Roh Uhuwah Islamiyah IV
Monday, 16 December 2013 - Labels: anda mampu mengubahnya, bangun manusia, bersabar, bertindak, cinta Allah, cinta kerana allah, dunia islam, hadis sahabat, hidup, hubungan manusia, indahnya islam, kasih manusia - 0 Comments
Salam alaihi alaik...
Husna suka tajuk ni so husna takkan hentikan perbincangan sampai habis semua 5 isi insyaallah :)
Ramai orang ambil ringan akan hal ini sampai terjadi seperti hari ini ukhuwah islamiyah kita sangat lemah hinggakan menimbulkan masalah dlm pelbagai hal termasuk solat berjemaah :(
Bila kita akan bangkit jika ukhuwah kita longgar? Bagaimana ingin menentang musuh Islam jika sesama Islam juga saling bermusuhan? Umat Islam dulu teguh dn digeruni musuh kerana jiwa mereka yg bersatu. Ayuhlah para pejuang Islam satukan hati menegakkan agamaNya!
Bukankah Muslim Mukmin yg menjalankan kehidupan di dunia ini bagaikan satu tubuh? Mereka saling melengkapi, kuat-menguatkan dan sempurna-menyempurnakan. Ruh Ukhuwah Islamiyah seterusnya.
Sabda Rasulullah:
"Perumpamaan seorang Mukmin dgn Mukmin lainnya bagaikan bangunan yg sebahagiannya mengukuhkan bahagian lainnya."
(Bukhari)
"Dua org Muslim laksana dua belah tgn yg saling membasuh antara satu sama lain."
(Abu Naim)
Apabila ada satu anggota badan rasa sakit, maka anggota yg lainnya turut merasakannya. Apabila satu anggota rasa tdk sihat, maka seluruh badan turut bersama demam dan berjaga malam. Berdasarkan pengalaman, apabila kaki kita tercucuk duri, secara automatik bibir spontan mengetap dan mengaduh. Lalu spontan tgn bergerak mencabut durinya.
Begitulah respon segera seorang Mukmin terhadap saudara seimannya, terutamanya apabila mereka dizalimi atau berada dlm penderitaan.
Atas nama ukhuwah, mereka tdk peduli akn batas atau sempadan negara, waktu, usia, warna kulit dan sebagainya. Mereka tdk akn terpisah oleh mana-mana sempadan. Ini kerana kesatuan dan persauaraan mereka bertitik-tolak drpd ikatan akidah dan iman yg sejati.
Namun, kita selalu terjebak ke kancah ego individu, kelompok atau suku2 tertentu yg kita wakili. Kita juga masih taksub dgn pemikiran, idea, pandangan, aliran, dan badan tertentu sehingga akhirnya timbullah gejala asyik membenarkan diri sendiri dan suka menyalahkan orang lain sehingga tiada seorang pun yg betul melainkan kita seorang sahaja; tiada kumpulan yg benar melainkan kumpulan kita sahaja.
Ironinya, hari ke hari, ukhuwah kita semakin lesu, terkulai dan longlai. Faktor yg menjadi faktor utama kejayaan Islam sekejap timbul dan sekejap tenggelam spt sabut, seolah semakin menuju kpd kerosakan penuh bahkan dlm aspek dan konteks tertentu ia hampir lenyap tanpa nisan.
Wallahua'lam ^^
Membina Remaja Berkarisma Islam
Sunday, 28 October 2012 - Labels: Abu Daud, agama, anak-anak, asas, asas utama, baik pulih, berkarisma, bertindak, gejala sosial, ibu bapa, Islam, jaga solat, lahir, lalai, membina, mendidik, remaja, solat, towering personality - 0 Comments
Golongan remaja adalah kelompok yang sering dilabelkan sebagai kumpulan yang banyak terpesong dengan budaya bangsa dan melencong daripada landasan agama. Sebenarnya tanggapan sebegitu lahir daripada pemerhatian umum pada gejala sosial yang semakin kronik. Sebut sahaja apa-apa jenis gejala sosial, pasti golongan remaja yang banyak terlibat.
Pembangunan sahsiah remaja perlu seiring dengan pembinaan iman dan penanaman nilai cintakan syariat hidup yang dahsyat. perkara-perkara asas dalam agama perlu ditanam dengan kukuh. Jangan biarkan anak-anak terbiar dan terabai tanpa roh iman dan takwa. Sentuhan iman dan rangkulan takwa dapat membina tembok kebal yang berperanan sebagai pelindung anak-anak semasa mereka meningkat remaja.
Asas utama ialah SOLAT. lalai dengan solat bermakna kita sebagai ibu bapa seolah-olah membuka jalan buat mereka ke gerbang neraka. Namun, peringatan dan hal itu adalah amaran Tuhan dan pesanan Rasulullah kepada kita semua. Rasulullah berpesan;
"Perintahkan anak-anakmu bersolat apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya mereka melengah-lengahkan solat sesudah mereka berumur sepuluh tahun." (Direkodkan Abu Daud)
Abdullah bin Mas'ud pernah berpesan, "Jaga solat anak-anakmu dan ajarkan mereka dengan tabiat yang baik" manakala Luqman Al-Hakim bermadah, "Merotan anak perlu dilakukan sebagaimana ladang perlu diairkan."
Rasulullah juga berpesan, "Orang yang menegur anak-anaknya mendapat pahala daripada Allah, seumpama dia membelanjakan tujuh cupak biji-bijian di jalan-Nya." Begitu juga dengan wasiat nabi, "Semoga Allah merahmati orang yang menggantung rotan dalam rumahnya demi mendidik keluarganya."
Ini pesanan unggul yang perlu kita aplikasikan untuk anak-anak kita sebagai buah tangan didikan terbaik dalam memandu perjalanan hidup anak-anak. Akhirnya, marilah kita membina anak-anak kita menjadi remaja berkarisma Islam supaya mereka memiliki 'towering personality'.

