Kapal Karam !!!
Thursday, 27 November 2014 - Labels: cerita islami, di sebalik musibah, hikmah, hikmah aturan Allah, kapal, keimanan, ketenangan, kisah hidup, kisah teladan, merenung nasib, muhasabah diri, pengajaran, pondok - 0 Comments
Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau. Dia satu2nya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup.
Apabila menyadari bahawa hanya dia seorang diri di pulau terpencil itu, dia berdoa setiap hari supaya Allah menyelamatkannya.
Di samping itu, dia tidak putus-putus meninjau laut dengan harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkannya. Namun, segala harapannya hanya tinggal harapan.
Akhirnya lelaki itu membina sebuah pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik mentari di siang hari dan berlindung daripada dingin bayu malam.
Suatu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya hangus terbakar. Tiada apa yg tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul2 naik ke langit.
Lelaki tersebut terduduk. Merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpanya. "Kenapalah nasib aku begitu malang sekali? Kenapalah Allah uji aku sampai tahap ini? Kenapa aku?"
Petang itu, dia sedang berehat di bawah sebatang pokok kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke arah pulau itu. Sehabis daya dia menjerit-jerit sambil melambai-lambai dengan harapan pengemudi kapal nampak kehadirannya di situ. Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu.
Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal dan diberi makanan dan minuman. Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal itu tahu dia berada di pulau itu. Dia bertanya kepada kapten itu, "Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau itu?"
Kapten kapal itu lalu menjawab, "Kami ternampak asap dari pulau ini. Sebab itu kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada orang yang memerlukan bantuan."
Hoho... Assalamualaikum semua! ^^
Fuh! Lama menyepi? SPM yo... Sangat menyiksa jiwa raga -_-
Takpe, mencari ilmu tu jihad. Adakah jihad yg mudah? Tiada jalan pintas ke syurga :)
Erm, dh abes SPM ni dok rumah jelah. Buat ape yg patot.. Jumpa pulak buku lama yg dah lunyai tp tak penah baca ni :p
Byk kisah best2 dalam ni. Husna cuba cerita kt korang 1 by 1 eh? Adik husna yg baca buku ni sampai lunyai. Dia suka, dia kata dh hafal semua cerita dalamnya. Fulamak! Tuan punya buku? Ngehngeh....
Bez x cerita td? Apa yg korang dapat? Ikut pandangan Husna, cerita ni sgt bermakna buat Husna utk seorang sahabat Husna
Dalam hidup ni, kita takkan pernah lepas dr ujian. Kerana apa? Itu adalah sebab kita hidup di muka bumi Allah ni. Allah letak kita di dunia ni hanya sekejap. Untuk Dia nilai diri kita. Layak ke syurga atau neraka?
Tp Allah tu Maha Penyayang. Dia tak pernah tinggal kita sorang2 hadapi ujian yg Dia beri. Sebab Dia tahu kita lemah. Tu sebab Allah support kita dgn ayat2 dlm AQ. "Mukmin yg kuat itu lebih baik dari Mukmin yg lemah". Jangan persoalkan apa yg Allah beri kerana Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita sebab Allah yg jadikan kita. Setiap yg Allah tetapkan bersebab. Kita cuma perlu bersabar, berusaha dan sentiasa yakin dgn Allah. Percaya dgn perancangan Allah. Dia adalah sebaik-baik perancang.
Apa pun yg jadi, ingat! Allah sentiasa bersama kita :)
Keep Believing in Him! ^^
Penuntut Ilmu adalah Penuntut Kemuliaan
Sunday, 15 December 2013 - Labels: bekalan dunia akhirat, bekalan rohaniah, ilmu, kata hikamah, kata mutiara, kemuliaan, kisah teladan, Kumail bin Ziyad, liang lahad, pelajar, pencinta ilmu, quotes, Sayidina Ali, tingkatan darjat - 0 Comments
Salam alaihi alaik...
Hurm... Sambungan ukhuwah? Dah siap dah. Hehe... Cuma kali ni husna nk selitkan dgn cerita lain supaya tak boring... Mcm yg husna ckp hari tu kan?
