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambanya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa…” (Surah Al-Isra’ : Ayat )

TADABBUR:
- “Maha suci Allah”: Maha Suci Allah daripada segala sifat kekurangan. (semua makhluk memerlukannya dan Dia tidak memerlukan yg lain). Maka tiada Tuhan selain Allah. Dan Allah jua lah Tuhan sekalian Alam yang wajib disembah.
- Menunjukkan kemuliaan yang Allah berikan kepada Rasulullah dengan memperlihatkan kejadian-kejadian.
- Kisah Isra dan Mi’raj ini memberi tamparan tentang Aqidah umat Islam ketika itu, yang mana ada dalam kalangan mereka yg murtad, ada yg goyah kembali pegangannya, ada yang bertambah kuat Imannya.
- Buraq adalah haiwan daripada syurga yg menjadi tunggangan baginda ketika dalam perjalanan tersebut. Binatang haiwan yg liar tetapi menjadi jinak apabila berjumpa Rasulullah. Kita bagaimana?

TAFSIR:
- Perkataan: Suatu malam (Lailan) -> Sebahagian malam. Masjid Al-Aqsa -> Baitul Maqdis yg terletak di Ilya yang merupakan pusat para Nabi daripada sejak Nabi Ibrahim.
- Asbabul Nuzul: “Diturunkan sebab…”
- Penerangan Hadis-hadis yang berkaitan ayat ini serta ayat al-Quran.
- Dan berbahasan lain yg panjang.

Diulangai:
Tujuan utama tafsir adalah mengetahui makna atau maksud yang dikehendaki, manakala tujuan utama tadabbur pula adalah mengambil manfaat, membina iman, dan membaiki akhlak. Dengan kata mudah, tafsir menguatkan ilmu, tadabbur menguatkan iman dan amalan.


>> Peringkat usrah Persatuan Pelajar-Pelajar Sains Kesihatan(PERUBATAN)

1. Mempunyai pengajian khusus bulanan(Ta’alim Muta’allim) untuk pembentangan tafsir al-Quran termasuk juga hadis, sirah dan lain-lain.
2. Buku silibus yang disediakan adalah intisari daripada beberapa buah kitab tafsir.
3. Naqib(mentor) yang dilantik adalah mereka yang mempunyai kelayakan dan dilantik peringkat pengerusi sendiri.


KESIMPULAN

Artikel ringkas ini hanya membincangkan tentang manhaj usrah khususnya al-Quran sahaja, bukan membincangkan tentang usrah secara terperinci.
Walaupun isu ini sedikit sebanyak memcemarkan imej usrah(kritikan di media social), namun disana ada juga kebaikannya. Dapat memberikan sebuah kesedaran kepada naqib-naqib bahawasanya perlu kepada kefahaman yg baik(dengan menuntut ilmu) dalam membawa ahli usrah memahami Islam, bukan hanya makan minum ukhwah semata-mata.

“Tujuh Kali Pergi Usrah Sudah Pandai Tepis Fatwa. Amboi Amboi.” , kata Altimet.
Ya, kena faham bahawa usrah ini bukan tempat mengaji mahupun talaqqi. Tetapi membina jati diri seorang muslim, mengukuhkan kesatuan (ukhwah), dan memahami Islam secara syumul dan sebenar-benarnya.

Jom tadabbur(ibrah) sikit tentang artikel ini. Jangan tafsir pulak. :3

1. Rujukan utama kita adalah ulama. Kerana ulama adalah sumber bagi manusia memahami nas, dalil-dalil serta hukum hakam dalam setiap tindak tanduk kita. Jika berkaitan ibadah(solat, zakat, dll), aqidah, akhlak kita rujuk ulama, kenapa bukan pada TAFSIR al-Quran?

2. Apabila payah memahami al-Quran, maka ramai dalam kalangan kita menjauhi daripada al-Quran. Jadi cuba selidik, siapa yang mahu kita jauh daripada Quran, Allah atau Syaitan Iblis?- Ustaz Ahmad Hakimi Othman

3. Bertadabbur lah. Bertadabburlah(mengambil ibrah) ayat Tuhan itu, untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Quran itu mudah difahami, mudah mengerti, dan mudah utk mendalami. Moga kita bersedia menghadapi bulan Ramadan, bulan al-Quran yang penuh keberkatan.

Akhir kata,
“Al-Quran bukan kitab sejarah, tetapi kitab untuk kita ambil ibrah!”- Tuan Guru Haji Hadi Awang


Nik Muhd Al-Amin.
Kaherah, Mesir.





