Kapal Karam !!!
Thursday, 27 November 2014 - Labels: cerita islami, di sebalik musibah, hikmah, hikmah aturan Allah, kapal, keimanan, ketenangan, kisah hidup, kisah teladan, merenung nasib, muhasabah diri, pengajaran, pondok - 0 Comments
Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau. Dia satu2nya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup.
Apabila menyadari bahawa hanya dia seorang diri di pulau terpencil itu, dia berdoa setiap hari supaya Allah menyelamatkannya.
Di samping itu, dia tidak putus-putus meninjau laut dengan harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkannya. Namun, segala harapannya hanya tinggal harapan.
Akhirnya lelaki itu membina sebuah pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik mentari di siang hari dan berlindung daripada dingin bayu malam.
Suatu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya hangus terbakar. Tiada apa yg tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul2 naik ke langit.
Lelaki tersebut terduduk. Merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpanya. "Kenapalah nasib aku begitu malang sekali? Kenapalah Allah uji aku sampai tahap ini? Kenapa aku?"
Petang itu, dia sedang berehat di bawah sebatang pokok kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke arah pulau itu. Sehabis daya dia menjerit-jerit sambil melambai-lambai dengan harapan pengemudi kapal nampak kehadirannya di situ. Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu.
Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal dan diberi makanan dan minuman. Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal itu tahu dia berada di pulau itu. Dia bertanya kepada kapten itu, "Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau itu?"
Kapten kapal itu lalu menjawab, "Kami ternampak asap dari pulau ini. Sebab itu kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada orang yang memerlukan bantuan."
Hoho... Assalamualaikum semua! ^^
Fuh! Lama menyepi? SPM yo... Sangat menyiksa jiwa raga -_-
Takpe, mencari ilmu tu jihad. Adakah jihad yg mudah? Tiada jalan pintas ke syurga :)
Erm, dh abes SPM ni dok rumah jelah. Buat ape yg patot.. Jumpa pulak buku lama yg dah lunyai tp tak penah baca ni :p
Byk kisah best2 dalam ni. Husna cuba cerita kt korang 1 by 1 eh? Adik husna yg baca buku ni sampai lunyai. Dia suka, dia kata dh hafal semua cerita dalamnya. Fulamak! Tuan punya buku? Ngehngeh....
Bez x cerita td? Apa yg korang dapat? Ikut pandangan Husna, cerita ni sgt bermakna buat Husna utk seorang sahabat Husna
Dalam hidup ni, kita takkan pernah lepas dr ujian. Kerana apa? Itu adalah sebab kita hidup di muka bumi Allah ni. Allah letak kita di dunia ni hanya sekejap. Untuk Dia nilai diri kita. Layak ke syurga atau neraka?
Tp Allah tu Maha Penyayang. Dia tak pernah tinggal kita sorang2 hadapi ujian yg Dia beri. Sebab Dia tahu kita lemah. Tu sebab Allah support kita dgn ayat2 dlm AQ. "Mukmin yg kuat itu lebih baik dari Mukmin yg lemah". Jangan persoalkan apa yg Allah beri kerana Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita sebab Allah yg jadikan kita. Setiap yg Allah tetapkan bersebab. Kita cuma perlu bersabar, berusaha dan sentiasa yakin dgn Allah. Percaya dgn perancangan Allah. Dia adalah sebaik-baik perancang.
Apa pun yg jadi, ingat! Allah sentiasa bersama kita :)
Keep Believing in Him! ^^
Paku Di Kandang Kuda
Wednesday, 26 December 2012 - Labels: anger management, bijak, cerita motivasi, gagah, hadis kawal marah, kemarahan, motivasi, paku, paku di dinding hati, pemarah, pengajaran, penulisan islami, tips kawal marah - 0 Comments
Seorang ayah ingin menasihati anak lelakinya yang suka marah-marah. Pada suatu hari, anak lelakinya itu diajak pergi ke kandang kuda milik keluarga yang terletak di sebelah rumah. Setibanya di tepi kandang kuda, si ayah berkata kepada anaknya, "Anakku, jika kamu marah, ketuklah sebatang paku ke dalam pagar ini. Semakin kamu marah, ketuklah paku itu sekuat hati mu. Buatlah begitu." Semenjak itu, apabila si anak berasa marah, dia mengetuk sebatang paku pada pagar kandang kudanya. Mudah baginya melakukan perkara itu. Sebulan kemudian, si anak menunjukkan kepada bapanya hasil kerjanya itu dengan rasa bangga kerana paku yang ditanam semakin banyak.
