Siapa Dia??? 0_o
Saturday, 22 February 2014 - Labels: ilmu, info islam, kenali diri, manusia, muhasabah diri, ragam manusia, sampaikan, sebarkan, share ilmu, siapa, soalan cepu mas, tazkirah - 0 Comments
Salam alaihi alaik...
Kali ni husna nk taaruf kan kt korang beberapa orang manusia yg mungkin ada dlm kalangan kita atau mungkin kita sendiri. Siapa dia???
Siapakah orang yang sibuk?..
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?..Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?..
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?..
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?..
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik?..
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?..Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?..
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal?.. Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT?..
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang post ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain..
So, jom kita sebarkan ilmu ni kt org lain...
Sharing is caring! ^_^
Penuntut Ilmu adalah Penuntut Kemuliaan
Sunday, 15 December 2013 - Labels: bekalan dunia akhirat, bekalan rohaniah, ilmu, kata hikamah, kata mutiara, kemuliaan, kisah teladan, Kumail bin Ziyad, liang lahad, pelajar, pencinta ilmu, quotes, Sayidina Ali, tingkatan darjat - 0 Comments
Salam alaihi alaik...
Hurm... Sambungan ukhuwah? Dah siap dah. Hehe... Cuma kali ni husna nk selitkan dgn cerita lain supaya tak boring... Mcm yg husna ckp hari tu kan?
Dah nk bukak skolah, macam mana preparation korang? Barang dh siap? Baju dh beli? Ehem, jgn la over sgt beli barang skolah tu sampai garu kepala ayah nk bayarnye yek... Ingat ada org yg still pakai baju skolah 4 tahun lepas dan baju derma org je taw! Kalau boleh pakai yg tahun lepas punye pakai je jgn mmbazir Allah x ske! Eh, terkluar tajuk pulak :p
Barang siap siap jugak, dah ready ke nk 'berperang'??? Menuntut ilmu tukan jihad jugak walaupun jihad kecil... Persediaan mental dn fizikal kne kuat!!!
Sesungguhnya org yg mahu belajar adalah org yg mulia pd pandangan Islam krn ia mencari sesuatu yg mulia iaitu ILMU, manakala ilmu akn mmbawa dirinya kpd matlamat dn cara hidup yg mulia, di dunia dan akhirat.
Bukankah org beriman sentiasa mahu belajar dan berterusan menuntut ilmu utk meningkatkan prestasi diri, mndekatkan diri kpd Rabbul Izzati serta mencari keredhaanNya yg tdk bertepi?
Firman Allah,
"Kami tinggikan siapa yg Kami kehendaki beberapa darjat" (Al-An'am 6:83)
Imam Malik menghuraikan ayat ini spt berikut, "Iaitu dgn berilmu, seseorang akn diangkat darjatnya oleh Allah."
Jom baca kisah yg menjelaskan kemuliaan ilmu dn org yg berilmu. Kisah yg harus dibaca berkali-kali! :)
Kumail bin Ziyad bercerita bahawa pd suatu ketika Saiyidina Ali memimpin tangannya, kemudian mengajaknya keluar ke arah dataran tinggi.
*ehem, siapa Kumail? Tula korang... Justin Bibir je yg korang nk taw -_- Okeh, Kumail ni adalah seorang tabiin tsiqah pd zamannya. Nama penuh beliau Kumail bin Ziyad bin Nahik an-Nakha'i. Dh sambung citer... ^^
Katanya, ketika beliau dan Saiyidina Ali berada di tempat yg tinggi, Sayidina Ali duduk kemudian menarik nafas panjang. Beliau berkata, "Wahai Kumail bin Ziyad, sesungguhnya hati adalah wadah, dan hati yg paling baik adalah hati yg paling sedar. Jagalah apa yg saya katakan padamu"
"Manusia itu terbahagi kpd 3 kelompok; ulama Rabbani, penuntut ilmu di atas jalan keselamatan, dn org2 awam pengikut semua penyeru. Kelompok terakhir cenderung bersama hembusan angin, tdk bersinar dgn cahaya ilmu dan tdk bersandar pd tiang yg kukuh."
"Ilmu lebih baik drpd harta. Ilmu menjagamu, sedang engkau menjaa harta. Ilmu bertambah dgn diamalkan, sedang harta berkurang dgn membelanjaknnya. Dan mencintai seorang alim adalah agama yg mana kita beragama dgnnya."
"Ilmu membuat ulama ditaati sepanjang hidupnya dan dikenang sepeninggalannya, sedang kebaikan krn harta itu hilang bersamaan dgn hilangnya harta. Para penyimpan harta telah mati padahal sebenarnya mereka hidup, sedang para ulama abadi sepanjang zaman. Diri mereka telah sirna namun keteladanan mereka tetap melekat di dlm hati."
Subhanallah... Sesungguhnya ilmu menjaga kita dan para ulama masih disebut nama mereka hingga kini dan tetap melekat di hati <3 Penegak2 Islam sekalian, peganglah kata2 Saiyidina Ali ini dan jgn pernah berhenti berjihad mnecari ilmu di jalan Allah! Ingatlah, Allahu ma'ana... Jangan pernah berputus asa dlm menegakkan agamanya. Teruskan menuntut ilmu hingga ke liang lahad sbg bekalan dunia dan akhirat insyaallah...
Ilmu kasi mantap, baru semua settle ^^
Kenali 'Ata' bin Abi Rabah
Tuesday, 10 December 2013 - Labels: akhlak mulia, ata bin Abi Rabah, cinta ilmu, ilmu, khalifah, kisah hidup, kisah teladan, pedoman, tokoh Islam, utlubul ilmi minal mahdi ila llahad - 0 Comments
Salam alaik...
Korang kenal Izzue Islam? Fasha Sandha? Safee Sali? Mat Lutfi? Siapa tak kenal mereka? Kalau sebut pasal artis, orang sukan dan artis youtube berebut-rebut kita cerita pasal perkembangan dan sejarah diorang kan? Kolot betul orang yg tak up-to-date pasal korea, artis, bola sepak dan yg seangkatan dgnnya... Betul kan?
Tapi kenalkah korang dgn Ibnu Rushd? Abdullah bin Umar? Salehuddin Al-Ayubi? Tahu benarkah korang sejarah mereka? Latar belakang mereka? Sedih sungguh realiti umat Islam sekarang :'( Amat sedikit yg mengambil berat soal ini. Terlalu byk pengaruh Yahudi yg tak mampu generasi muda Islam perangi kini. Pengaruh2 tersebut meresap masuk ke dlm jiwa remaja perlahan-lahan memakan jiwa mereka serta memusnahkan bakal pejuang2 Islam.
So, kali ni husna nak perkenalkan seorang tokoh Islam yg amat cintakan ilmu. Akhlak dan semangat juang beliau berjihad mengumpul ilmu wajar dicontohi remaja Islam sekarang termasuk Husna.. :)
'Ata' bin Abi Rabah merupakan seorang yg mulia dgn ilmu. Beliau merupakan seorang yg disegani oleh para khalifah kerana ilmunya yg tinggi dan pekertinya yg mulia.
Kekayaan dunia datang mencurah-curah kpd beliau namun beliau menolaknya mentah2. Beliau enggan menerimanya sama sekali.
Sepanjang hidupnya, beliau hanya memakai baju yg harganya pasti tidak melebihi lima dirham.
Para khalifah sentiasa mengajak 'Ata' untuk bersama mereka. Namun 'Ata' dgn baiknya menolak permintaan tersebut kerana bimbang pegangan agamanya akn terpengaruh dgn dunia. Walaupun demikian, beliau tetap mengunjungi khalifah sekiranya ada perkara yg membabitkan kepentingan Islam dan umatnya.
Ahli sejarah mengatakan: "Masjid ialah tmpt tidur 'Ata' bin Abi Rabah selama 20 tahun." Beliau seorang tabiin yg ulung dan menguasai pelbagai cabang ilmu yg tiada tandingannya.
Ketika Abdullah bin Umar menunaikan umrah, penduduk Mekah datang mngerumuninya utk meminta fatwa. Beliau brkata: "Saya hairan dgn pnduduk Mekah, kamu mengumpulkan banyak masalah utk bertanya kpd saya sedangkan 'Ata' bin Rabah ada bersama kamu."
'Ata' bin Rabah juga seorang yg tidak suka berbual kosong.
Muhammad bin Suqah; seorang abid dan ulama di Kufah pernah bercerita kpd sesiapa yg menziarahinya. 'Ata' pernah menasihatkan saya. Katanya: "Wahai anakku, manusia sebelum kita tidak suka bercakap kosong."
"Apakah perkara yg mereka anggap sebagai bercakap kosong?" saya bertnya lagi. "Bagi mereka segala percakapan yg tujuannya selain daripada membaca & memahami al-Quran, meriwayat & memahami hadis, mencegah kemungkaran dan menyuruh kebaikan, berkata-kata tentang perkara yg mendekatkan diri kpd Allah serta bercakap perkara yg perlu dlm kehidupan ialah perbualan kosong!"
Beliau merenung mukaku sambil berkata: "Apakah kamu lupa firman Allah? Yang bermaksud: 'Sesungguhnya ada malaikat2 yg menjaga dan mengawas segala amalan kamu. Mereka ialah makhluk yg mulia (di sisi Allah) yg ditugaskan menulis (amalan2 kamu).' (Surah al-ainfitar 82: 10-11) "
Dan 'Ata' menyambung dgn firman Allah yg bermaksud: "Semasa 2 malaikat menulis segala perbuatan dan percakapannya; satu duduk di sebelah kanannya dan yg satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yg dilafazkannya melainkan di sisinya ada malaikat pengawas yg sentiasa sedia (menulisnya)." (Surah Qaf 50:17-18)
'Ata' berkata lagi: "Tidakkah kita berasa malu apabila menerima lembaran yg mencatat amalan kita nanti langsung tiada kaitannya dgn agama atau dunia (perkara yg bermanfaat)."
Subhanallah alangkah indahnya jika remaja Islam sekarang memuliakan dan mengangkat martabat ilmu...
Jom isikan dada dgn ilmu ^^
Pesanan Imam Syafie
Sunday, 10 July 2011 - Labels: 5 perkara, biodata, ilmu, Imam Syafie, keaiban, kebaikan, keburukan, makhluk, pesanan, sakit, serangan iblis, soleh, syaitan, tokoh Islam, Umar al-Khattab - 0 Comments
- Tuntutlah ilmu sebanyak mugkin kerana ia akan menjagamu & membuatmu cemerlang di dunia & di akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul & orang2 soleh.
- Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan & menyebabkan syaitan gerun
- Perbanyakkan 5 perkara:
- Perbanyakkan menyebut & mengingatihal2 kematian daripada kehidupan
- Sabar menghadapi musibat adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. adapun bala & musibat, ia menunjukkan adanya perhatian & kasih sayang Allah. Oleh itu, syukurilah ia kerana syukuryang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
- Apabila salah seorang di antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, hendaklah ringankan langkah untuk menziarahina kerana ia disaksikan malaikat & dicintai Allah.
- Marah adalah salah 1 di antara panah2 syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan & bala tenteranya
- Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim & baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi & mngasihi anak yatim di akhirat
- Berbuat baik dan tunjukkn baktimu kepada bu bapamu tanpa mengenali letih &lelah sebagaimana mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ianya akan menambah keberkatan pd umurmu, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamu
- Berbuatlah sebanyak-banyaknya amal soleh keran ia merupakan pendinding & perisai orang Mukmin & pelindund drpd serangan iblis.
- Takwa merupakan pakaian kebesaran & hisana akhlak Muslim sebenar. Ianya ibarat pokok zaitun, minyaknya membwa berkat, ianya juga memberi kejayaan & kemenangan
- Iman mempunyai bentengnya bg menghalang segala serangan yg cuba merobohkannya. Oleh itu,bg menguatkan benteng iman, perlula dibajai keimanan dgn 5 perkara iaitu yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah beramal, bertatasusila atau berdisiplin di dalam menerjakan ibadah
- Ingat & zikir kpd ALLAH sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani & hati. Ia mencetuskan ketanangn hidup & qanaah.
