Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Ketakutan Dan Harapan

Sunday, 11 June 2017 - - 0 Comments

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah...

Alhamdulillah hari ni dapat peluang untuk menulis dalam minggu exam yang busy ni. Entri ni sebenarnya nak tulis dari minggu lepas lagi, masa sahabat Husna ada yang menyanggah lepas Husna update status mengenai apa yang Husna dapat masa usrah lepas. Sebenarnya saje je update status tu. Tak include lah apa-apa explaination. Just nak update perasaan seronok dapat kefahaman yang jelas mengenai persoalan yang dah lama Husna fikir. Hanya screenshot chatting dalam group. Tak sangka pulak ada yang ambil berat. Hihi... Alhamdulillah, pencari kebenaran memang tak boleh tahan sesuatu yang tiada bukti. Sifat semulajadi manusia ingin kan bukti untuk setiap perkara yang dibicara. Even Nabi Ibrahim yang gelarannya Khalilullah (kekasih Allah) meminta kepada Allah untuk melihat bagaimana Allah meghidupkan kembali orang yang telah mati. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 260

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Baqarah 2:260)

Jadinya haritu yang Husna janji nak buat entri ni untuk dia tu, tak kesampaian sebab sibuk sikit. Tapi mungkin juga bukan sebab sibuk, mungkin sebab niat yang tak betul, menulis untuk membuktikan diri ini betul. Astaghfirullah... Alhamdulillah hari ni diberi kesempatan untuk menulis bukan untuk membuktikan diri ini betul, tapi untuk berkongsi dan menguatkan seorang sahabat yang sangat disayangi. Yang hanya tinggal satu minggu je lagi berkepit dengan dia huhu... Moga Allah tetapkan niat sepanjang menulis ni dan moga Allah guide. Amin...

Okayyy,, tajuk hari ni takut dan harap kan? Sebenarnya ia lebih kepada konsep usaha dan tawakkal. Dah lama sebenarnya fikirkan konsep usaha dan tawakkal ni. Ada terasa konsep yang aku pegang selama ni tak tepat sebab masih rasa ada yang tak kena. Bagaimana tawakkal mampu menguatkan umat Islam? Menjadi debatan banyak orang mengenai konsep tawakkal ni sehingga orang bukan Islam meremehkan orang Islam yang memegang konsep tawakkal tu. Sebenarnya tiada yang salah mengenai konsep tu kerana ia datang dari Allah. Allah menyuruh orang-orang Islam bertawakkal. Yang salahnya adalah fahaman umat Islam terhadap konsep tawakkal itu sendiri yang menyebabkan salah aplikasinya. Ayuh betulkan fahaman kita mengenai tawakkal!

Jom bukak Al-Quran, baru feeling lebih kan? Bahkan dapat lagi pahala tengok Al-Quran hehe... Bukak Surah Al-A'raf ayat 56

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
(Al-A'raaf 7:56)


Kita highlight dekat

"...dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan takut(kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul)"

Dalam Tafsir Ibn Kasir dan Fi Zilal, tidak diceritakan secara detail mengenai takut dan harap ni.

Dalam tafsir Ibn Kasir, cuma disebut

"Yakni dengan perasaan takut terhadap siksaan yang ada di sisiNya
dan penuh harap kepada pahala berlimpah yang ada di sisiNya."

Dalam Fi Zilal, cuma disebut

"Iaitu takut kepada kemurkaan dan hukuman-Nya dan penuh harapan untuk mendapat keredhaan dan ganjaran dari-Nya"

Point utama kita:
TAKUT terhadap seksaan, kemurkaan dan hukuman Allah
HARAP untuk mendapat redha dan ganjaran dari Allah

POINT 1: TAKUT

Dalam ayat 56 tadi juga, Allah bagi warning dekat kita supaya kita sentiasa ingat dan takut kepada-Nya

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya..."

Umat-umat yag hidup sebelum kita terlalu banyak contoh keingkaran yang telah Allah limpahkan azab ke atas mereka. Jika kita sengaja menceroboh kekuasaan Allah, selepas Allah dah islahkan bumi ni dengan syariatnya, tak mungkin tidak, Allah boleh timpakan azab-Nya ke atas kita dengan sangat mudah. Kun fayakun. Kita seluruhnya adalah di bawah kekuasaan Allah.

Kat sini Allah urge kita, aku meliputi kalian, aku boleh buat apa sahaja kepada kalian. Maka, takutlah padaku!

Nak mention balik kisah Bani Israel yang Allah pegang gunung Tursina di atas mereka, lalu mereka bersujud dengan penuh harapan. Dan Allah terima mereka. Kenapa ya? Kerana sujud dan doa mereka pada masa tu adalah dengan meletakkan SEPENUH PERGANTUNGAN kepada Allah. Sujud yang sangat Allah sukai. Mereka merasakan nyawa mereka masa tu betul-betul di tangan Allah. Maka Allah lindung dan terima mereka.

Macam tulah jugak kita dalam amal-amal kita, beramal lah dalam keadaan kita takut amal kita tak dterima, atau Allah murka dengan kita. Dalam konteks exam, usaha lah dalam keadaan kita takut kalau kita tak usaha, Allah tak redha dengan kita. Kerana takdir kita, result exam kita semuanya telah tertulis dan tak mampu untuk kita ubah. Yang boleh diubah adalah keadaan kita, bukan nasib kita. Bukan kita usaha sebab konsep lama, "orang yang usaha lebih, Allah bagi dia lebih" atau "siapa berusaha dia berjaya" yang difahami kalau usaha gempak, result gempak. Kedua-dua pernyataan tu benar, tapi jika difahami lebih mendalam ada sedikit salah faham kita terhadap dua-dua peryataan tu. Nanti insyaallah kita bincang dalam entri seterunya, Surah Ar-Ra'ad ayat 11. Ayat famous ni, barang siapa  "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." hehe... Sabar ya, tunggu entri depan :P 
Jadi kenapa nak usaha kalau result dah ada??? Yang Allah nak tengok sepanjang perjalanan hidup kita ialah amal, bukan result kepada amal tu. Berbalik kepada tujuan kita berjalan di muka bumi Allah ni iaitu sebagai hamba dan khalifah. Buatlah yang terbaik untuk Allah, persembahkan yang terbaik kepada Allah, Bertempur lah sehabis boleh dengan pena mu demi agama (konteks exam). 

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Perasaan takut tu adalah rezeki supaya kita terus bergerak dan beramal.  Dan perasaan takut tu juga melahirkan taqwa iaitu sentiasa berhati-hati dalam setiap langkah kita.

Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka;
Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka;
Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka;
Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;
Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.
(Al-Mu'minuun 23:57-61)


POINT 2: HARAP

Dalam surah yang sama ayat 54, Allah perkenalkan diri-Nya dan kehebatan-Nya, suapaya kita yakin untuk berharap memohon pada-Nya. Jika kita nak minta sesuatu daripada seseorang, mestilah kita kena yakin yang dia mampu bagi kat kita kan? Contohnya nak pinjam duit nak bukak kedai, takkan nak pinjam kat orang yang pendapatannya sama je dengan kita, ye dok?

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
(Al-A'raaf 7:54)


Terlalu banyak harapan yang Allah dah bagi kat kita. Contohnya,

Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh tuhan yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan" orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Al-Nahl 16:30)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
(Al-Kahfi 18:110)

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(Muhammad 47:7)

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(A-li'Imraan 3:104)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.
(A-li'Imraan 3:130)

Harapan melahirkan iman (percaya dan yakin) dan membawa kepada tawakkal. Harapan adalah penyerahan sepenuhnya kepada Allah yang memegang urusan tersebut. Kalau kita dah mengharapkan seseorang tu pun, kita akan bagi tugas tu kat dia dengan percaya sebab tahu kemampuannya kan? Dalam konteks amal, berharaplah agar amalan-amalan kita diterima dengan percaya kepada sifat Allah yang As-Syakur iaitu Allah membalas kebaikan hamba-hambaNya dengan sebaik-baik balasan. Macam dalam hadis ni:

 عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَـا ، عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْمَـا يَرْوِيْهِ عَنْ رَبِّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى ، قَالَ : «إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْـحَسَنَاتِ وَالسَّيِّـئَاتِ ، ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ ، فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا ، كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً ، وَإِنْ هَمَّ بِـهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهُ اللّـهُ عَزَّوَجَلَّ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيْرَةٍ ، وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّـئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا ؛ كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً ، وَإِنْ هَمَّ بِهَـا فَعَمِلَهَا ، كَتَبَهَا اللهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً ». رَوَاهُ الْـبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ فِـيْ صَحِيْحَيْهِمَـا بِهَذِهِ الْـحُرُوْفِ

Dari Ibnu Abbas dari Nabi Muhammad tentang hadits yang beliau riwayatkan dari Allah. Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah menulis kebaikan-kebaikan dan kesalahan-kesalahan kemudian menjelaskannya. Barangsiapa berniat melakukan kebaikan namun dia tidak (jadi) melakukannya, Allah tetap menuliskanya sebagai satu kebaikan sempurna di sisi-Nya. Jika ia berniat berbuat kebaikan kemudian mengerjakannya, maka Allah menulisnya di sisi-Nya sebagai sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali lipat sampai kelipatan yang banyak. Barangsiapa berniat berbuat buruk namun dia tidak jadi melakukannya, maka Allah menulisnya di sisi-Nya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Dan barangsiapa berniat berbuat kesalahan kemudian mengerjakannya, maka Allah menuliskannya sebagai satu kesalahan.”
[HR. al-Bukhâri dan Muslim dalam kitab Shahiih mereka]

Dalam konteks exam, berharaplah Allah akan terima usaha kita dan membalas dengan yang terbaik. Percayalah Allah yang memegang segala urusan. Tiada yang berlaku atau terjadi di luar kawalan-Nya. Semuanya terjadi atas izin-Nya. Siapalah kita sebagai hamba untuk mengawal atau mempersoalkan.




Suka nak share analogi takut, harap, dan cinta yang diberi perumpamaan kepada burung. Tadabbur alam, kaitkan lah dengan hidup kita dan ayat-ayat Allah (entri sebelum ni).

Takut dan harap umpama kedua belah sayap burung. Jika panjang atau pendek sebelahnya, tidak mungkin burung tu akan terbang dengan normal. Begitu jugalah dengan ketakutan dan harapan. 
Ketakutan melebihi Harapan akan menyebabkan keputus asaan.
Contoh ketakutan melebihi harapan ialah, terlalu takut untuk membawa Islam, takut Allah tak terima, takut usaha sia-sia, maka wujudnya putus asa.
Contoh dalam exam ialah ketidakpercayaan kepada diri sendiri dan Allah yang lead kepada keputus asaan, jadi malas nak usaha.
Harapan melebihi ketakutan akan menyebabkan kegagalan yang pasti.
Contoh nya terlalu yakin yang Allah akan menolong orang yang menolong agama-Nya, jadi tak payah lah usaha sgt belajar untuk exam ni. Mesti Allah tolong aku. hihi...

Kedua-dua nya perlu seimbang untuk kita terbang dengan baik di angkasa kehidupan ni.

Cinta pula adalah kepala burung yang memandu arah penerbangan burung. Jika cinta kita kepada akhirat, kepada akhirat lah kita tuju. Kalau cinta kita kepada dunia, kepada dunia lah kita tuju. Orang yang mengejar dunia, dia mungkin mendapatkan dunia tetapi tidak akhirat. Orang yang mengejar akhirat, dunia pasti menyertainya.

Jadi, jom kita perbetulkan fahaman kita mengenai usaha dan tawakkal ni supaya lebih jelas tujuan hidup kita. Tapi, ini hanyalah tadabbur yang Husna rasa lebih logik dan mengubah sisi pandang dengan lebih baik. Mungkin tidak bagi orang lain. Terpulang kepada individu mahu menerima atau tidak. Hamba Allah ni hanya menyampaikan sesuatu yang dirasakannya sangat perlu diberitahu dan dikongsi kepada orang lain atas dasar cinta kerana Allah.

Wallahua'lam.

This entry was posted on 6/11/2017 11:45:00 pm and is filed under Al-A'araf , al-Quran , as-syakur , berdoa , burung , cinta akhirat , cinta dunia , harapan , ketakutan , Khalilullah , pencari kebenaran , sayap , seimbang , tadabbur , tawakkal , usaha . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: