Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Tempoyak

Thursday, 28 July 2016 - - 0 Comments

Bahan

Durian yg diperap - 1 senduk
Cabai burung - 10biji(besar) 20biji(kecil)
Garam 1 sk

Cara

1) Keringkan lesung batu & anak
2) Tumbuk cabai & garam
3) Masukkan durian yg diperap. Gelek guna anak lesung
4) Siap

Kek Pisang

Wednesday, 27 July 2016 - - 0 Comments

Bahan

Pisang 5 biji - lecek
Minyak jagung 1 cawan
Gula kastor 3/4 cawan
Telur 4 biji
Esen vanila 1 st
Esen pisang 1 st
Tepung kek 1 1/2 cawan

1) Putar minyak, gula dan telur hingga putih

2) Masukkan esen vanila, esen pisang dan pisang. Putar sekejap

3) Masukkan tepung kek yg diayak sikit demi sikit sambil kaup balik

4) Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit. Turunkan suhu kepada 150°C hingga masak. Api atas bawah

Makaroni Sup

Tuesday, 26 July 2016 - - 0 Comments

Bahan

Makaroni 200g
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 5 ulas
Sup bunjut 1 bungkus
Pati ayam 1 kiub
Maggi cukup rasa secubit *opt
Halia 1 inci
Karot 1 biji
Ubi kentang 1 biji
Udang 2 genggam
Air 10 cawan
Garam & serbuk lada hitam secukup rasa

Cara

1) Rebus Makaroni, angkat dan toskan

2) Tumis bawang dan halia yg dichop

3) Masukkan udang

4) Masukkan air

5) Masukkan kuib ayam dan sup bunjut

6) Masukkan karot dan ubi

7) Masukkan maggi cukup rasa, serbuk lada hitam dan garam

8) Setelah ubi empuk, masukkan makaroni yg direbus

9) Siap

Kek Batik Simple

- - 0 Comments

Bahan

1 paket biskut marie tiger
1/3 buku butter
1 1/2 cawan vico
1/2 cawan gula
1 cawan susu segar
2 biji telur

Cara

1) Patah2kan biskut

2) Kacau gula, vico & susu segar dlm bekas

3) Cairkan butter atas kuali dengan api perlahan

4) Masukkan Vico dll td ke dalam periuk. Kacau hingga semua larut

5) Masukkan biskut dan gaul rata

6) Masukkan telur dan gaul rata dgn pantas

7) Angkat, padatkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk

8) Biar semalaman dan siap

Aiskrim ala2 Walls

- - 0 Comments

Bahan

1 tin susu cair
1 sb ovalette
1 biji telur
1 st esen vanila
6 sb susu pekat
Perasa

Cara

1) Pukul ovalette, esen vanilla dan telur hingga kembang

2) Masukkan susu cair & susu pekat, pukul lagi selama 15 minit hingga jd cream

3) Masukkan perasa eg: coffee instant, milo dll. Mix sampai sebati

4) Masukkan dlm freezer semalaman dan siap

Biskut Kelapa Bulan

Sunday, 3 July 2016 - - 0 Comments

Bahan

Tepung gandum 1 cawan
Tepung ubi 1 cawan
Tepung beras 1 cawan
Baking powder 1st
1/2 buku butter
Gula kastor 1 cawan
Telur 1 biji
Esen vanila 1 st
Kelapa kering 1 cawan - digoreng

Cara


  1. Ayak kesemua tepung setelah digoreng hingga ringan. Gaulkan bersama baking powder
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang
  3. Masukkan telur, pukul
  4. Masukkan esen vanila, pukul
  5. Masukkan bahan yg telah dipukul sikir demi sikit ke dalam tepung sambil peroi2kan dan uli
  6. Masukkan kelapa kering yang telah digoreng sambil uli
  7. Canai dan terapkan doh
  8. Susun dalam loyang yg telah digriskan
  9. Panaskan oven 150°C kemudian bakar di bahagian tengah oven dengan api atas bawah selama 15-20 minit