Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Kek Cincai

Friday, 27 January 2017 - - 0 Comments

Kek ni buat masa kekurangan bahan untuk buat kek. Tapi sebab nak lepas gian buat kek, buat jugak guna bahan apa yg ada sahaja. Dan hasilnya sungguh tak disangka-sangka. Sedapppp...

Bahan


  1. Marjerin yang dicairkan/ minyak masak/sayur/jagung (sy guna minyak masak je sebab itu je yg ada) 87gram
  2. Tepung naik sendiri 100gram
  3. Telur 2 biji (asingkan kuning dan putih telur)
  4. Gula kaster/kasar (sy guna gula kasar je hehe) 25gram + 70gram
  5. Susu segar 1 cawan/ 60ml
  6. Esen vanila/pisang (sy guna esen pisang sebab tu je yg jumpa)


Cara


  1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
  2.  Putarkan putih telur sehingga berbuih, masukkan gula 25g dan putar lagi sehingga bertanduk (tidak jatuh apabila diterbalikkan). Ketepikan. 
  3. Putarkan minyak/mentega cair bersama 70g gula
  4. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji sambil terus putar.
  5. Masukkan tepung naik sendiri 50g dan putar lagi
  6. Masukkan 30ml/setengah cawan susu dan putar. Masukkan bakinya dan putar lagi.
  7. Masukkan baki 50g tepung dan putar perlahan.
  8. Masukkan separuh putih telur yang telah diputar tadi dan putarkan lagi dengan kelajuan perlahan.
  9. Masukkan baki putih telur dan kaup balik menggunakan senduk plastik/kayu.
  10. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 30 minit.

This entry was posted on 1/27/2017 06:00:00 pm You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: