Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Layakkah Aku

Monday, 29 May 2017 - - 0 Comments

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim...




Lama ku lemas terkapai
Hampir hanyut pergi di bawa arus jahiliyah
Dipejam mata pohon belas sepenuh hati
Dari Tuhan satu-satunya harapan
Tersedar ada tangan yang dihulur ingin menyelamat
Berfikir seminit dua
Apa benar ia pertolongan atau tolakan
Saat kepastian ditemukan
Pantas ku paut tangan itu, erat.
Tak ingin ku lemas kembali

Sampai di tepian pantai ku terdampar
Belum sempat berdiri ku diseru
Selamatnya aku kerana terpilih
Terpilihnya aku bersyarat
Abid dan khalifah dikendong di belakang

Mampukah aku
Layakkah aku
Tugas yang tak sanggup sang gunung pikul
Apa lagi aku yang rapuh

Diberi kitab sebagai panduan dan peringatan
Terasa ringan sedikit dengan pujukan dan janji-janji yang pasti
Takkan ku goyah dengan Tuhan di setiap langkah
Nikmat abadi pendorong semangat
Maju berbuat kerana yakin dan percaya
Pilihan Tuhan tak pernah salah

Pemilik Hati-Hati

Monday, 29 December 2014 - - 0 Comments

Assalamualaikum ^^
Hamba tergerak hati pulak utk menulis pagi ni. Dah lama sgt bersarang blog ni. Ni ha, tak tau la puisi ke ape. Saje tulis. Hehe...



Sedih? Marah? Kesal?
Dari mana ia hadir?
Kenapa ia hadir?
Untuk apa ia hadir?

Ya, ianya sakit
Sakit yang datang dari hati
Kata orang,
Pedihnya hanya Allah yang tahu

Timbul persoalan di benak ku,
Kenapa hanya Allah yang tahu?
Adakah ianya sekadar ucapan?
Yang hanya sekadar terluncur keluar dari bibir manusia?

Soalan yang membawaku
Keluar dari belenggu mencari Allah
Betulkah hanya Allah yang tahu?
Ku ceritakan segalanya pada-Nya
Ku curahkan semahu-mahunya
Ku tanyakan penyelesaiannya

Pada saat itu,
Ku terasa berada sgt dekat dengan-Nya
Bagai Dia mendengar setiap butir bicara ku
Hatiku tergerak menyentuh kitab yg mengandungi kalimah-Nya
Bibir ku tergerak membaca setiap huruf yg terkandung

Hatiku bagaikan terpujuk
Menghayati kalam-Nya
Rabbku memujukku,

"Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita"(9:40)
"AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (2 : 286)
"Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang"(13:28)

Kini ku sedar,
Memiliki-Nya bererti aku memiliki segalanya
Dan aku menemui jawapan dari persoalan
Allah Tuhanku
Allah pemilik hatiku
Allah menguasai hati hamba2-Nya
Mana mungkin Allah membiarkan hamba yg disayangi-Nya berseorangan
Mana mungkin Allah sanggup melihat hamba yg dicintai-Nya disakiti
Bahkan Allah rindu akan hamba-Nya itu
"Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu"(40:60)

Mana syukurmu?
Berhentilah menangis kerana manusia yg bertaraf hamba,
Istimewakanlah tangisan mu untuk pencipta mu,
Ar-Rahman, Ar-Rahim...
Kenapa kita perlu mencintai Allah?
Kerana Allah lah yg paling mencintai kita...

Nukilan terpelihara: Nurul Husna Mohd Noor

Wallahua'lam...

Indah Bintang Hebatnya Pencipta

Sunday, 24 November 2013 - - 0 Comments

Salam ukhuwah...

Cantikkan gmbr bintang tu? Cuba pejam mata dan bayangkan korang tengah baring atas padang waktu malam dn byk bintang yg korang nampak. Indah kan? Satu perasaan yg tak dapat digambarkan. Hebat betul pencipta dia.

