Admire, Sayang, Understanding dan Cinta??? (II)
Tuesday, 24 December 2013 - Labels: admire, hubungan hati, hubungan manusia, kisah hidup, memahami, mempunyai fikiran yang sama, pandangan, pendapat, perasaan, perbincangan, saling menguatkan, sekepala, ukhuwah islamiyah, understanding - 0 Comments
Salamun alaihi alaik...
Dlm entri yg lepas kita dah bincangkan pasal admire dan sayang. Ermm,,, lagi sekali husna tegaskan, ia hanyalah pada pandangan husna yg masih mentah dlm mengenal hidup ni... So, kalau tak setuju tu jgnlah pangkah terus ye.. Kalau lg baik, komenkan sikit dan share kan pandangan korang pulak. Mana taw boleh husna ambik pandangan korang pulak... Sharing is caring kan? ^_^
Understanding??? Gen Z takkan tak taw maksud understanding kan.. Kalau tak tahu jugak takpe, meh husna bagitaw. Ubderstanding tu maksudnya memahami, understand? So husna nak kaitkan dgn konteks dalam bersahabat. Tapi sebenarnya understanding dlm perhubungan ni luas. Boleh jadi antara family, kawan2, suami isteri, pekerja majikan dsb.
Ambik contoh diri sendiri pulak, husna dgn adik, firdaus selalu faham apa yg nak disampaikan. Kadang2 kitorang boleh bersembang hanya dgn pandangan mata. Dan orang yg mempunyai connection begini selalunya orang panggil 'sekepala'.
Pernah suatu hari tu masa kitorang tengah main kt taman, tiba2 datang guard india dgn kayu panjang dan misai yg melentik. Masa dia muncul kitorang dah start stare each other dgn senyuman penuh makna :p kitorang perhatikan guard tu sambil tahan senyum sampai guard tu disappeared. Elok je dia hilang, pecah gelak kitorang sampai rasanya dengar sampai ke kawasan kolam renang xD apa yg dalam kepala otak kitorang?? Biarlah rahsia... Haha.
Itu contoh bg saling memahami. Ada jugak yg kita faham orang tu tapi orang tu tak faham kita. Contohnya sorang sahabat husna yg husna selalu dapat teka apa yg dia maksudkan dan apa yg dia rasa walaupun dia cuba sorokkan apa dia rasa. Husna selalu dapat detect kalau dia ada problem. Dia sendiri yg mengaku dan dia selalu tanya macam mana husna boleh taw. Ikan emas, jawapannya adalah 'concern' dan hubungan hati. Husna sendiri pun tak taw macam mana husna boleh taw. Ada satu istilah yg digunakan menjelaskan keadaan ni. Dalam subjek syariah f4 ustazah pernah cakap pasal benda ni. Tapi husna tak ingat la =,=!!
Contoh yg orang lain faham husna tapi husna tak faham dia pon ada jugak. Husna akui ramai orang tak faham sesetengah benda yg husna cakap. Sebab terlalu byk tersirat. Haha... Tapi dia ni hebat la. Kadang tu benda yg husna mintak tolong dia buat dia boleh buat dgn perfect walaupun husna tak bgtaw tujuan n cara nk buat tu. Dan dia selalu faham apa yg husna nak sampaikan. Dan selalunya dia lah yg banyak advice husna. Bg husna advice dia rasional dan sesuai dgn keadaan husna. Walaupun cara dia cakap selalu buat orang terasa, husna tak. Sebab... Tak taw.
Contoh lain. Yang ni lebih kurang firdaus tapi bukan hanya sekepala macam firdaus. Sehati sejiwa + sekepala. Kat sekolah kawan2 panggil husna dgn dia ni suami isteri. Haha.. merepek je :p
Kitorang selalu buat benda-benda merapu sama-sama dan tukang kecoh dalam kelas. Walaupun dlm kecoh kitorang bekerjasama, tapi dlm soal hati pun kitorang sepakat. Dah 3 tahun kitorang ber 'suami isteri' baru sekarang husna sedar hakikat tu. Haha... Alhamdulillah sekarang dia dah banyak berubah dan dia kata teringin nak pakai purdah :) terbalik pulak. Dulu husna selalu advice dia pasal agama. Sekarang dia pulak yg suruh husna jgn pakai seluar jeans :p Tapi cara dia tegur berhikmah sangat... N tak taw kenapa husna yg susah terima nasihat ni rasa macam senang je nk ikut cakap dia. Maybe sebab cara dia suruh tu mmg masuk dgn cara yg husna nak. Sempoi tapi sampai ke hati. Dia lebih kepada mengajak berbanding menegah. Tak perlu dgn jelingan, dan menusuk hati. Rasulullah pun ajar kita cara menegur orang. Biarlah niat menegur tu semata-mata kerana Allah. Bukan kerana marah dll, in shaa allah orang tu lebih mudah menerima.
Macam dalam Ruh Ukhuway Islamiyah yg kita bincangkan dulu, umat Islam saling melengkapi dan menguatkan. Itulah hikmah Allah mengurniakan keistimewaan 'understanding'. Supaya kita dapat saling menolong, saling menasihati dan support each other.
--------------------------------END OF UNDERSTANDING-----------------------
Kemuncaknya,,, CINTA <3
Sambung kat cinta pulak pada entri akan datang yer... Hehe
In Shaa Allah ^^
Takwa Benteng Dosa
Monday, 25 November 2013 - Labels: bekalan rohaniah, Hilal Asyraf, Ka'ab bin Malik, kisah Umar, pengertian takwa, perbincangan, Sinergi, takwa - 0 Comments
Salam alaihi alaik...