Alhamdulillah, kita dah tahu sikit-sikit beza antara keempat-empat perkara tu kan? Jom kita tau detail sikit pulak pasal tadabbur

Allah sendiri yang menyuruh kita tadabbur Al-Quran

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
(Surah As-Sad: 29)

فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
Maka sesungguhnya kami memudahkan al-Quran dengan bahasamu (hai Muhammad) semoga mereka mengambil pengajaran.
(Surah ad-Dukhan: 58)

إِنْ هُوَ إِلا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ
Al-Quran itu tidak lain hanya peringatan bagi seluruh penduduk alam.
(Surah al-Takwir: 27)

أَفَلا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
Maka Adakah mereka sengaja tidak berusaha mentadabbur isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?
(Muhammad:24)
أَفَلا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلافًا كَثِيرًا
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu mentadabbur isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
(An-Nisa’: 82)

- Tujuan utama dari tadabbur adalah untuk mengambil pengajaran dan bimbingan
- Suruhan Tuhan mengenai tadabbur menunjukkan bahawa ilmu Al-Quran adalah satu ilmu yang tidak susah untuk diusahakan.
- Hati yang bersih adalah diperlukan untuk mentadabburkan Al-Quran. (Muhammad:24)
- Hasil tadabbur akan dapat dirasa apabila manusia berterusan secara istiqamah membaca Al-Quran.


Untuk tadabbur, kita kena tahu cara interaksi dengan Al-Quran:

1)  Tahu Asbabun Nuzul ayat

2)  Faham Bahasa Arab

3)  Menumpukan hati -  

Berkata Imam Ibnul Qayyim, “Tadabbur itu adalah engkau membaca Al-         Quran dari awal hingga ke akhir ayat. Kemudian mengulangnya dari masa ke semasa. Apabila engkau mahu mengambil manfaat daripada Al-Quran, hendaklah engkau menumpukan hati engkau pada bacaan dan pendengaran. “Hadirkan” Allah SWT yang bercakap denganmu. Sesungguhnya ia adalah firman Allah SWT yang turun melalui utusanNya SAW.”

4)  Faham latar belakang surah/ayat (melalui sirah)

5)  Wujudkan perasaan Al-Quran diturunkan untuk kita

6)  Sedar siapa kita (abid dan khalifah)


Panjang kan entri kali ni? Hihi...
Nak ulang balik yang Akhi tadi cakap tu mengenai usrah, mana tau korang terlepas pandang kan, hehe

“Tujuh Kali Pergi Usrah Sudah Pandai Tepis Fatwa. Amboi Amboi.” , kata Altimet.

Ya, kena faham bahawa usrah ini bukan tempat mengaji mahupun talaqqi. Tetapi membina jati diri seorang muslim, mengukuhkan kesatuan (ukhwah), dan memahami Islam secara syumul dan sebenar-benarnya.

Konklusinya, ayuhlah kita sucikan hati, pelajari dan usaha mendalami Al-Quran supaya timbul rasa cinta pada Al-Quran yang membuatkan kita tak boleh berpisah dengan Al-Quran, Al-Quran menjadi sebahagian dari hidup kita. Jom jadi GEN-Q! ^_^

Wallahua'lam

Indahnya Bulan!

Sunday, 28 May 2017 - - 0 Comments

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya dah tak menulis. Minda pun dah kering, susah nak mengarang ayat walau pun cuma nak meluahkan apa yang dirasa kepada sahabat sendiri. Aduh susahnya mengolah perasaan kepada ayat! Macam mana Al-Quran mampu menyentuh hati, menukar cara pandang, memujuk, memberi nasihat, memberi saran, meberi jalan berfikir kepada manusia yang beriman ya? Itulah Kalamullah, tiada yang setanding dengannya. Milik-Nya lah segala yang diciptakan-Nya. Kita sgt perlu berterima kasih dekat Rasulullah dan sahabat yang bersungguh-sungguh untuk Al-Quran ni sampai kepada kita. Selawat dan salam ke atas mereka.