Ayahnya berkata, "Sekarang, sekiranya kamu dapat menahan rasa marah itu dan tidak jadi marah, serta dapat memohon maaf daripada orang lain, cabut lah paku-paku itu satu persatu.. Buatlah begitu seterusnya." Si anak terus bersetuju tanpa mengetahui tujuan sebenar ayahnya menyuruhnya buat begitu.
Sebulan kemudian, ayahnya bertanya, "Adakah paku yang telah kau cabut?" "Ada ayah. saya sudah berjaya mencabut semua paku-paku itu sehingga habis," jawab si anak dengan tegas.
Ayahnya segera ke kandang kuda itu bersama si anak untuk melihat hasil kerjanya itu. Setibanya di sana, si ayah lantas berkata, "Memang semua paku sudah dicabut, namun ada bekas lubang yang masih jelas kelihatan. Begitulah hati orang yang kau marahi." Si anak lantas memahami apa yang ingin disampaikan ayahnya itu. Sejak itu, dia menjadi seorang yang lebih bersabar.
Iktibar daripada cerita:
Kawallah kemarahan anda kerana semasa kita memarahi sesorang, ia meninggalkan luka yang dalam pada diri orang yang dimarahi itu. Walaupun kita kemudiannya memohon maaf, hal itu tetap meninggalkan kesan di hati mereka.

Daripada Abu Hurairah RA, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kaji Diri Anda
Tuesday, 25 December 2012 - Labels: kaji diri, kisah jenaka, motivasi, muhasabah diri, pendapat, pengajaran, penilaian, perbincangan, positif, pujian, refleksi diri, rumah tangga, tauladan, teman - 0 Comments
Ramai yang berasa sukar malah enggan melakukan kajian dirinya sendiri, membiarkan dirinya dewasa dalam kekurangan dan mundur dalam kematangan emosi dan rohani. Mereka menganggap tindakan mengkaji diri bermaksud membuka kelemahan dirinya selama ini. Lebih dahsyat lagi, ada banyak yanggapan serong yang kononnya kajian diri ini dapat dibeli, jadi mengapa bersusah-payah melakukannya? Bayar sahaja mana-mana konsultant ataupun orang lain bagi mengiakan dan sentiasa memuji setiap tindakan yang diambil, Semuanya pasti beres.
Seorang penulis kisah jenaka cuba menggambarkan reaksi seorang suami yang isterinya menghidapi demam selsema pada tahun kelapan perkahwinan mereka. Begini kisahnya:
- Tahun Kedua - "Sayang, saya berasa terganggu mendengar suara bersinmu. apalagi ketika saya benyak kerja di pejabat. Pergilah masuk tidur di bilik, sayang."
- Tahun Ketiga - "Mungkin dirimu perlu berehat sayang. kerana apabila demam, yang penting rehat. Kamu suka ayam bukan? Nanti saya minta pembantu rumah masakkan sedikit untukmu."
- Tahun Keempat - "Jagalah kesihatanmu sayang. Selesaikanlah kerjamu dulu dan siapkan anak-anak, selepas itu rehat, ya?"
- Tahun Kelima - "Kenapa tidak makan ubat jika sakit? Jangan main-main jika sakit. Suruh pembantu mengurutmu, mana tahu boleh sembuh."
- Tahun Keenam - "Makan ubat pun tidak sembuh-sembuh juga. Aduhai, kasihan anak-anak jika terkena jangkitan darimu. Mahu dibiar hidungmu tersumbat sepanjang malam? Cubalah sapu minyak angin supaya lega sedikit."
- Tahun Ketujuh -`"Apabila terbersin, tutuplah mulutmu... Nanti berjangkit pada orang lain. Kalau sakit, janganlah libatkan orang lain pula."
- Tahun Kelapan - "Memang keluargamu ada penyakit selesema ya? Cubalah pulang ke rumah keluargamu. Mungkin Kamu boleh cepat sembuh."
Thomas Carlyle pernah berkata, "Tugas kita yang terbesar bukanlah melihat apa yang nampak redup-redup di kajuhan, tetapi melakukan apa yang nampak jelas di hadapan mata."
