Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

Kapal Karam !!!

Thursday, 27 November 2014 - - 0 Comments

Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau. Dia satu2nya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup.

Apabila menyadari bahawa hanya dia seorang diri di pulau terpencil itu, dia berdoa setiap hari supaya Allah menyelamatkannya.

Di samping itu, dia tidak putus-putus meninjau laut dengan harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkannya. Namun, segala harapannya hanya tinggal harapan.

Akhirnya lelaki itu membina sebuah pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik mentari di siang hari dan berlindung daripada dingin bayu malam.

Suatu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya hangus terbakar. Tiada apa yg tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul2 naik ke langit.

Lelaki tersebut terduduk. Merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpanya. "Kenapalah nasib aku begitu malang sekali? Kenapalah Allah uji aku sampai tahap ini? Kenapa aku?"

Petang itu, dia sedang berehat di bawah sebatang pokok kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke arah pulau itu. Sehabis daya dia menjerit-jerit sambil melambai-lambai dengan harapan pengemudi kapal nampak kehadirannya di situ. Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu.

Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal dan diberi makanan dan minuman. Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal itu tahu dia berada di pulau itu. Dia bertanya kepada kapten itu, "Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau itu?"

Kapten kapal itu lalu menjawab, "Kami ternampak asap dari pulau ini. Sebab itu kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada orang yang memerlukan bantuan."

Hoho... Assalamualaikum semua! ^^
Fuh! Lama menyepi? SPM yo... Sangat menyiksa jiwa raga -_-
Takpe, mencari ilmu tu jihad. Adakah jihad yg mudah? Tiada jalan pintas ke syurga :)

Erm, dh abes SPM ni dok rumah jelah. Buat ape yg patot.. Jumpa pulak buku lama yg dah lunyai tp tak penah baca ni :p
Byk kisah best2 dalam ni. Husna cuba cerita kt korang 1 by 1 eh? Adik husna yg baca buku ni sampai lunyai. Dia suka, dia kata dh hafal semua cerita dalamnya. Fulamak! Tuan punya buku? Ngehngeh....

Bez x cerita td? Apa yg korang dapat? Ikut pandangan Husna, cerita ni sgt bermakna buat Husna utk seorang sahabat Husna


Dalam hidup ni, kita takkan pernah lepas dr ujian. Kerana apa? Itu adalah sebab kita hidup di muka bumi Allah ni. Allah letak kita di dunia ni hanya sekejap. Untuk Dia nilai diri kita. Layak ke syurga atau neraka?

Tp Allah tu Maha Penyayang. Dia tak pernah tinggal kita sorang2 hadapi ujian yg Dia beri. Sebab Dia tahu kita lemah. Tu sebab Allah support kita dgn ayat2 dlm AQ. "Mukmin yg kuat itu lebih baik dari Mukmin yg lemah". Jangan persoalkan apa yg Allah beri kerana Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita sebab Allah yg jadikan kita. Setiap yg Allah tetapkan bersebab. Kita cuma perlu bersabar, berusaha dan sentiasa yakin dgn Allah. Percaya dgn perancangan Allah. Dia adalah sebaik-baik perancang.

Apa pun yg jadi, ingat! Allah sentiasa bersama kita :)

Keep Believing in Him! ^^

Solat Kita Macam Mana??

Wednesday, 4 June 2014 - - 0 Comments

Tinggal beberapa minit lagi, waktu Solat Isyak akan masuk.

Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib.

Lambat.

Tetapi pada anggapannya asalkan dia bersolat, kewajipannya akan tertunai.

Dia mula membaca doa iftitah dan memulakan rukun-rukun solat sehingga ke sujud akhir dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.

Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia terpempam.

Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.

Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Suatu suasana yang sangat sesak. Setiap ruang sudut tempat yang dia pandang; telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada.

Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.

Ianya adalah hari mahsyar!

Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari mahsyar, tetapi pada anggapannya kiamat dan yaumil mahsyar itu lambat lagi akan berlaku.

Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?

Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!

Soal siasat itu sedang berlaku!

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.

Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri

Tiba-tiba dia mendengar namanya dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan lalu membuat satu laluan untuknya.

Dua malaikat memegang tangannya, menggiring dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.

Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya terpunduk dan seluruh detik hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.

Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti:
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.

Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.

Dia mengaku kesnya.
"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan untuk dilakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan".

Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah lakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh, seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini. Seluruh tubuhnya bergegar lantaran ketakutan.

Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.

Akhirnya, keputusan itu dibuat.

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.

Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh terjelepuk, melutut dan menjerit. Dia menyatakan bahawa ianya salah.

"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"

Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh.

Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Dia diseret songsang. Kakinya diseret, sedangkan mukanya menyembam menggahar debu, tanah kerikil dan sebagainya.

Mereka menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya.

Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya.

Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat...

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata;
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"

Dia mula menjerit;
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan.

Dia ditarik kembali ke atas.

Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif.

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,
"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur."

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"

Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh.  

Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

Wallahua'lam :)

Siapa Dia??? 0_o

Saturday, 22 February 2014 - - 0 Comments

Salam alaihi alaik...

Kali ni husna nk taaruf kan kt korang beberapa orang manusia yg mungkin ada dlm kalangan kita atau mungkin kita sendiri. Siapa dia???

Siapakah orang yang sibuk?..
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?..Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?..
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?..
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?..
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?..
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?..Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?..
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?.. Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT?..
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang post ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain..

So, jom kita sebarkan ilmu ni kt org lain...

Sharing is caring! ^_^

Kaji Diri Anda

Tuesday, 25 December 2012 - - 0 Comments

Ramai yang berasa sukar malah enggan melakukan kajian dirinya sendiri, membiarkan dirinya dewasa dalam kekurangan dan mundur dalam kematangan emosi dan rohani. Mereka menganggap tindakan mengkaji diri bermaksud membuka kelemahan dirinya selama ini. Lebih dahsyat lagi, ada banyak yanggapan serong yang kononnya kajian diri ini dapat dibeli, jadi mengapa bersusah-payah melakukannya? Bayar sahaja mana-mana konsultant ataupun orang lain bagi mengiakan dan sentiasa memuji setiap tindakan yang diambil, Semuanya pasti beres.

        Seorang penulis kisah jenaka cuba menggambarkan reaksi seorang suami yang isterinya menghidapi demam selsema pada tahun kelapan perkahwinan mereka. Begini kisahnya:

  • Tahun Kedua - "Sayang, saya berasa terganggu mendengar suara bersinmu. apalagi ketika saya benyak kerja di pejabat. Pergilah masuk tidur di bilik, sayang."
  • Tahun Ketiga - "Mungkin dirimu perlu berehat sayang. kerana apabila demam, yang penting rehat. Kamu suka ayam bukan? Nanti saya minta pembantu rumah masakkan sedikit untukmu."
  • Tahun Keempat - "Jagalah kesihatanmu sayang. Selesaikanlah kerjamu dulu dan siapkan anak-anak, selepas itu rehat, ya?"
  • Tahun Kelima - "Kenapa tidak makan ubat jika sakit? Jangan main-main jika sakit. Suruh pembantu mengurutmu, mana tahu boleh sembuh."
  • Tahun Keenam - "Makan ubat pun tidak sembuh-sembuh juga. Aduhai, kasihan anak-anak jika terkena jangkitan darimu. Mahu dibiar hidungmu tersumbat sepanjang malam? Cubalah sapu minyak angin supaya lega sedikit."
  •  Tahun Ketujuh -`"Apabila terbersin, tutuplah mulutmu... Nanti berjangkit pada orang lain. Kalau sakit, janganlah libatkan orang lain pula."
  • Tahun Kelapan -  "Memang keluargamu ada penyakit selesema ya? Cubalah pulang ke rumah keluargamu. Mungkin Kamu boleh cepat sembuh."
       Suatu kajian diri bagi yang sudah berumah tangga . Adakah kita kini masih lagi berada pada tahap cinnta seperti dahulu? Mintalah orang lain menegur sikapmu dan biarkan dia bercakap dengan jujur. Hasil penilaian itu mungkin tidak enak, malah mungkin menyinggung perasaan kita, tetapi itulah kita semasa dilihat dari pelbagai sudut. Memotivasi diri dengan melihat perkara-perkara positif dalam diri kita juga adalah baik, menerima pujian juga baik. Menerima pendapat orang lain mengenai diri kita pula semakin mendorong kita meningkatkan produktiviti diri.

