Showing posts with label derhaka. Show all posts
Showing posts with label derhaka. Show all posts

Suara Dari Kubur

Friday, 14 December 2012 - - 0 Comments

Diceritakan, ada seorang pemuda yang tinggal di sebuah perkampungan tidak jauh dari Basrah, Iraq. Dia memiliki perangai yang jahat dan tidak senonoh. Dia juga suka menghina ibunya.

            Perangai kejinya itu semakin menjadi-jadi apabila ibunya menasihati supaya berkelakuan baik. Oleh kerana sayangkan anak, si ibu bersabar sahaja terhadap tindakan biadap anaknya sambil tidak jemu-jemu menegur dan menasihati anaknya supaya berubah.

            Suatu hari, pemuda itu ditegur lagi oleh ibunya. Seperti selalu,dia menjawab teguran ibunya dengan suara yang keras, "Mulut ibu tidak henti-henti membebel. Teruskan meringiklah macam himar!"

           Alangkah tersinggungnya hati si isu mendengar anaknya berkata begitu. Selama ini dia bersabar dengan kerenah anaknya itu. Tapi kali ini, sabarnya sudah habis. Tanpa disedari, terucap dari mulut si ibu, Semoga Allah menjadikan engkau himar!"

          Masa terus berlalu. Ibu tua yang malang itu sudah pun meninggal dunia. Tidak berapa lama selepas itu, anaknya pula meninggal dunia. Namun begitu, kejdian yang amat aneh telah berlaku.

         Setiap malam terdengar bunyi ringikan himar dari dalam kubur pemuda jahat itu. Suara itu menjerit-jertit seperti meminta sesuatu.

         Demikianlah kekuasaan Allah SWT. Dia boleh melakukan apa-apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Allah boleh menghukum kesalahan hamba-Nya yang ingkar dan derhaka di dunia lagi, sebelum dihukum di akhirat.Hukuman di akhirat tidak lain tidak bukan seksaan di dalam neraka.





Pengajaran : Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam dosa-dosa besar yang menerima balasan Allah ketika di dunia lagi. Keredhaan Allah mengikut kerdhaan kedua ibu-bapa. Begitu jugalah dengan kemurkaan-Nya. Wallahua'lam...

Anakku, Hayatilah pesanan ini..

Friday, 16 November 2012 - - 0 Comments

Siapa kita di hati mereka?
Siapa kita di hati ibu bapa kita?
Mudah dituturkan sesetengah insan 'anaklah, siapa lagi?' tetapi ada benarnya juga kita melebihi  seorang anak lebih kilaunya daripada permata.
Walau terik mentari jingga, tak hilang cantiknya di hati mereka.
Walau rupa tak setanding ratu dunia, masih tetap sayangnya mereka terhadap kita.
Walau tangisan kedengaran membingitkan tak kira masa, masih teguh merka berdiri di sisi kita.
Walau sifat memberontak dihadiahkan kepada mereka, tangan ditadah memohon kesabaran daripada Maha Kuasa.

Dan hati kecil mereka mungkin berbicara,
Aku mungkin bukan sesiapa di hatimu, yang tak pernah kau cuba tahu aku ini sering memikirkan kebahagiaan mu.
Aku mungkin bukan sesiapa di kotak fikiranmu, yang kau sengaja kecilkan aku yang telah membesarkanmu berbekalkan sayang setulus hati,.
Tapi dengarlah sayangku, dengarkanlah kata ibumu ini.
Walau terlalu keras suara yang kau lontarkan setiap waktu,
Walau terlalu tinggi herdikan kau jamahkan aku sebelum ajalku,
Aku mahu kau tahu.
Sesungguhnya wahai anakku,
tiada mutiara secantik kamu, tiada permata seindah dirimu, tiada dua untuk menggantikanmu.
Ingatlah sayangku,
Walau sudah ketika nanti aku akan menjadi kain burukmu,
tak pernah aku cuba menghitamkan kain putih yang ada pada hari ini.
Aku mengharapkan diri ini diingati selalu.
Doa ibu sentiasa menyelimutimu sayangku walau jasad nanti terkubur di bawah kakimu.

Anakku,
Dengarkan kata ayahmu ini.
Dasarnya keras tak punya sedikit belas,
tapi pernah kau cuba lihat betapa aku ini membalas tiap belaian yang kau hadiahkan dalam setiap perjalanan kau yang makin dewasa?
Pernah kau cuba intai betapa derasnya jantung tatkala suara kau bermain-main di cuping telingaku hingga terlarutnya malam dalam gelita?
Pernah kau cuba renungkan bahawa aku ini seorang ayah yang terlalu ingin membawa sebentang langit kebahagiaan tika hayatku berlagu?
Saat kau semakin jauh, saat itulah semakin jaraknya nafas dengan jasadku.
Sayang, mungkin pada kau,
dirimu itu umpama burung yang ingin terbang sebebas-bebasnya yang boleh.
Jangan sayang, jangan!
Kau umpama pelangi dalam hidupku.
Tak pernah kupunya nikmat seperti memilikimu.
Tika berlabuhnya tirai malam, tika terngiangnya pekiakanmu, terngiangnya amukanmu sayang,
aku masih mendoakanmu sampai aku dikafankan, mungkin olehmu sendiri.

Walau racunmu menghadiahkan tangisan buatku, penawar senyum di bibir manismu.
Penawarnya bahagia di akhirat sana, bersama daku, si orang tuamu.

Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu,
Tepuk adik pandai emak upah susu;
Susu lemak manis santan kelapa muda,
Adik jangan nangis emak buat kerja.

Hayatilah setiap bibit kata ini, mungkin ringkas di mata kasar, mengertilah air mata kami yang membawa seribu makna. (^_^)