Walaupun sudah nampak jelas, kajian diri perlu dilakukan. sebab bimbang kita sudah membajak sawah yang sudah tidak lurus lagi. Setidak-tidaknya, kajian diri memberi dorongan kepada kita untuk berjaya dengan lebih baik lagi. Ketika orang lain berkata mengenai prestasi dan keadaan diri kita yang semuanya baik tanpa kajian diri atau sebarang penilaian, berhati-hatilah. Ada kemungkinan seseorang itu mendekati kita dengan kejayaan, kekayaan atau kedudukan kita. Terimalah pendapat orang yang menyebut keadaanmu yang sebenarnya. Lakukan anjakan paradigma ke atas dirimu kemudiannya selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Selamat mengkaji diri !! \\(●*∩_∩*●)//
Suara Dari Kubur
Friday, 14 December 2012 - Labels: balasan, cerita islami. kisah teladan, derhaka, kedua ibu bapa, kisah hidup, kubur, pengajaran, seksaan neraka, suara dari kubur, tauladan sepanjang zaman - 0 Comments
Diceritakan, ada seorang pemuda yang tinggal di sebuah perkampungan tidak jauh dari Basrah, Iraq. Dia memiliki perangai yang jahat dan tidak senonoh. Dia juga suka menghina ibunya.
Perangai kejinya itu semakin menjadi-jadi apabila ibunya menasihati supaya berkelakuan baik. Oleh kerana sayangkan anak, si ibu bersabar sahaja terhadap tindakan biadap anaknya sambil tidak jemu-jemu menegur dan menasihati anaknya supaya berubah.
Suatu hari, pemuda itu ditegur lagi oleh ibunya. Seperti selalu,dia menjawab teguran ibunya dengan suara yang keras, "Mulut ibu tidak henti-henti membebel. Teruskan meringiklah macam himar!"
Alangkah tersinggungnya hati si isu mendengar anaknya berkata begitu. Selama ini dia bersabar dengan kerenah anaknya itu. Tapi kali ini, sabarnya sudah habis. Tanpa disedari, terucap dari mulut si ibu, Semoga Allah menjadikan engkau himar!"
Masa terus berlalu. Ibu tua yang malang itu sudah pun meninggal dunia. Tidak berapa lama selepas itu, anaknya pula meninggal dunia. Namun begitu, kejdian yang amat aneh telah berlaku.
Setiap malam terdengar bunyi ringikan himar dari dalam kubur pemuda jahat itu. Suara itu menjerit-jertit seperti meminta sesuatu.
Demikianlah kekuasaan Allah SWT. Dia boleh melakukan apa-apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Allah boleh menghukum kesalahan hamba-Nya yang ingkar dan derhaka di dunia lagi, sebelum dihukum di akhirat.Hukuman di akhirat tidak lain tidak bukan seksaan di dalam neraka.
Pengajaran : Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam dosa-dosa besar yang menerima balasan Allah ketika di dunia lagi. Keredhaan Allah mengikut kerdhaan kedua ibu-bapa. Begitu jugalah dengan kemurkaan-Nya. Wallahua'lam...
Mengintai Redha Ilahi
Wednesday, 12 December 2012 - Labels: akhirat, ampun, dunia islam, motivasi islami, muhasabah, pengajaran, penulisan islami, Puisi islami, redha Ilahi, secebis rahmat, siksa neraka, taubat - 0 Comments
Aku insan biasa
Hamba-Nya yang tak luput dari dosa
Hidupku sentiasa dikelilingi dengan kejahialan
Duniaku penuh dengan keseronokan
Permulaan hidupku singgah di rahim bonda
Sebelum aku dijejakkan ke dunia
Banyak kelalaian yang aku temui di dunia
Banyak juga berlaku dusta dan aniaya di dalamnya
Kelalaian membuatkan ku lupa pada-Nya
Keseronokan hidup menjadikan ku seorang hamba yang alpa.
Sehingga apabila musibah melanda diri
Barulah aku tersedar dari buaian mimpi palsu duniawi
Selama ini, aku leka dari mengingati-Nya
Ku abaikan tanggungjawab ku sebagai seorang hamba
Aku terlalu taksub dan cinta akan dunia
Sehingga meluppakan akhirat yang bakal menjelma.