      Thomas Carlyle pernah berkata, "Tugas kita yang terbesar bukanlah melihat apa yang nampak redup-redup di kajuhan, tetapi melakukan apa yang nampak jelas di hadapan mata."

      Walaupun sudah nampak jelas, kajian diri perlu dilakukan. sebab bimbang kita sudah membajak sawah yang sudah tidak lurus lagi. Setidak-tidaknya, kajian diri memberi dorongan kepada kita untuk berjaya dengan lebih baik lagi. Ketika orang lain berkata mengenai prestasi dan keadaan diri kita yang semuanya baik tanpa kajian diri atau sebarang penilaian, berhati-hatilah. Ada kemungkinan seseorang itu mendekati kita dengan kejayaan, kekayaan atau kedudukan kita. Terimalah pendapat orang yang menyebut keadaanmu yang sebenarnya. Lakukan anjakan paradigma ke atas dirimu kemudiannya selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Selamat mengkaji diri !!  \\(●*∩_∩*●)//

Hikmah Batu Kecil

Tuesday, 11 December 2012 - - 0 Comments

Pada suatu hari, sedang asyik Amir menelaah pelajaran di bilik, dia terdengar sayup-sayup namanya dipanggil. Oleh yang demikian, dia keluar dari bilik dan mendapati  cikgu Asyraf memanggilnya.Lalu, dia pun menyahut panggilan itu.

"Ada apa cikgu?"
"Saya hendak minta tolong sikit boleh?"
"Apa halnya cikgu?"
"Saya mehu awak beritahu Firdaus, saya nak senarai nama pelajar yang sakit pada hari ini.
"Baiklah cikgu, saya akan melakukannya sekarang."

Amir terus keluar dari bilik warden dan mencari Firdaus dari bilik ke bilik. Namun tidak juga ditemuinya. Dia memandang ke bawah dari tingkat dua untuk melihat kalau-kalau Firdaus berada di sana. Memang Firdaus berada di bawah. Firdaus sedang berborak-borak dengan rakan-rakannya yang lain. Dia menjerit-jerit memanggil Firdaus namun tidak didengarinya. Kemudian dia berfikir bagaimana cara untuk memanggil Firdaus. Lantaran itu, dia pun melontarkan syiling di hadapan Firdaus dengan harapan agar Firdaus memandang ke atas.

Kemudian Firdaus berkata, "Wei, duit turun dari langit lah! Rezeki aku ni", gurau Firdaus kepada rakannya yang lain. Dia kemudiannya mengambil syiling tersebut lalu dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Amir sekali lagi melontarkan syiling ke arah Firdaus. Dengan itu, Firdaus serta-merta berkata,"Hai, banyak rezeki aku hari ini! Tadi 20sen. Sekarang 50sen." Dengan perasaan bengangnya, Amir mengambil batu kecil lalu dilontarkannya ke arah Firdaus dengan harapan agar usahanya pada kali ini berjaya. Ia tepat mengenai ubun kepala Firdaus lalu Firdaus memandang ke atas. Oleh kerana terasa sakit, dia menempik dengan kuatnya," Celaka...!!!"  Lalu dia memandang ke atas dan mendapati Amir berada di atas.

 "Woi Amir! Kau ke yang baling batu ke kepala aku ni?!"

"Ya, aku yang membalingnya. Aku panggil kau tak dengar. Aku baling duit syiling, kau masukkan dalam poket. Aku baling batu baru kau nak pandang." Tempik Amir pada Firdaus.

"Apahal kau cari aku?"

"Cikgu Asyraf mahu senarai nama pelajar yang sakit hari ni."

Dalam perjalanan menghantar nama kepada Cikgu Asyraf, Firdaus terfikir, 'Syiling yang jatuh itu adalah nikmat dari Allah dan batu kecil yang dilontarkan itu adalah bala.' Kemudian dia berfikir lagi. 'Allah selalu memberi nikmat kepada kita namun, kita seringkali melupakan-Nya. Tetapi, hanya sekali Allah menurunkan bala kepada kita, sudah memadai untuk kita mengingati-Nya.

#Muhasabah diri (^_^)