Husna keluar kejap tadi nk tgk bintang. Tp dari semalam husna tak nmpk satu bintang pun. Satellite adalah. Dunia sekarang susah nk nampak bintang. Byk sgt lampu mungkin... Salah satu benda berharga yg ada di smka kerian adalah pemandangannya. Kedudulannya atas bukit mmg amat strategik utk melihat keindahan ciptaan Allah. Waktu pagi dan malam, Subhanallah cantik sangat tak dpt digambarkn dgn kata2!

Husna tergerak hati nk buat puisi ni bila kawan husna cakap, " Mlm ny tg0k bintg taw. Egt Pncipta, dy bkn 0rg len". Husna rindu sangat kt dia sekarang ni tp husna tak boleh buat apa sebab husna dh rosakkan semuanya. Semoga ukhuwah kami tak berakhir hanya di sini :(

Menggapai Bintang

Lama ku merenung bintang di langit
Cuba mencari kecacatan
Namun hairan tidak ku temui

Ingin ku menggapai
Menggenggam dan memiliki
Namun ku tahu ku tak mampu
Kerana ia bukan milikku
Dan tak mungkin ku miliki

Kagumku akn Pemiliknya
Apatah lagi Penciptanya
Menjaga penuh rapi
Mengatur penuh strategi

Malah amat pemurah
Mengizinkan keindahannya
Dinikmati hambaNya
Yang sering mengingkarinya
Yang sering lupa akanNya
Tapi juga yang sentiasa dimaafi
Yang sentiasa dikasihi

SAYEMBARA PENULISAN NOVEL, CERPEN DAN PUISI ITBM-PENA-BERITA HARIAN

Thursday, 18 October 2012 - - 0 Comments


Berminat untuk berkarya? Mulakan di sini..




HADIAH KESELURUHAN RM130,000!

KATEGORI NOVEL
Hadiah Pertama : 1 x RM15,000
Hadiah Kedua   : 1 x RM12,000
Hadiah Ketiga   : 1 x RM9,000
Hadiah Sagu hati :7 x RM3,000
KATEGORI CERPEN
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua   : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga   : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000
KATEGORI PUISI
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  • Sayembara ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur bawah 45 tahun (yang lahir pada tahun 1966 dan seterusnya).
  • Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.
  • Peserta dibenarkan untuk menghantar penyertaan lebih daripada satu karya. Namun peserta hanya layak memenangi satu hadiah bagi setiap kategori yang disertai.
  • Karya mestilah belum pernah disiarkan dalam mana-mana bentuk penerbitan.
  • Peserta perlu memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun di laman sesawang ITBM, iaitu di sini.
  • Karya perlu ditaip kemas, langkau dua baris dengan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12 poin di kertas A4.
  • Kepanjangan karya sayembara:
  • Novel: tiada had halaman.
  • Cerpen: minimum 10 karya (atau 10 buah cerpen).
  • Puisi: minimum 30 karya (atau 30 buah puisi).
  • Manuskrip yang telah diterima untuk sayembara tidak akan dipulangkan kepada penulis.
  • Karya tersebut juga tidak dibenarkan untuk diterbitkan di mana-mana penerbitan atau menyertai pertandingan lain sehingga pengumuman pemenang diadakan.        
  • Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan dan menterjemahkan karya yang menyertai sayembara ini. Namun jika penulis tidak dihubungi penganjur dalam tempoh masa tiga (3) bulan selepas pengumuman pemenang, penulis dibenarkan untuk menerbitkan karya terbabit dengan mana-mana penerbit.
  • Tarikh tutup penyertaan Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi pada 31 Januari 2013. Semua penyertaan akan diberikan surat tanda terima.
  • Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad.
  • Sila e-melkan manuskrip dan borang penyertaan yang lengkap ke buku@itbm.com.my ataubuku@pena.com.my. Manuskrip tersebut boleh juga diposkan ke alamat berikut:
URUS SETIA
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian

Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10,Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
(u/p: Mohd Khairulanuar Manshor)
atau
URUS SETIASayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita HarianRumah PENA
961-7, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460, Kuala Lumpur.
(u/p: Azalan Hussain)