Dosa dan noda telah melingkari hati
Hanya pintu taubat sebagai penyembuh nurani
Hidayah itu hadiah dari Ilahi
Untuk aku kembali pada Yang Maha Esa.
Mati itu amat pasti
Kini, ku insafi kejahilan diri
Kembali bersujud kepada-Nya
Ingin ku kembali ke pangkal jalan Ilahi
Jalan kebenaran yang membawaku kepada redha-Nya
Ingin berpaling dari hidup yang bergelumang dosa
Namun ku tahu
Ku tak layak buat syurga-Mu
Tapi ku tak sanggup menanggung siksa neraka-Mu
Astaghfirullah..
Sesungguhnya hidupku kosong tanpa-Mu
Tanpa redha Yang Maha Kuasa
Ampunilah daku Ya Ghafur
Redhailah hidupku Ya Rahim
Masih adakah lagi secebis rahmat Ilahi buat hamba-Mu ini?
Masih adakah ruang untuk ku mengintai redha Ilahi??
Moga hidup dan matiku hanya untuk-Mu Ya Allah...
Hikmah Batu Kecil
Tuesday, 11 December 2012 - Labels: bala, Batu kecil, cerita hikmah, cerita islamik, hikmah, mengingati-Nya, motivasi, muhasabah diri, nikmat, pengajaran, rezeki - 0 Comments
Pada suatu hari, sedang asyik Amir menelaah pelajaran di bilik, dia terdengar sayup-sayup namanya dipanggil. Oleh yang demikian, dia keluar dari bilik dan mendapati cikgu Asyraf memanggilnya.Lalu, dia pun menyahut panggilan itu.
"Ada apa cikgu?"
"Saya hendak minta tolong sikit boleh?"
"Apa halnya cikgu?"
"Saya mehu awak beritahu Firdaus, saya nak senarai nama pelajar yang sakit pada hari ini.
"Baiklah cikgu, saya akan melakukannya sekarang."
Amir terus keluar dari bilik warden dan mencari Firdaus dari bilik ke bilik. Namun tidak juga ditemuinya. Dia memandang ke bawah dari tingkat dua untuk melihat kalau-kalau Firdaus berada di sana. Memang Firdaus berada di bawah. Firdaus sedang berborak-borak dengan rakan-rakannya yang lain. Dia menjerit-jerit memanggil Firdaus namun tidak didengarinya. Kemudian dia berfikir bagaimana cara untuk memanggil Firdaus. Lantaran itu, dia pun melontarkan syiling di hadapan Firdaus dengan harapan agar Firdaus memandang ke atas.
Kemudian Firdaus berkata, "Wei, duit turun dari langit lah! Rezeki aku ni", gurau Firdaus kepada rakannya yang lain. Dia kemudiannya mengambil syiling tersebut lalu dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Amir sekali lagi melontarkan syiling ke arah Firdaus. Dengan itu, Firdaus serta-merta berkata,"Hai, banyak rezeki aku hari ini! Tadi 20sen. Sekarang 50sen." Dengan perasaan bengangnya, Amir mengambil batu kecil lalu dilontarkannya ke arah Firdaus dengan harapan agar usahanya pada kali ini berjaya. Ia tepat mengenai ubun kepala Firdaus lalu Firdaus memandang ke atas. Oleh kerana terasa sakit, dia menempik dengan kuatnya," Celaka...!!!" Lalu dia memandang ke atas dan mendapati Amir berada di atas.
"Woi Amir! Kau ke yang baling batu ke kepala aku ni?!"
"Ya, aku yang membalingnya. Aku panggil kau tak dengar. Aku baling duit syiling, kau masukkan dalam poket. Aku baling batu baru kau nak pandang." Tempik Amir pada Firdaus.
"Apahal kau cari aku?"
"Cikgu Asyraf mahu senarai nama pelajar yang sakit hari ni."
Dalam perjalanan menghantar nama kepada Cikgu Asyraf, Firdaus terfikir, 'Syiling yang jatuh itu adalah nikmat dari Allah dan batu kecil yang dilontarkan itu adalah bala.' Kemudian dia berfikir lagi. 'Allah selalu memberi nikmat kepada kita namun, kita seringkali melupakan-Nya. Tetapi, hanya sekali Allah menurunkan bala kepada kita, sudah memadai untuk kita mengingati-Nya.
#Muhasabah diri (^_^)