Dah nk bukak skolah, macam mana preparation korang? Barang dh siap? Baju dh beli? Ehem, jgn la over sgt beli barang skolah tu sampai garu kepala ayah nk bayarnye yek... Ingat ada org yg still pakai baju skolah 4 tahun lepas dan baju derma org je taw! Kalau boleh pakai yg tahun lepas punye pakai je jgn mmbazir Allah x ske! Eh, terkluar tajuk pulak :p
Barang siap siap jugak, dah ready ke nk 'berperang'??? Menuntut ilmu tukan jihad jugak walaupun jihad kecil... Persediaan mental dn fizikal kne kuat!!!
Sesungguhnya org yg mahu belajar adalah org yg mulia pd pandangan Islam krn ia mencari sesuatu yg mulia iaitu ILMU, manakala ilmu akn mmbawa dirinya kpd matlamat dn cara hidup yg mulia, di dunia dan akhirat.
Bukankah org beriman sentiasa mahu belajar dan berterusan menuntut ilmu utk meningkatkan prestasi diri, mndekatkan diri kpd Rabbul Izzati serta mencari keredhaanNya yg tdk bertepi?
Firman Allah,
"Kami tinggikan siapa yg Kami kehendaki beberapa darjat" (Al-An'am 6:83)
Imam Malik menghuraikan ayat ini spt berikut, "Iaitu dgn berilmu, seseorang akn diangkat darjatnya oleh Allah."
Jom baca kisah yg menjelaskan kemuliaan ilmu dn org yg berilmu. Kisah yg harus dibaca berkali-kali! :)
Kumail bin Ziyad bercerita bahawa pd suatu ketika Saiyidina Ali memimpin tangannya, kemudian mengajaknya keluar ke arah dataran tinggi.
*ehem, siapa Kumail? Tula korang... Justin Bibir je yg korang nk taw -_- Okeh, Kumail ni adalah seorang tabiin tsiqah pd zamannya. Nama penuh beliau Kumail bin Ziyad bin Nahik an-Nakha'i. Dh sambung citer... ^^
Katanya, ketika beliau dan Saiyidina Ali berada di tempat yg tinggi, Sayidina Ali duduk kemudian menarik nafas panjang. Beliau berkata, "Wahai Kumail bin Ziyad, sesungguhnya hati adalah wadah, dan hati yg paling baik adalah hati yg paling sedar. Jagalah apa yg saya katakan padamu"
"Manusia itu terbahagi kpd 3 kelompok; ulama Rabbani, penuntut ilmu di atas jalan keselamatan, dn org2 awam pengikut semua penyeru. Kelompok terakhir cenderung bersama hembusan angin, tdk bersinar dgn cahaya ilmu dan tdk bersandar pd tiang yg kukuh."
"Ilmu lebih baik drpd harta. Ilmu menjagamu, sedang engkau menjaa harta. Ilmu bertambah dgn diamalkan, sedang harta berkurang dgn membelanjaknnya. Dan mencintai seorang alim adalah agama yg mana kita beragama dgnnya."
"Ilmu membuat ulama ditaati sepanjang hidupnya dan dikenang sepeninggalannya, sedang kebaikan krn harta itu hilang bersamaan dgn hilangnya harta. Para penyimpan harta telah mati padahal sebenarnya mereka hidup, sedang para ulama abadi sepanjang zaman. Diri mereka telah sirna namun keteladanan mereka tetap melekat di dlm hati."
Subhanallah... Sesungguhnya ilmu menjaga kita dan para ulama masih disebut nama mereka hingga kini dan tetap melekat di hati <3 Penegak2 Islam sekalian, peganglah kata2 Saiyidina Ali ini dan jgn pernah berhenti berjihad mnecari ilmu di jalan Allah! Ingatlah, Allahu ma'ana... Jangan pernah berputus asa dlm menegakkan agamanya. Teruskan menuntut ilmu hingga ke liang lahad sbg bekalan dunia dan akhirat insyaallah...
Ilmu kasi mantap, baru semua settle ^^
Kenali 'Ata' bin Abi Rabah
Tuesday, 10 December 2013 - Labels: akhlak mulia, ata bin Abi Rabah, cinta ilmu, ilmu, khalifah, kisah hidup, kisah teladan, pedoman, tokoh Islam, utlubul ilmi minal mahdi ila llahad - 0 Comments
Salam alaik...
Korang kenal Izzue Islam? Fasha Sandha? Safee Sali? Mat Lutfi? Siapa tak kenal mereka? Kalau sebut pasal artis, orang sukan dan artis youtube berebut-rebut kita cerita pasal perkembangan dan sejarah diorang kan? Kolot betul orang yg tak up-to-date pasal korea, artis, bola sepak dan yg seangkatan dgnnya... Betul kan?
Tapi kenalkah korang dgn Ibnu Rushd? Abdullah bin Umar? Salehuddin Al-Ayubi? Tahu benarkah korang sejarah mereka? Latar belakang mereka? Sedih sungguh realiti umat Islam sekarang :'( Amat sedikit yg mengambil berat soal ini. Terlalu byk pengaruh Yahudi yg tak mampu generasi muda Islam perangi kini. Pengaruh2 tersebut meresap masuk ke dlm jiwa remaja perlahan-lahan memakan jiwa mereka serta memusnahkan bakal pejuang2 Islam.
So, kali ni husna nak perkenalkan seorang tokoh Islam yg amat cintakan ilmu. Akhlak dan semangat juang beliau berjihad mengumpul ilmu wajar dicontohi remaja Islam sekarang termasuk Husna.. :)
'Ata' bin Abi Rabah merupakan seorang yg mulia dgn ilmu. Beliau merupakan seorang yg disegani oleh para khalifah kerana ilmunya yg tinggi dan pekertinya yg mulia.
Kekayaan dunia datang mencurah-curah kpd beliau namun beliau menolaknya mentah2. Beliau enggan menerimanya sama sekali.
Sepanjang hidupnya, beliau hanya memakai baju yg harganya pasti tidak melebihi lima dirham.
Para khalifah sentiasa mengajak 'Ata' untuk bersama mereka. Namun 'Ata' dgn baiknya menolak permintaan tersebut kerana bimbang pegangan agamanya akn terpengaruh dgn dunia. Walaupun demikian, beliau tetap mengunjungi khalifah sekiranya ada perkara yg membabitkan kepentingan Islam dan umatnya.
Ahli sejarah mengatakan: "Masjid ialah tmpt tidur 'Ata' bin Abi Rabah selama 20 tahun." Beliau seorang tabiin yg ulung dan menguasai pelbagai cabang ilmu yg tiada tandingannya.
Ketika Abdullah bin Umar menunaikan umrah, penduduk Mekah datang mngerumuninya utk meminta fatwa. Beliau brkata: "Saya hairan dgn pnduduk Mekah, kamu mengumpulkan banyak masalah utk bertanya kpd saya sedangkan 'Ata' bin Rabah ada bersama kamu."
'Ata' bin Rabah juga seorang yg tidak suka berbual kosong.
Muhammad bin Suqah; seorang abid dan ulama di Kufah pernah bercerita kpd sesiapa yg menziarahinya. 'Ata' pernah menasihatkan saya. Katanya: "Wahai anakku, manusia sebelum kita tidak suka bercakap kosong."
"Apakah perkara yg mereka anggap sebagai bercakap kosong?" saya bertnya lagi. "Bagi mereka segala percakapan yg tujuannya selain daripada membaca & memahami al-Quran, meriwayat & memahami hadis, mencegah kemungkaran dan menyuruh kebaikan, berkata-kata tentang perkara yg mendekatkan diri kpd Allah serta bercakap perkara yg perlu dlm kehidupan ialah perbualan kosong!"
Beliau merenung mukaku sambil berkata: "Apakah kamu lupa firman Allah? Yang bermaksud: 'Sesungguhnya ada malaikat2 yg menjaga dan mengawas segala amalan kamu. Mereka ialah makhluk yg mulia (di sisi Allah) yg ditugaskan menulis (amalan2 kamu).' (Surah al-ainfitar 82: 10-11) "
Dan 'Ata' menyambung dgn firman Allah yg bermaksud: "Semasa 2 malaikat menulis segala perbuatan dan percakapannya; satu duduk di sebelah kanannya dan yg satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yg dilafazkannya melainkan di sisinya ada malaikat pengawas yg sentiasa sedia (menulisnya)." (Surah Qaf 50:17-18)
'Ata' berkata lagi: "Tidakkah kita berasa malu apabila menerima lembaran yg mencatat amalan kita nanti langsung tiada kaitannya dgn agama atau dunia (perkara yg bermanfaat)."
Subhanallah alangkah indahnya jika remaja Islam sekarang memuliakan dan mengangkat martabat ilmu...
Jom isikan dada dgn ilmu ^^
Ruh Ukhuwah Islamiyah I
Thursday, 5 December 2013 - Labels: imam hassan al-banna, kerana Allah, kisah islam, kisah teladan, konsep, nikmat dikongsi, perjuangan, persaudaraan islam, ruh ukhuwah islamiyah, tentera islam, ukhuwah fillah, ukhuwah islamiyah - 0 Comments
Salam alaihi alaik...
Allah memerintahkn Mukminin & Mukminat supaya mmbangunkan Ukhuwah Islamiyah.. Apa dia Ukhuwah Islamiyah? So husna minat nk kongsi dgn korg kali ni pasal ukhuwah Islamiyah.
Ukhuwah Islamiyah menurut Imam Hassan al-Banna adalah keterikatan hati dan jiwa antara satu sama lain dgn ikatan akidah.
Setiap perkara yg berkaitan Islam ada roh atau jiwanya. Demikian juga persoalan ukhuwah Islamiyah. Roh ukhuwah Islamiyah yg kita akn bincgkn utk entri kali ni ialah:
Susah Senang Dilalui Bersama
Dr. Yusof al-Qardawi dlm kitabnya Iman dn Kehidupan menceritakan satu riwayat bahawa pernah terjadi suatu peperangan di antara Muslimin dn pihak musuh...
Di antara mereka terbentang sebuah sungai.
Panglima tentera Islam mengarahkan para perajuritnya supaya menyeberangi sg itu. Semua perajurit patuh kpd perintah panglima dn terjun ke dlm sungai.
Kala itu, dari jauh pihak musuh melihat perajurit Islam dgn perasaan gentar.
Sampai di prtengahan sungai, semua perajurit Islam hilang di dlm air, seolah-olah tenggelam namun setelah seketika, serentak juga terapung kembali di permukaan air.
Pada mulanya pihak musuh tertanya-tanya apakah yg dilakukan oleh perajurit Islam? Apakah maksud tindakan mereka itu?
Sebenarnya apa yg berlaku adalah salah seorang drpd perajurit Islam menjerit memberitahu bekasnya jatuh hanyut ke dlm sungai.
Atas semangat persaudaraan Islam, semua perajurit yg lain turun menyelam mencari bekas yg hilang td hinggalah ia ditemui semula.
Pihak musuh yg memerhatikan hal itu berkata: "Kalau dgn sebab satu bekas kawan mereka yg tenggelam ke dasar sungai pun mereka sanggup berbuat demikian, bayangkanlah apakah respon mereka andai kita bunuh sapah seorang drpd mereka!"
Akibatnya, musuh menyerah kalah kpd tentera kaum Muslimin.
Subhanallah! Bayangkan betapa kuatnya umat Islam kini kalau semua umat Islam mempunyai Ruh Ukhuwah Islamiyah sekuat ini?
Ucapan ukhuwah fillah sering kita dgr dan sebut. Tapi adakah ianya betul2 dipraktikkan? Amat sedikit... :'(
Malangnya masyarakat Islam kini berebut-rebut utk berjaya sendirian dn sukar sekali mempraktikkan keindahan Islam yg mengamalkan persamaan taraf. Lebih sedih sekali apabila ada golongan yg ditindas. Malah ada yg berjaya sekarang kerana menjatuhkan org lain. Saling memijak utk berada di kedudukan yg teratas! Apa yg dh jadi kpd umat Islam sekarang ni?
Bangun la anak muda! Kte lah pencetus pembangunan umat Islam. Jgn takut pd umur jgn takut pd jantina. Usaha lah bersama2 satukan umat Islam dn mulakan pasang impian utk mati syahid sbg tentera Imam Mahdi mulai sekarang! Insyaallah
'Ala kulli hal, selamat bermujahadah ^^
Wujudkah Tuhan?
