Wujudkah Tuhan?
Thursday, 27 December 2012 - Labels: Abu Hanifah, akal, Anas bin Malik, Arasy, ateis, bukti, cerita hikmah, cerita islami, indahnya islam, kewujudan akal, kewujudan tuhan. allah wujud tanpa tempat, kisah teladan, Penipuan evolusi, Tuhan wujud, waras - 0 Comments
Abu Hanifah ialah cendiakawan Islam terkenal di sekitar tahun 699 Masihi hingga 767M. Beliau sempat belajar bersama tujuh orang sahabat Nabi Muhammad seperti Anas b. Malik dan Abdullah b. Haris. Aliran persefahamannya dalam islam masih wujud hingga sekarang yang dikenali sebagai mazhab Hanafi.
Pada suatu hari, Abu Hanifah dikunjungi oleh seorang lelaki yang masih muda remaja. Lelaki itu mempunyai masalah agama. Beliau datang dari jauh untuk berjumpa Abu Hanifah kerana ingin bertanya satu soalan.
"Tuan, adakah tuan pernah melihat Tuhan?"
"Maha Suci Tuhan! Tuhan tidak dapat dilihat dengan mata kasar walau dengan apa jua sekali pun," jelas Abu Hanifah dengan tegas.
Lelaki itu tidak berpuas hati. Dia mahu bertanya lagi, "Pernahkah tuan menyentuh, melihat, mendengar ataupun merasa Tuhan?"
Abu Hanifah menggelengkan kepala mendengar pertanyaan leaki tersebut. "Tuhan tidak sama dengan apa-apa jua yang terfikir dan tebayang oleh akal," jawab Abu Hanifah, mengharapkan agar lelaki itu faham.
Lelaki itu masih tidak berpuas hati. "Apabila Tuan tidak pernah melihat, mendengar dan merasa Tuhan, apakah bukti kewujudan Tuhan?"
Abu Hanifah tersenyum mendengar soalan anak muda itu. Beliau tidak memarahinya malah menjawab dengan penuh sopan.
"Pernahkah kamu melihat akalmu sendiri?"
"Tidak pernah," jawabnya dengan hati-hati.
"Pernahkah kamu mendengar suara akalmu?"
"Tidak pernah."
"Pernahkah kamu menyentuh atau merasa akalmu?
"Tidak pernah juga."
Lelaki itu berasa hairan dengan soalan-soalan pelik Abu Hanifah. Mustahil bagi manusia mendengar akalnya sendiri kecuali mendengar suara hati. Akal hanya boleh berfikir, tetapi tidak mengeluarkan suara. Mustahil bagi manusia melihat otaknya sendiri.
"Adakah kamu waras?" Abu Hanifah mengujinya.
"Sudah tentu saya waras," lelaki itu mula berasa tidak senang.
"Jadi, saudara ada akal?" Abu Hanifah menduga lagi.
"Tentulah saya ada akal!" lelaki itu mula hendak marah.
"Begitu jugalah dengan kewujudan Tuhan. Tuhan wujud, walaupun kita tidak dapat mengetahui dengan pancaindera kita" terang Abu Hanifah dengan penuh hikmah.
Lelaki itu tertunduk mendengarkan jawapan Abu Hanifah. Dia insaf kerana telah mempersoalkan kewujudan Tuhan. Abu Hanifah tidak memarahinya, malah memberi jawapan dengan sopan.
HIKMAH dari cerita
Allah taala sentiasa wujud azali dalam keadaan tiada suatupun yang bersama keazalian-Nya. Tiada suatu air pun, tiada suatu udara pun, tiada suatu bumi pun, tiada suatu langit pun, tiada suatu Kursi pun, tiada suatu Arasy pun, tiada suatu manusia pun, tiada suatu jin pun, tiada suatu malaikat pun, tiada suatu tempat pun dan tiada suatu masa pun bersama keazalian-Nya! Oleh itu, Allah taala wujud sebelum kewujudan tempat tanpa suatu tempat, dan Dia-lah yang telah mencipta tempat dan Arasy serta Dia tidak berhajat pun kepada ciptaan-Nya.
Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda:
“Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatupun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada suatupun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatupun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka tiada suatupun di bawah-Mu”. [Diriwayatkan oleh Muslim]
Penipuan Evolusi oleh Harun Yahya
Wednesday, 21 November 2012 - Labels: Adnan Oktar, agama suci, Darwinisme, fahaman, falsafah, Harun Yahya, ideologi, kehidupan, komunis, komunisme, materialisme, Penipuan evolusi - 0 Comments
Sebahagian masyarakat yang pernah mendengar tentang 'Teori Evolusi' atau 'Darwinisme' mungkin menyangka ia hanyalah sebuah konsep biologi sahaja dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam kehidupan mereka. Suatu kesilapan yang besar, kerana ia tidak hanya berkisar dengan kepentingan biologi sahaja, malah teori evolusi adalah suatu penyelewengan falsafah yang telah mempengaruhi ramai orang.
Falsafah ini adalah 'materialisme;, yang mengandungi kepalsuan tentang bagaimana kita datang. Matlamat utama materialisme tiada yang lain melainkan kebendaan dan kebendaan itulah intipati segalanya. Bermula dari persoalan pokok ini ia telah menolak kewujudan seorang Al-Khaled, iaitu Allah. Meletakkan segalanya pada status benda, anggapan ini menjadikan manusia satu makhluk yang hanya mengambil berat tentang kebendaan dan mengetepikan segala jenis nilai-nilai moral. ini adalah permulaan sebuah tragedi yang akan menimpa kehidupan manusia.
Bahaya materialisme tidak hanya terhad kepada individu sahaja, tetapi ia juga akan menghancurkan nilai-nilai asa yang dipegang oleh sesebuah negara dan masyarakat, seterusnya membentuk sebuah masyarakat yang tidak berjiwa dan hilang sensitivitinya, sehingga yang menjadi perhatian utama mereka ialah kebendaan. Memandangkan anggota sesebuah masyarakat itu boleh menerima fahaman-fahaman yang idea seperti semangat perjuangan, kecintaan kepada seseorang, keadilan, kemuliaan, amanah, kejujuran, pengorbanan atau moral-moral yang baik, susunan masyarakat yang diasaskan individu-individu ini telah ditakdirkan untuk dimusnahkan dalam masa yang singkat. Dengan sebab itu, materialisme merupakan satu daripada beberapa bahaya terhadap nilai-nilai asas politik atau masyarakat sesebuah negara.
Satu lagi keburukan materialisme ialah anjurannya terhadap keganasan dan perbalahan yang menyerang sesebuah negara dan masyarakatnya. Komunisme, pegangan asas ideologi ini, adalah hasil daripada falsafah materialis. Ia berusaha untuk membasmi fahaman-fahaman suci agama sesuatu negara dan keluarga, ia mengandungi asar ideologi bahawa setiap bentuk perbuatan-perbuatan yang terpisah secara langsung menentang struktur negeri yang bersatu.
Teori evolusi mengandungi asas saintifik materialisme yang menjadi sandaran fahaman komunis. Dengan merujuk kepada teori evolusi ini, komunis mencari kebenaran dirinya sendiri dan mendakwa bahawa ideologinya adalah yang paling tepat dan selamat. Sebab itulah, pengasas komunisme, Karl Marx menulis untuk buku Darwin bertajuk "The Origin of Species" yang membahaskan dasar teori evolusi sebagai "...ini adalah buku yang mengandungi asas sejarah semulajadi untuk panduan kita."
Dengan sebab itu, setiap fahaman materialisme yang menjadikan idea-idea Marx sebagai rujukan, sesungguhnya telah musnah kerana teori evolusinya telah dipatahkan hujahnya melalui kajian sains moden. Sains telah mebuktikan kesilapan teori ini dan akan terus membuktikan kesilapan andaian materialis yang beranggapan bahawa kewujudan itu tidak lain melainkan suatu benda (jisim), dan membayangkan bahawa setiap kejadian itu terhasil daripada satu kejadian yang lebih awal daripadanya (berperingkat-peringkat).
Perbincangan selanjutnya boleh dirujuk di buku Penipuan Evolusi oleh Harun Yahya (Adnan Oktar) =>
atau dapatkan tulisan-tulisan hebat Harun Yahya (Adnan Oktar), seorang intelektual Turki di laman web
=> http://saba.com.my/store/index.php?_a=viewCat&catId=104
Tujuan utama buku ini adalah untuk mendedahkan fakta-fakta saintifik yang menyanggah teori evolusi di dalam segenap lapangan dan memaklumkan kepada masyarakat tentang kepalsuan, penipuan, dan tujuan sebanar "sains"(evuolusi) ini, yang sememangnya telah jelas sebagai satu fakta yang sesat.
Wallahualam


