Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Kera Modern

Sunday, 4 June 2017 - - 0 Comments

Assalamualaikum.

Bismillah...

Hari ni Husna baca satu artikel berkenaan seorang lesbian yang mengaku masih beriman setelah mengahwini pasangan lesbiannya. https://www.menara.my/saya-lesbian-beriman-irshad-manji/

Terkejut sangat plus marah jugak dengan kenyataannya yang menghina agama Islam dan Al-Quran. Allahu, apa dah jadi dengan umat sekarang... Apa aku nk buat? Mampukah aku?
Nak type pun tak larat sebab sedih sangat dan rasa bersalah dan malu yang amat. Itu bangsa aku, satu tanah air, satu agama.

Lepas tu masa belek-belek Al-Quran yang terkandung petunjuk dan peringatan bagi orang-orang bertakwa(2:2), terjumpa ayat 63-66 Surah Al-Baqarah. Sangat berkait kes ni dengan contoh umat terdahulu yang Allah suruh kita ambil pengajaran dari mereka.

Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): "Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:63)

Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka klau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi.
(Al-Baqarah 2:64)

Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".
(Al-Baqarah 2:65)

Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:66)


Allah ceritakan tentang Bani Israel yang sifatnya suka memungkiri janji. Dalam ayat 63, Allah ceritakan janji yang mereka buat dengan Tuhan mereka, Allah. Saat mereka ingkar, Allah angkat Gunung Tursina ke atas mereka dengan maksud supaya mereka menurut [Tafsir Ibn Kasir Juz 1, m/s 564]. Cuba bayangkan gunung atas kita, nyawa ibarat telur di hujung tanduk je. Agak-agak laju tak kita setuju? Pada masa tu pergantungan kita 100% pada Allah, jadi janji yang kita lafaz tu jugak 100% dari hati tanpa sempat dipengaruhi apa pun.
Dalam Tasir Fi Zilal pulak, SQ menafsirkannya sebagai "menghadirkan pemandangan perjanjian itu dan keselarasan keadaan jiwa dan pengungkapan Al-Quran yang wujud di antara kekuatan mengangkat batu di atas kepala mereka dengan kekuatan berpegang teguh dengan perjanjian."
Mereka diperintah mengamalkan apa yang telah diturunkan kepada mereka(Taurat) dengan sungguh-sungguh, dengan amal. Perjanjian dengan Allah adalah suatu yang amat besar. Kita pun dulu dah berjanji dengan Allah sebelum ditiupkan roh ke dalam jasad. Maka perjanjian tu perlu jadi sebahagian dari diri kita yang dipasakkan tetap dalam hati, digenggam seperti menggenggam bara api. Sehingga terpancar pada tingkah laku dan akhlak serta membuahkan amal. Bola Api.

Tapi mereka mungkir janji tu! dalam ayat 64.

Allah ceritakan peristiwa hari Sabtu dalam ayat 65. Sebagai contoh untuk kita.

Mula-mula, mereka yang minta kat Allah hari Sabtu dijadikan hari untuk mereka beribadat. Asalnya hari Jumaat sama jugak macam kita. Degilnya mereka ni Allah dah bagi hari Jumaat, mereka nak Sabtu. Maka Allah uji mereka dengan mengharamkan banyak benda yang mereka boleh buat hari-hari lain. Salah satunya ialah tangkap ikan. Mereka ni duduk kat pantai, jadi sumber rezekinya sumber laut lah kan? Jadinya hari Sabtu tu Allah jadikan banyakk ikan yang muncul. Aduh bestnya... Kaya3... Agak-agak kalau kita waktu solat Jumaat tu, ada orang edar iPhone 7 Plus free, beratur kemain panjang, agak-agak tak sempat lah solat Jumaat. Kita join beratur sekali tak? heheh... Tapi kan, semua tahu Bani Israel(Yahudi) ni kelebihan mereka ialah mereka ni bijak, licik.

Sorang ahli kampung tu yang first-first jumpa helah tu. Dia pasang perangkap hari Sabtu, ambil hasil keesokan harinya. Jadi dia tak berburu dan tak langgar lah perintah Allah kan? Bijak kan? Bila dia rasa dia lagi bijak dari Allah, hehe...  Lepastu, jiran-jiran dia dapat tau... Jiran-jiran ni marah lah kan? Tapi lepas di explain oleh orang yang 'bijak' tadi, Jiran-jiran pun join sekaki. Inilah orang-orang yang mengikut dengan sangkaan sahaja macam yang Allah sebut dalam Surah Al-Baqarah:78. Ramai je kan dalam masyarakat kita sekarang? Ambil yang mudah je sedang SQ cakap tadi, perjanjian kita ibarat kita junjung batu atas kepala. Sangat berat. Huhu...

Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.
(Al-Baqarah 2:78)


Ok, lepas tu dalam ahli kampung tu, ada je yang melarang mereka buat benda 'bijak' tu. Ada jugak yang buat tak kisah, "buat apa nak nasihatkan orang akan diazab Allah."

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".
(Al-A'raaf 7:164)

Ahem2... Sangat-sangat lah masyarakat kita kan? Tiga-tiga golongan tu wujud huhu... Moga kita terhindar dari golongan pertama yang ingkar, dan moga kita menjadi golongan kedua yang mencegah InsyaAllah.