Jumaat malam Sabtu yang lepas, Husna duduk-duduk dengan sahabat merangkap family usrah, Amani. Malam Ramadhan pertama. Tenang sangat malam tu, duduk dengan bertemankan lampu handphone yang dimalapkan dengan botol air, sambil supper nasi lemak sebungkus kongsi dua orang dan sepaket biskut tiger yang dihadiahkan kakak usrah kesayangan, berhadapan bantai gelap pekat yang menampung kapal-kapal bercahaya, dan dialunkan bunyi-bunyi deruan ombak. Subhanallah, moga terabadi memori tu haha... Hubbun lillah. Mula perbualan mengenai kapal-kapal bercahaya atas laut yang ditadabburkan sebagai orang-orang beriman sebagaimana yang disebut dalam Surah Al-Hadid, 57:12-15.

(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".
(Al-Hadiid 57:12)


(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.
(Al-Hadiid 57:13

(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): "Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?" Orang-orang yang beriman menjawab: "Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).


"Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka, nerakalah sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!"
(Al-Hadiid 57:15


Dalam kegelapan yang pekat tu, hanya orang beriman yang diberikan cahaya. Pernah tak duduk dalam gelap? Black out? Sorang-sorang? Sunyi? Mesti rimas kan? Rasa tak selamat. Bila jumpa satu sumber cahaya mesti terus gerak nakkan cahaya tu kan? Orang-orang beriman tu mcm kapal-kapal yang bercahaya dalam kegelapan pekat malam atas laut tu. Best nya... Nak jadi orang beriman tak?

Dengan Amani tadi, kami sambung dengan sembang-sembang mengenai jahiliyah kami yang lepas, gelak2 lah... Kelakar sungguh hidup tanpa Allah di hati dulu2, sedih pun ada jugak. Tapi simpan lah haha... Next kami gerak kepada masalah umat yang berkait Baitul Muslim. Tidak mudah untuk kita mendirikan Baitul Muslim. Nak dirikan mesjid... benda baik, kena cepatkan. Tapi kalau tiang-tiang masjid tu tak kukuh apa guna masjid tu? Ya Allah penat lelah kita cuba dirikan masjid, tapi masjid tu tak de yang mengimarahkan, lebih sedih lagi bila masjid tu roboh akibat tiang yang tak kukuh. Kami buka Surah Nuh, 71:26-27

Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!
(Nuh 71:26)


"Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar.
(Nuh 71:27)

Besar peranan Baitul Muslim dalam membentuk Masyarakat Islam. Membentuk Individu Muslih saja dah susah. Lebih lagi Baitul Muslim yang akan melahirkan masyarakat muslim. Memang hukum perkahwinan tu mengikut keadaan seseorang iaitu apabila tidak mampu dia menahan nafsu syahwatnya, maka ia wajib berkahwin. Tapi nak ke kita kahwin sebab tak mampu kawal nafsu syahwat? Nauzubillahi min zalik. Sebenarnya Allah dah ajar baanyakk cara utk kawal nafsu syahwat. Jadi yang sebaiknya dilakukan ialah belajar dulu, carilah kefahaman dengan hati dulu. Tak tahu nak cari kat mana? Mintalah petunjuk dari Allah! Allah takkan menghampakan harapan hambaNya yang berharap hanya kepadaNya. Moga kita sentiasa dalam hidayah-Nya.





Tak masuk-masuk topik bulan haha... Ok sebenarnya pointnya adalah mengenai duduk-duduk Husna dengan Amani tadi. Duduk-duduk yang tak sia-sia. Diisi dengan ilmu walau sedikit. Apa kaitan dengan bulan?

Ok, cuba bayangkan bulan yang kita lihat di televisyen, di youtube. Banyak je kan bulan-bulan yang cantik? Bulan merah lah, Bulan penuh lah... Tapi kan, cuba kita keluar waktu malam, untuk tengok bulan. Dongak ke langit untuk melihat bulan, ternampak pulak bintang-bintang yang mengelilingi bulan bagaikan mutiara-mutiara di langit. Di sapa angin malam yang sejuk, dialunkan pula dengan bunyi-bunyi malam. Masha-Allah damai sangat.

Itulah perumpamaan tengok majlis ilmu dalam kaca hp, tv dan laptop. Mungkin banyak orang yang disibukkan dengan dunia berkata, "Ilmu agama di mana-mana, CD ceramah banyak, dalam kereta pun boleh dengar ceramah, tak perlu membazir masa pergi majlis ilmu, benda sama je yang disampaikan."  Lain sungguh sebenarnya feel dia bila duduk live dalam majlis ilmu yang dinaungi sayap-sayap malaikat. Kita dapat 'rasa' ilmu tu. Tak percaya? Pergilah, cubalah dengan membawa hati yang betul-betul berada dalam majlis ilmu tu. Rasai kelainannya!

Wallahua'lam