- Khusyuk secara zahir adlah khusyuknya orang awam, khudyuk secara batin adlh khusuknya orang pilihan disisi Allah.
- Kubur adlh perhentian sementara utk membolahkan ke satu perhentian lagi yg penuh dgn soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yg adil & benar menerusi amal yg benar & taat kpd al-haq yg tidak berbelah bagi.
- Kita hendalah sentiasa memohon perlindungan drpd Allah. Sekurang-kurangnya dgn menyebut A'uzu billahi min al-syaitanirrajiim. Jika seragan syaitan dtg juga bertalu-talu dgn hebat, kita mestilah bersbr & menyedari bahawa Allah hendak menguji keteguhan sabar kita & melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah, perang dgn syaitan itu lebih hebat dpd perang sabil.
- Sebesar-besar keaiban adlah engkau mengira keburukan org lain sedangkan keburukan itu tedapat dalam dirimu sendiri.
- Hati adlh raja di dlm diri. Oleh itu lurus & betulka ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haqyg tidak disertai dgn irngan2 pasukan kebatilan.
- Ketahuilah istighfar yg diucapkan dgn betul mampu membuat syaitan lari ketakutan & menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
- Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia & di akhirat adlh memberi maaf kpd org lain & melupakannya, nescaya Allah akn meninggikan darjatnya di sisi manusia.
- Tafakurlah sebelum tidur utk menghisab diri di atas salah & silap semasa aktiviti pd siang hari sebagaiman Umar bin Khattab menyiasati dirinya dgn pelbagai soalan tentang dosa2 nya pd siang hari
- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akn menjagamu & mebuatmu cemerlang di dunia & di akhirat, di samping ianya menjadi amln para Nabi, Rasul, & orang2 soleh.
- Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dgn selamat, hendaklah dia mengamalkn 10 perkara berikut:
- Engkau seorang manusia yg dijadikn drpd tanah & engkau juga akn disakiti(dihimpit) dgn tanah.
- Barangsiapa yg menjalin ukhuwah & menghidupkannya, maka ia akn memperoleh sepuluh keutamaan iaitu:
- Allah menjanikan kpd org2 yg beriman bahawa mereka akn ditinggalkn darjat & diberi kamuliaan selahi mereka menunaikan perintah Allah "sesungguhnya org2 beriman & mengerjakan ama2 soleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka kerana keimanannya, di bwh mereka mengalir sungai2 di dlm syurga yg penuh kenikmatan. Doa mereka di dlmnya adlh subhanakallahumma & salam penghormatan mereka adlh salaam. & penutup doa mereka adlh Alhamdulillahi Rabbil'aalamin."
- Allah menjanjikan kpd org2 yg beriman bahawa mereka akn mendpt pertolongan Allah spt dlm surah ar-Rum ayat 47: "Dan adlah menjadi hak(tanggungjawab Kami utk menolong org2 yg beriman".
- Allah menjanjikan kpd org2 yg beriman bahawa mereka akn mendpt pembelaan drpd Allah sebagaimana pernyataannya dlm surah al-Hajj ayt 8: " Sesungguhnya Allah membela org2 yg beriman".
- Allah menjanjikan kpd org2 yg beriman & bertakwa bahawa Allah akn menaiktarafkan darjat mereka shingga ke taraf wali2 Allah selagi memenuhi syarat2nya spt dlm pernyataannya dlm surah al-Baqarah ayt 257: "Allahlah penolong(wali) bagi org2 beriman".
- Allah menjanjikn kpd org2 yg beriman akn memberi petunjuk & jln lurus sebagaimana pernyataannya dlm surah al-Hajj ayat 54: "Sesunggunhnya Allah adlh pemberi petunjuk bg org2 yg beriman kpd jln yg lurus."
- Allah menjanjikn kpd org2 yg beriman bahawa mereka akn memperoleh rezek yg baik & pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah. Surah al-A'raf ayt 96: "Jikalau sekiranya penduduk kota beriman & bertakwa pasti Kami akn melimpahkn mereka berkat dr langit & bumi tetapi mereka mendustakan ayt2 Kami, aka Kami seksa mereka disebabkn perbuatan mereka."