Hari ni husna nk share sikit dgn korang pasal TAKWA. Husna baru terbaca pasal takwa ni dlm novel Sinergi karya Hilal Asyraf. Dah lama dah buku ni dlm rak buku adik husna tp husna mula minat nk baca buku ni bila Ketua Badar smka kerian request buku ni utk majlis tukar hadiah jamuan akhir tahun. Teringin nak tahu apa yg best nya buku ni. Hehe...
Ok jom mula!
Takwa adalah bekalan rohani yang terhebat bagi berangkat meneruskan perjalanan. Takwa diangkat sedemikian penting kerana dgn kewujudan takwa lah yg membantu kelangsungan ketaatan hamba kpd Allah. Dgn kewujudan takwa, barulah manusia boleh hidup menjunjung titah & meninggalkan laranganNya. Dan takwa adalah KUNCI ketaatan kpd Allah
Suatu hari, Umar al-Khattab bertanya kpd Ka'ab bin Malik mengenai erti takwa. Ka'ab bin Malik menjawab:
"Apakah kau pernah berjalan di suatu tempat penuh duri, wahai Umar?"
Sayidina Umar menjwb, pernah. Ka'ab bin Malik brtnya lagi, "Apakah yg kau lakukan?"
"Aku sinsingkan kainku agar tdk tercarik pd duri, kemudian aku berjalan berhati-hati agar tidak terpijak dgn mana2 duri itu."
"Ketahuilah Umar, bahawa itulah sebenarnya takwa."
Cerita itu menerangkan kpd kita bahawa takwa adalah rasa berhati-hati dan takut utk ingkar pada apa sahaja larangan Allah. Duri2 itu ibarat larangan Allah. Takwa ibarat perbuatan berhati-hati dan menyinsing kain kerana takut terpijak dan tercarik duri. Firman Allah:-
"Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kpd Allah dgn sebenar-benar ketakwaan."
(Ali Imran: 102)
Ok setakat tu sahaja dulu. Tulis panjang2 nty korang tak larat nk baca pulak. Nanti kita sambung perbincangan takwa ni dlm entri2 akn datang jika Allah izinkan Insyaallah...
Selamat meningkatkan bekalan rohaniah iaitu takwa ^^
Kaji Diri Anda
Tuesday, 25 December 2012 - Labels: kaji diri, kisah jenaka, motivasi, muhasabah diri, pendapat, pengajaran, penilaian, perbincangan, positif, pujian, refleksi diri, rumah tangga, tauladan, teman - 0 Comments
Ramai yang berasa sukar malah enggan melakukan kajian dirinya sendiri, membiarkan dirinya dewasa dalam kekurangan dan mundur dalam kematangan emosi dan rohani. Mereka menganggap tindakan mengkaji diri bermaksud membuka kelemahan dirinya selama ini. Lebih dahsyat lagi, ada banyak yanggapan serong yang kononnya kajian diri ini dapat dibeli, jadi mengapa bersusah-payah melakukannya? Bayar sahaja mana-mana konsultant ataupun orang lain bagi mengiakan dan sentiasa memuji setiap tindakan yang diambil, Semuanya pasti beres.
Seorang penulis kisah jenaka cuba menggambarkan reaksi seorang suami yang isterinya menghidapi demam selsema pada tahun kelapan perkahwinan mereka. Begini kisahnya:
- Tahun Kedua - "Sayang, saya berasa terganggu mendengar suara bersinmu. apalagi ketika saya benyak kerja di pejabat. Pergilah masuk tidur di bilik, sayang."
- Tahun Ketiga - "Mungkin dirimu perlu berehat sayang. kerana apabila demam, yang penting rehat. Kamu suka ayam bukan? Nanti saya minta pembantu rumah masakkan sedikit untukmu."
- Tahun Keempat - "Jagalah kesihatanmu sayang. Selesaikanlah kerjamu dulu dan siapkan anak-anak, selepas itu rehat, ya?"
- Tahun Kelima - "Kenapa tidak makan ubat jika sakit? Jangan main-main jika sakit. Suruh pembantu mengurutmu, mana tahu boleh sembuh."
- Tahun Keenam - "Makan ubat pun tidak sembuh-sembuh juga. Aduhai, kasihan anak-anak jika terkena jangkitan darimu. Mahu dibiar hidungmu tersumbat sepanjang malam? Cubalah sapu minyak angin supaya lega sedikit."
- Tahun Ketujuh -`"Apabila terbersin, tutuplah mulutmu... Nanti berjangkit pada orang lain. Kalau sakit, janganlah libatkan orang lain pula."
- Tahun Kelapan - "Memang keluargamu ada penyakit selesema ya? Cubalah pulang ke rumah keluargamu. Mungkin Kamu boleh cepat sembuh."
Thomas Carlyle pernah berkata, "Tugas kita yang terbesar bukanlah melihat apa yang nampak redup-redup di kajuhan, tetapi melakukan apa yang nampak jelas di hadapan mata."
Walaupun sudah nampak jelas, kajian diri perlu dilakukan. sebab bimbang kita sudah membajak sawah yang sudah tidak lurus lagi. Setidak-tidaknya, kajian diri memberi dorongan kepada kita untuk berjaya dengan lebih baik lagi. Ketika orang lain berkata mengenai prestasi dan keadaan diri kita yang semuanya baik tanpa kajian diri atau sebarang penilaian, berhati-hatilah. Ada kemungkinan seseorang itu mendekati kita dengan kejayaan, kekayaan atau kedudukan kita. Terimalah pendapat orang yang menyebut keadaanmu yang sebenarnya. Lakukan anjakan paradigma ke atas dirimu kemudiannya selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Selamat mengkaji diri !! \\(●*∩_∩*●)//
