Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts
Sayembara Palestina: Cinta Untuk Palestin
Friday, 28 December 2012 - Labels: 2012, 2013, art and design, Cinta untuk Palestine, filem pendek, gaza, hadiah misteri, melukis poster, Palestine, penyertaan terbuka, pertandingan, sayembara cerpen, Sayembara Palestina, Stand Up Generation - 0 Comments
Dari 10 Disember 2012 sehingga 10 Januari 2013, Stand Up Generation dengan kerjasama Aqsa Syarif Malaysia menganjurkan Sayembara Palestina yang bertema “Cinta Untuk Palestin” bagi menyemarakkan kecaknaan terhadap Palestin di samping mengumpul dana untuk saudara kita di GAZA. Penyertaan terbuka kepada seluruh dunia. Diharapkan dengan usaha kecil ini, kita dapat memanfaatkan bakat serta kelebihan yang ada untuk mencari keredhaan Allah.
Objektif utama pertandingan ini adalah untuk terus menyuburkan cinta kita, keprihatinan kita terhadap Palestin. Di samping itu untuk mencungkil bakat-bakat yang terpendam di kalangan umat Islam dalam menyatakan cinta dan kecaknaan mereka terhadap Palestin melalui penulisan, lakaran dan video.
Katagori pertandingan :
1- Penulisan cerpen
2- Art and design
3- Filem pendek
Untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat penyertaan, sila layari http://alturl.com/agcsx
FB Stand Up Generation: https://www.facebook.com/pages/Stand-Up-Generation/368127349931070
SAYEMBARA PENULISAN NOVEL, CERPEN DAN PUISI ITBM-PENA-BERITA HARIAN
Thursday, 18 October 2012 - Labels: 2012, Berita Harian, cerpen, DBP, hadiah, kategori, novel, penulisan, penyertaan, puisi, sayembara, syarat, tarikh tutup, urus setia, warganegara - 0 Comments
Berminat untuk berkarya? Mulakan di sini..
HADIAH KESELURUHAN RM130,000!
KATEGORI NOVEL
Hadiah Pertama : 1 x RM15,000
Hadiah Kedua : 1 x RM12,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM9,000
Hadiah Sagu hati :7 x RM3,000
Hadiah Pertama : 1 x RM15,000
Hadiah Kedua : 1 x RM12,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM9,000
Hadiah Sagu hati :7 x RM3,000
KATEGORI CERPEN
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000
KATEGORI PUISI
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
- Sayembara ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur bawah 45 tahun (yang lahir pada tahun 1966 dan seterusnya).
- Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.
- Peserta dibenarkan untuk menghantar penyertaan lebih daripada satu karya. Namun peserta hanya layak memenangi satu hadiah bagi setiap kategori yang disertai.
- Karya mestilah belum pernah disiarkan dalam mana-mana bentuk penerbitan.
- Peserta perlu memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun di laman sesawang ITBM, iaitu di sini.
- Karya perlu ditaip kemas, langkau dua baris dengan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12 poin di kertas A4.
- Kepanjangan karya sayembara:
- Novel: tiada had halaman.
- Cerpen: minimum 10 karya (atau 10 buah cerpen).
- Puisi: minimum 30 karya (atau 30 buah puisi).
- Manuskrip yang telah diterima untuk sayembara tidak akan dipulangkan kepada penulis.
- Karya tersebut juga tidak dibenarkan untuk diterbitkan di mana-mana penerbitan atau menyertai pertandingan lain sehingga pengumuman pemenang diadakan.
- Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan dan menterjemahkan karya yang menyertai sayembara ini. Namun jika penulis tidak dihubungi penganjur dalam tempoh masa tiga (3) bulan selepas pengumuman pemenang, penulis dibenarkan untuk menerbitkan karya terbabit dengan mana-mana penerbit.
- Tarikh tutup penyertaan Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi pada 31 Januari 2013. Semua penyertaan akan diberikan surat tanda terima.
- Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.
- Keputusan panel hakim adalah muktamad.
- Sila e-melkan manuskrip dan borang penyertaan yang lengkap ke buku@itbm.com.my ataubuku@pena.com.my. Manuskrip tersebut boleh juga diposkan ke alamat berikut:
URUS SETIA
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian
Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10,Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
(u/p: Mohd Khairulanuar Manshor)
atau
URUS SETIASayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita HarianRumah PENA
961-7, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460, Kuala Lumpur.
(u/p: Azalan Hussain)
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian
Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10,Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
(u/p: Mohd Khairulanuar Manshor)
atau
URUS SETIASayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita HarianRumah PENA
961-7, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460, Kuala Lumpur.
(u/p: Azalan Hussain)
Subscribe to:
Posts (Atom)


