Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Admire, Sayang, Understanding dan Cinta??? (I)

Tuesday, 24 December 2013 - - 1 Comments

Salamun alaihi alaik...

Lama dh tak update blog ni kan? Mintak maaf sebab ada masalah hati sikit. Niat husna dah menyimpang. Husna rasa macam tak layak utk brdakwah n rasa kecik sgt bila tgk page2 dan blog2 orang lain. Haha... Jahat betol mr. Setan ni! Takpe la, alhamdulillah husna dh berjaya hilangkan rasa tu lepas usaha sikit2... Tu yg ambik mc dr tulis blog kejap tu :p

Entri kali ni tak serious sgt sbb husna juz nak share pendapat Husna je... Masing2 ada pendapat sendiri dan berhak menyuarakan pendapat masing2 kan? Tapi jgn terlalu berpegang dan mempertahankan pendapat kita sampai ketepikan semua pendapat orang lain pulak... Itu namanya selfish n close minded! Haa...

Berdasarkan pemerhatian Husna sejak awal tahun, Husna baru terperasankan something mengenai hubungan antara manusia ni... Sejak tu Husna terus buat observation sampai hari ni. Alhamdulillah pagi tadi Husna dah dapat satu conclusion mudah. Tak tahu lah macam mana penerimaan orang lain pulak sbb husna belum cerita kt sape2 pon. Hehe..

Agak susah kot utk ceritakan melalui tulisan. Mungkin otak korang akan berbelit-belit. Takpela korang buat2 faham je la ekk... Haha :D

P/s: contoh2 watak tiada kaitan dgn yg masih di atas tanah atau pun yg sudah berada di bwh tanah. Harap maklum :p

Husna mula perasan bila ada kaitan dan hubungan antara kawan yg mcm ni :

CONTOH 1:-

- sugar bestfren dgn kitty
- cik crispy bestfren dgn showy
- miss t bestfren dgn penny

Hmm ceritanya mcm ni,
- Showy syg kan Cik Crispy tp Cik Crispy syg kan kitty.
- Cik Crispy syg kan Kitty tp Kitty syg kan Sugar.
- Kitty syg kan Sugar tp Sugar syg kan Miss T
- Penny syg kan Miss T tp Miss T syg kan Sugar.

Dah habis semua watak disebutkan? Nampak tak kaitan antara semua tu? Walaupun kita sygkan seseorang tu, kebanyakannya seseorang yg kita syg tu akn syg orang lain. Ini bukan salah dia, sebab Allah campakkan rasa syg tu ke dlm mana2 hati yg Dia nak. Pada Husna, condition syg dlm bahagian dan cara ini bukan dipanggil syg. Husna lebih menganggap hal ini sebagai 'ADMIRE'... Kenapa? Sebab apabila seseorang berjumpa dgn orang yg dia anggap 'sayang' tu, matanya akan berseri-seri dan cara pandangan akan berbeza.

Contoh drpd watak tadi adalah apabila,
- Sugar berjumpa dgn Miss T
- Cik Crispy berjumpa dgn Kitty
- Kitty berjumpa dgn Sugar
- Penny berjumpa dgn Miss T
- Showy berjumpa dgn Cik Crispy

Selain pandangan mata menunjukkan perbezaan, tingkah laku juga akan berubah. Kita akan cuba buat apa saja supaya org yg kita 'sayang' tu heppy n bahagia. Dan kita akan rasa seronok bila dia bagi respon yg baik kan? Cuba korang byangkan korang jumpa dgn artis yg korang gila-gilakan dan korang diberi masa utk bersama. Muka korang akan automatik berubah dan cuba menjadikan pertemuan tu suatu yg perfect kan? Itulah yg sebenarnya ADMIRE. Bukan syg... Sedar dan bukalah mata korang.

Lepas tu husna pelik jugak kenapa ada jugak hubungan mcm ni? Susah la mcm tu... Cuba korang renungkan balik, kalau setiap orang ada bestfren dan masing2 saling admire kan bestfren masing2? Tentu ada semangat assabiah kt situ kan? Masing2 mencari dn fokus pada best fren masing2... Mcm mana umat Islam nk saling contact dan berhubung? Subahanallah Maha Suci Allah...
Kenapa sekarang baru Husna perasan? Hebat sungguh perancangan Allah!!!

---------------------------------END OF ADMIRE----------------------------------

Kalau dah yg tu panggil admire, syg tu apa pulak??? Hmmm....

Bagi husna, sayang tu adalah apabila kita akan sentiasa memastikan seseorang yg kita syg tu selamat dunia akhirat, mcm yg sahabat Husna cakap.

"Nurul, duduk diam2!! Jangan goyang2 buaian tu!!..." kata ayah masa kitorang naik buaian gantung di Bukit Merah. Haha... Ayh naik buaian lagi satu kat belakang. Ayah sanggup jerit sebab takut kitorang jatuh.

Ayah seorang yg pendiam sanggup jerit di hadapan orang ramai.. Kenapa? Sebab risaukan keselamatan kitorang. Kenapa? Sebab ayah sayangkan anaknya. Nampak tak nilai sayang kat situ?

Kita mengaku kita sayang mak, sayang ayah. Tapi kita still melawan cakap diorang sekali-sekala. Bayangkan kalau tiba2 perompak acu pistol kt mak ayh kita? Mesti kita akan sanggup jadi ganti diorang kan? Adik2 kita? Abang kakak kita? Tak mungkin kita tak pernah bergaduh, buat mereka sakit hati, dan buat tak peduli je kat mereka... Mungkin kita jarang usaha utk buat mereka rasa heppy mcm kita buat utk orang yg kita 'admire'. Tapi,,, Keselamatan mereka adalah lebih utama drpd diri kita sendiri. Dan kita akan usaha utk buat mereka selamat di dunia dan selamat dr api neraka. Betul tak?

Itu dlm konteks family. Ada jugak sayang dalam kawan2 kan? Itu sudah pasti... Seorang yg sgt istimewa yg sudah dianggap sebagai family kita jugak :) sampai timbul perasaan saling menjaga mcm dlm family kan kan kan???
Wallahua'lam...

--------------------------------END OF SAYANG--------------------------------

Sehati Sejiwa dan Cinta macam mana pulak? Ikuti entri akan datang ;)

In Shaa Allah ^^

Level Sayang <3

Thursday, 28 November 2013 - - 0 Comments

Salam alaihi alaik...

Tajuk yg husna terfikir pada kali ni husna rasa agak menarik utk dibincangkan. Tajuk ni keluar lepas Husna dapat satu soalan daripada seorang sahabat yg bunyi nya mcm ni, "Ap mks0d sayang bg awk, cik Husna?"

Husna agak terkejut jugak lah dgn soalan dia ni. Dia nak test husna ni... Mulanya husna rasa malas nk jawab sbb husna tak taw nk jwb apa :p husna pun mula nak ngelat. Hehe... Husna kata " Syg ak byk level. Ko nk y mne? Haha" Lepas tu dia tak balas dah. Haha... Merajuk kot dia ni. Husna pun list kanlah level2 syg husna...

Level2nye
Allah
Muhammad
Al-Quran
Para sahabat
Mak ayh family adik2 kkk abg
Mk sedara ayh sedare bdk2 kecik uh
3 special people in my heart
Tulg rusuk kiri
Cikgu2
Kwn2
Diary ak
Enset ni
Knln
Musuh un ak syg...

Masa husna buat list ni husna rasa macam baru tersedarkan somtin... Husna rasa mcm serba salah nk send sebab rasa mcm ada yg tak kena dgn list tu. Terasa mcm menipu diri sendiri dan bila husna send husna akn menipu dia sekali. Masa husna mmg teragak2 tp husna send jugak. Kenapa husna rasa serba salah? Sebab masa husna buat list tu baru husna sedar yg level2 syg husna dlm hati ni tak sama dgn yg dlm list. Husna rasa betul2 bersalah n nak nangis... Husna dh salah letak org2 dlm list tu pada level yg tak betul dlm hati husna.

Husna baru sedar husna letak org tak sepatutnya di level atas sekali. Sebab, masa solat pun husna teringatkan dia. Husna betul2 rasa nk menangis. Sampai mcm tu sekali husna lupakan Allah :'( Tapi husna syukur sangat sbb Allah masih sudi lagi tegur Husna. Nampak tak betapa Allah kasihkan hambaNya? Allah tegur pulak tu melalui orang yg Husna salah letak tu. Subhanallah...

Memang bila orang tanya siapa yg paling kita cinta, kita akan jawab Allah dan Rasulnya. Tapi, benarkah ia betul2 dari hati kita? Kadang2 kita lupa. Kita tersilap tanpa kita sedar. Kita lebih mengasihi manusia... Manusia insab yg alpa. Iman kita naik turun. Tapi kita kena usaha utk maintain kan iman kita. Kalau kita betul2 meletakkan Allah nombor 1 dlm hati kita, Insya Allah kita takkan menangis kerana manusia. Percayalah! 

Mulai sekarang, selalu2 lah tulis level sayang dlm hati kita agar rating nya dalam hati kita selalu betul. Usaha lah dgn diiringi doa. Ingatlah, Allah tak pernah meninggalkan hambaNya, tapi kitalah yg sering lupa akanNya. Bila ditegur, kembalilah kepadaNya. Jom kita sama2 menggapai redhaNya insya Allah...

Istiqamah cemerlang ^^