Thursday, 27 December 2012 - Labels: Abu Hanifah, akal, Anas bin Malik, Arasy, ateis, bukti, cerita hikmah, cerita islami, indahnya islam, kewujudan akal, kewujudan tuhan. allah wujud tanpa tempat, kisah teladan, Penipuan evolusi, Tuhan wujud, waras - 0 Comments
Abu Hanifah ialah cendiakawan Islam terkenal di sekitar tahun 699 Masihi hingga 767M. Beliau sempat belajar bersama tujuh orang sahabat Nabi Muhammad seperti Anas b. Malik dan Abdullah b. Haris. Aliran persefahamannya dalam islam masih wujud hingga sekarang yang dikenali sebagai mazhab Hanafi.
Pada suatu hari, Abu Hanifah dikunjungi oleh seorang lelaki yang masih muda remaja. Lelaki itu mempunyai masalah agama. Beliau datang dari jauh untuk berjumpa Abu Hanifah kerana ingin bertanya satu soalan.
"Tuan, adakah tuan pernah melihat Tuhan?"
"Maha Suci Tuhan! Tuhan tidak dapat dilihat dengan mata kasar walau dengan apa jua sekali pun," jelas Abu Hanifah dengan tegas.
Lelaki itu tidak berpuas hati. Dia mahu bertanya lagi, "Pernahkah tuan menyentuh, melihat, mendengar ataupun merasa Tuhan?"
Abu Hanifah menggelengkan kepala mendengar pertanyaan leaki tersebut. "Tuhan tidak sama dengan apa-apa jua yang terfikir dan tebayang oleh akal," jawab Abu Hanifah, mengharapkan agar lelaki itu faham.
Lelaki itu masih tidak berpuas hati. "Apabila Tuan tidak pernah melihat, mendengar dan merasa Tuhan, apakah bukti kewujudan Tuhan?"
Abu Hanifah tersenyum mendengar soalan anak muda itu. Beliau tidak memarahinya malah menjawab dengan penuh sopan.
"Pernahkah kamu melihat akalmu sendiri?"
"Tidak pernah," jawabnya dengan hati-hati.
"Pernahkah kamu mendengar suara akalmu?"
"Tidak pernah."
"Pernahkah kamu menyentuh atau merasa akalmu?
"Tidak pernah juga."
Lelaki itu berasa hairan dengan soalan-soalan pelik Abu Hanifah. Mustahil bagi manusia mendengar akalnya sendiri kecuali mendengar suara hati. Akal hanya boleh berfikir, tetapi tidak mengeluarkan suara. Mustahil bagi manusia melihat otaknya sendiri.
"Adakah kamu waras?" Abu Hanifah mengujinya.
"Sudah tentu saya waras," lelaki itu mula berasa tidak senang.
"Jadi, saudara ada akal?" Abu Hanifah menduga lagi.
"Tentulah saya ada akal!" lelaki itu mula hendak marah.
"Begitu jugalah dengan kewujudan Tuhan. Tuhan wujud, walaupun kita tidak dapat mengetahui dengan pancaindera kita" terang Abu Hanifah dengan penuh hikmah.
Lelaki itu tertunduk mendengarkan jawapan Abu Hanifah. Dia insaf kerana telah mempersoalkan kewujudan Tuhan. Abu Hanifah tidak memarahinya, malah memberi jawapan dengan sopan.
HIKMAH dari cerita
Allah taala sentiasa wujud azali dalam keadaan tiada suatupun yang bersama keazalian-Nya. Tiada suatu air pun, tiada suatu udara pun, tiada suatu bumi pun, tiada suatu langit pun, tiada suatu Kursi pun, tiada suatu Arasy pun, tiada suatu manusia pun, tiada suatu jin pun, tiada suatu malaikat pun, tiada suatu tempat pun dan tiada suatu masa pun bersama keazalian-Nya! Oleh itu, Allah taala wujud sebelum kewujudan tempat tanpa suatu tempat, dan Dia-lah yang telah mencipta tempat dan Arasy serta Dia tidak berhajat pun kepada ciptaan-Nya.
Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda:
“Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatupun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada suatupun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatupun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka tiada suatupun di bawah-Mu”. [Diriwayatkan oleh Muslim]