Lalu Golongan yang ingkar dan golongan yang patuh separate. Suatu hari, golongan yang patuh ni pelik tak nampak golongan ingkar ni. Bila melawat, mereka dah ditukar menjadi kera.

Menurut Mujahid rahimahullah, kutukan yang menimpa mereka hanyalah kutukan maknawi. Means bukan jadi kera betul-betul tapi perangai yang seperti kera.

Apa-apa pun, dua-dua adalah kehinaan yang ditimpakan ke atas mereka. Kera yang sifatnya suka mencuri, pecah masuk rumah orang suka hati, suka gaduh, pening lah tengok depa.

Apa yang boleh Husna simpulkan, kisah ni memang untuk kita. Buat apa Allah cerita kat kita kalau bukan untuk kita? Dalam ayat 66 tu, sebagai peringatan dan pengajaran bagi orang-orang sesudah mereka, yang bertakwa.

Ciri-ciri penduduk Aikah ni memang wujud dalam masyarakat kita. Golongan yang melanggar janji dengan Allah, juga orang yang menghalalkan apa yang telah Allah haramkan dengan alasan-alasan remeh dan hujah-hujah kurang bernas macam helah yang kaum Bani Israel buat tadi. Untuk apa? semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu dan keinginan mereka, sambil mengurangkan rasa bersalah dalam diri mereka. What? Dah buat salah lepas tu hilangkan pulak rasa bersalah? haahha...
Lepas tu orang-orang sekitar pulak ikut je hujah 'bernas' dia macam kes lesbian atas tu tadi :'(
Beza orang yang berada dalam keadaan jahiliyah tapi tak redha dengan jahiliyahnya, dan juga orang yang redha dengan jahilyahnya.

"Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat sekecil biji sawi KESOMBONGAN"
(HR Muslim)

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
(Al-Baqarah 2:16)

Jadi... Macam mana nk hadapi zaman yang pelik-pelik je orangnya ni...? Paling-paling utama yang perlu dijaga adalah aqidah kita.

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allahmenyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
(A-li'Imraan 3:103)

Macam mana kita ilah kan Allah, eh jap. Ilah tu apa? Ilah tu sifat Allah yang menguasai segala-galanya. Dari segi bahasa ilah adalah sesuatu yang dipuja, diobseskan. Contoh benda yang selalu orang obses zaman sekarang ialah trend "viral". Semua nak jadi tweet famous, nak di viralkan dengan buat benda pelik-pelik. Jom buang benda-benda tu. Jadikan diri kita semata-mata untuk Allah. Obseslah kepada Tuhan yang menciptakan mu, yang paling hebat, tiada tandingan. Tanam lah cinta dan taqwa. Next, iman. Iman berkait rapat dengan hati. Dalam Al-Baqarah, 2:256 Allah bagitahu orang yang beriman ni telah berpegang teguh pada tali Allah yang takkan putus. Insyaallah kita terpelihara dari perkara-perkara terlarang. Hadis ni terjumpa sama masa dengan terjumpa ayat pasal Bani Israel tadi tu.

“Iman itu bukan dengan tamanni (banyak berangan) dan bukan pula dengan tahalli (banyak berbuat), iman adalah apa yang menetap dalam hati dan dinyatakan oleh amal perbuatan."
(Hadis ini dikeluarkan oleh Ibnu An Najjar & Ad Dailami)

Ayuh tingkatkan iman dan taqwa supaya tak jadi kera! Insyaallah.


Ni ha kera yang menutup mata mereka dan menyumbat telinga mereka dengan jari-jari (Nuh,71;7)



Masa menaip ni keluar lagu Heliza Helmi yang ada puisi dia cipta ni,

Kulit depan adalah tanggal kelahiran,
Kulit belakang adalah pengakhiran kehidupan,
Setiap lembarannya adalah setiap hari dalam kehidupan kita,
Ada buku yang tebal , ada buku yang nipis,
Ada buku yang menarik untuk dibaca,
Ada juga yang membosankan,
Sekali tertulis tak boleh diubah kembali,
Namun seburuk manapun halaman sebelumnya,
Selalu akan ada halaman yang berikutnya,
Yang putih, bersih , baru dan kosong
.
.
Macam itu jugalah dalam kehidupan kita,
Seburuk manapun hari semalam,
Selalu akan ada hari yang baru untuk kita,
Kita selalu diberi kesempatan yang lain untuk melakukan sesuatu yang baru dalam kehidupan kita,
Pada setiap hari yang mendatang dan kita masih boleh memperbaiki kesalahan kita dan mencoret kembali kehidupan kita sampailah saat usia berakhir yang sudah ditetapkan okehNYA
.
.
Terima kasih ALLAH
Terima kasih untuk hari yang baik ini,
Akan ku isi tulisan yang indah
Untuk ku persembahkan padamu nanti

[Heliza Helmi]



Wallahua'lam, Bissalam :)








This entry was posted on 6/04/2017 12:40:00 am and is filed under Al-Baqarah , Fi Zilalil Quran , kaum yahudi , kesombongan jahiliyah , Kisah Bani Israel , lesbian yang beriman , maknawi , menjadi kera , Peristiwa hari sabtu , puisi Heliza Helmi , Syed Qutb , Tafsir Ibn Kasir . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: