Showing posts with label cinta Allah. Show all posts
Showing posts with label cinta Allah. Show all posts

Roh Uhuwah Islamiyah IV

Monday, 16 December 2013 - - 0 Comments

Salam alaihi alaik...
Husna suka tajuk ni so husna takkan hentikan perbincangan sampai habis semua 5 isi insyaallah :)
Ramai orang ambil ringan akan hal ini sampai terjadi seperti hari ini ukhuwah islamiyah kita sangat lemah hinggakan menimbulkan masalah dlm pelbagai hal termasuk solat berjemaah :(

Bila kita akan bangkit jika ukhuwah kita longgar? Bagaimana ingin menentang musuh Islam jika sesama Islam juga saling bermusuhan? Umat Islam dulu teguh dn digeruni musuh kerana jiwa mereka yg bersatu. Ayuhlah para pejuang Islam satukan hati menegakkan agamaNya!

Bukankah Muslim Mukmin yg menjalankan kehidupan di dunia ini bagaikan satu tubuh? Mereka saling melengkapi, kuat-menguatkan dan sempurna-menyempurnakan. Ruh Ukhuwah Islamiyah seterusnya.

Sabda Rasulullah:
"Perumpamaan seorang Mukmin dgn Mukmin lainnya bagaikan bangunan yg sebahagiannya mengukuhkan bahagian lainnya."
(Bukhari)

"Dua org Muslim laksana dua belah tgn yg saling membasuh antara satu sama lain."
(Abu Naim)

Apabila ada satu anggota badan rasa sakit, maka anggota yg lainnya turut merasakannya. Apabila satu anggota rasa tdk sihat, maka seluruh badan turut bersama demam dan berjaga malam. Berdasarkan pengalaman, apabila kaki kita tercucuk duri, secara automatik bibir spontan mengetap dan mengaduh. Lalu spontan tgn bergerak mencabut durinya.

Begitulah respon segera seorang Mukmin terhadap saudara seimannya, terutamanya apabila mereka dizalimi atau berada dlm penderitaan.

Atas nama ukhuwah, mereka tdk peduli akn batas atau sempadan negara, waktu, usia, warna kulit dan sebagainya. Mereka tdk akn terpisah oleh mana-mana sempadan. Ini kerana kesatuan dan persauaraan mereka bertitik-tolak drpd ikatan akidah dan iman yg sejati.

Namun, kita selalu terjebak ke kancah ego individu, kelompok atau suku2 tertentu yg kita wakili. Kita juga masih taksub dgn pemikiran, idea, pandangan, aliran, dan badan tertentu sehingga akhirnya timbullah gejala asyik membenarkan diri sendiri dan suka menyalahkan orang lain sehingga tiada seorang pun yg betul melainkan kita seorang sahaja; tiada kumpulan yg benar melainkan kumpulan kita sahaja.
Ironinya, hari ke hari, ukhuwah kita semakin lesu, terkulai dan longlai. Faktor yg menjadi faktor utama kejayaan Islam sekejap timbul dan sekejap tenggelam spt sabut, seolah semakin menuju kpd kerosakan penuh bahkan dlm aspek dan konteks tertentu ia hampir lenyap tanpa nisan.

Nauzubillahi min zalik. Jom sama2 kita baiki ukhuwah Islamiyah dlm masyarakat Islam kini yg semakin lemah :( Mulakan perubahan itu dr dlm diri kita sendiri.. Ingatlah kita umat Islam bersaudara. Jgn pernah nafikan persaudaraan kita dan teruskan perjuangan menyatukan ummah ya akhi, ya ukhti! Insyaallah...

Wallahua'lam ^^

Cinta Abadi Cinta Hakiki

Saturday, 30 November 2013 - - 0 Comments

Assalamualaikum...

Walaupun husna rasa macam tak larat hari ni Husna tetap cuba menggagahkan jari2 ni menaip demi berkongsi sedikit sebanyak ilmu dgn korang semua.

Walaupun tak hebat mana dn sambutan tak menggalakkan husna tak kisah sebab bkn tu tujuan husna buat blog ni. Husna tetap nak teruskan dakwah husna melalui blog ni sbb husna tau peluang husna berdakwah kt luar sikit sgt sbb husna ni seorang yg penakut. Haha... Dah latu sesi meluahkan perasaan.

Husna juz nak share puisi yg minggu lepas husna buat sebab husna mmg tak larat nk karang entri baru. Tgk blog ni, tajuk pun takde, burung pon tersesat kt atas tu. Sebenarnya blog ni under maintenance. Hehe...  Blog tgh renovate tiba2 pulak enjin kepala broke down. Berdenyut2 kepala ni. Telan ubat lagi... =,=!!

Okeh puisi ni husna buat sekali dgn puisi bintang hari tu. Masa tu husna tgh frust. Haha.... Tapi bila baca balik puisi ni tadi, husna tersentap. Rasa mcm kena tembak tepat kt batang idong. Semoga puisi ni dpt bukak mata hati kita semua kerana hanya mata hati mampu melihat jalan fitrah...

Sedarlah Dari Mimpimu

Kau terasa bahagia
Kau berasa nikmat
Kau merasa disayangi
Kau menganggap
Kau telah memiliki segalanya


Bangun manusia!
Bukalah mata dan hatimu
Sedarlah kau ditipu
Ditipu syaitan
Ditipu nafsu
Ditipi dirimu sendiri


Hingga kau lupa
Siapa dirimu
Siapa penciptamu
Untuk apa kai dicipta
Dan kenapa kau di sini


Kau tak pernah sedar
Siapa yg selalu di sisimu
Siapa yg selalu ada untukmu
Siapa yg tak pernah jemu menyayangimu
Kerana terlalu sibuk menagih kasih manusia


Kembalilah insan
Kembali kpd Penciptamu
Yg tak pernah bosan memaafkan
Yg tak pernah jemu menunggumu
Kembali dlm dakapan kasihNya
Cinta yg abadi dan hakiki


Buat renungan bersama ^^