Showing posts with label soalan cepu mas. Show all posts
Showing posts with label soalan cepu mas. Show all posts

Siapa Dia??? 0_o

Saturday, 22 February 2014 - - 0 Comments

Salam alaihi alaik...

Kali ni husna nk taaruf kan kt korang beberapa orang manusia yg mungkin ada dlm kalangan kita atau mungkin kita sendiri. Siapa dia???

Siapakah orang yang sibuk?..
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?..Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?..
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?..
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?..
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?..
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?..Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?..
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?.. Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT?..
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang post ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain..

So, jom kita sebarkan ilmu ni kt org lain...

Sharing is caring! ^_^

Level Sayang <3

Thursday, 28 November 2013 - - 0 Comments

Salam alaihi alaik...

Tajuk yg husna terfikir pada kali ni husna rasa agak menarik utk dibincangkan. Tajuk ni keluar lepas Husna dapat satu soalan daripada seorang sahabat yg bunyi nya mcm ni, "Ap mks0d sayang bg awk, cik Husna?"

Husna agak terkejut jugak lah dgn soalan dia ni. Dia nak test husna ni... Mulanya husna rasa malas nk jawab sbb husna tak taw nk jwb apa :p husna pun mula nak ngelat. Hehe... Husna kata " Syg ak byk level. Ko nk y mne? Haha" Lepas tu dia tak balas dah. Haha... Merajuk kot dia ni. Husna pun list kanlah level2 syg husna...

Level2nye
Allah
Muhammad
Al-Quran
Para sahabat
Mak ayh family adik2 kkk abg
Mk sedara ayh sedare bdk2 kecik uh
3 special people in my heart
Tulg rusuk kiri
Cikgu2
Kwn2
Diary ak
Enset ni
Knln
Musuh un ak syg...

Masa husna buat list ni husna rasa macam baru tersedarkan somtin... Husna rasa mcm serba salah nk send sebab rasa mcm ada yg tak kena dgn list tu. Terasa mcm menipu diri sendiri dan bila husna send husna akn menipu dia sekali. Masa husna mmg teragak2 tp husna send jugak. Kenapa husna rasa serba salah? Sebab masa husna buat list tu baru husna sedar yg level2 syg husna dlm hati ni tak sama dgn yg dlm list. Husna rasa betul2 bersalah n nak nangis... Husna dh salah letak org2 dlm list tu pada level yg tak betul dlm hati husna.

Husna baru sedar husna letak org tak sepatutnya di level atas sekali. Sebab, masa solat pun husna teringatkan dia. Husna betul2 rasa nk menangis. Sampai mcm tu sekali husna lupakan Allah :'( Tapi husna syukur sangat sbb Allah masih sudi lagi tegur Husna. Nampak tak betapa Allah kasihkan hambaNya? Allah tegur pulak tu melalui orang yg Husna salah letak tu. Subhanallah...

Memang bila orang tanya siapa yg paling kita cinta, kita akan jawab Allah dan Rasulnya. Tapi, benarkah ia betul2 dari hati kita? Kadang2 kita lupa. Kita tersilap tanpa kita sedar. Kita lebih mengasihi manusia... Manusia insab yg alpa. Iman kita naik turun. Tapi kita kena usaha utk maintain kan iman kita. Kalau kita betul2 meletakkan Allah nombor 1 dlm hati kita, Insya Allah kita takkan menangis kerana manusia. Percayalah! 

Mulai sekarang, selalu2 lah tulis level sayang dlm hati kita agar rating nya dalam hati kita selalu betul. Usaha lah dgn diiringi doa. Ingatlah, Allah tak pernah meninggalkan hambaNya, tapi kitalah yg sering lupa akanNya. Bila ditegur, kembalilah kepadaNya. Jom kita sama2 menggapai redhaNya insya Allah...

Istiqamah cemerlang ^^