Paku Di Kandang Kuda
Wednesday, 26 December 2012 - Labels: anger management, bijak, cerita motivasi, gagah, hadis kawal marah, kemarahan, motivasi, paku, paku di dinding hati, pemarah, pengajaran, penulisan islami, tips kawal marah - 0 Comments
Seorang ayah ingin menasihati anak lelakinya yang suka marah-marah. Pada suatu hari, anak lelakinya itu diajak pergi ke kandang kuda milik keluarga yang terletak di sebelah rumah. Setibanya di tepi kandang kuda, si ayah berkata kepada anaknya, "Anakku, jika kamu marah, ketuklah sebatang paku ke dalam pagar ini. Semakin kamu marah, ketuklah paku itu sekuat hati mu. Buatlah begitu." Semenjak itu, apabila si anak berasa marah, dia mengetuk sebatang paku pada pagar kandang kudanya. Mudah baginya melakukan perkara itu. Sebulan kemudian, si anak menunjukkan kepada bapanya hasil kerjanya itu dengan rasa bangga kerana paku yang ditanam semakin banyak.
Ayahnya berkata, "Sekarang, sekiranya kamu dapat menahan rasa marah itu dan tidak jadi marah, serta dapat memohon maaf daripada orang lain, cabut lah paku-paku itu satu persatu.. Buatlah begitu seterusnya." Si anak terus bersetuju tanpa mengetahui tujuan sebenar ayahnya menyuruhnya buat begitu.
Sebulan kemudian, ayahnya bertanya, "Adakah paku yang telah kau cabut?" "Ada ayah. saya sudah berjaya mencabut semua paku-paku itu sehingga habis," jawab si anak dengan tegas.
Ayahnya segera ke kandang kuda itu bersama si anak untuk melihat hasil kerjanya itu. Setibanya di sana, si ayah lantas berkata, "Memang semua paku sudah dicabut, namun ada bekas lubang yang masih jelas kelihatan. Begitulah hati orang yang kau marahi." Si anak lantas memahami apa yang ingin disampaikan ayahnya itu. Sejak itu, dia menjadi seorang yang lebih bersabar.
Iktibar daripada cerita:
Kawallah kemarahan anda kerana semasa kita memarahi sesorang, ia meninggalkan luka yang dalam pada diri orang yang dimarahi itu. Walaupun kita kemudiannya memohon maaf, hal itu tetap meninggalkan kesan di hati mereka.

Daripada Abu Hurairah RA, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Mengintai Redha Ilahi
Wednesday, 12 December 2012 - Labels: akhirat, ampun, dunia islam, motivasi islami, muhasabah, pengajaran, penulisan islami, Puisi islami, redha Ilahi, secebis rahmat, siksa neraka, taubat - 0 Comments
Aku insan biasa
Hamba-Nya yang tak luput dari dosa
Hidupku sentiasa dikelilingi dengan kejahialan
Duniaku penuh dengan keseronokan
Permulaan hidupku singgah di rahim bonda
Sebelum aku dijejakkan ke dunia
Banyak kelalaian yang aku temui di dunia
Banyak juga berlaku dusta dan aniaya di dalamnya
Kelalaian membuatkan ku lupa pada-Nya
Keseronokan hidup menjadikan ku seorang hamba yang alpa.
Sehingga apabila musibah melanda diri
Barulah aku tersedar dari buaian mimpi palsu duniawi
Selama ini, aku leka dari mengingati-Nya
Ku abaikan tanggungjawab ku sebagai seorang hamba
Aku terlalu taksub dan cinta akan dunia
Sehingga meluppakan akhirat yang bakal menjelma.

Dosa dan noda telah melingkari hati
Hanya pintu taubat sebagai penyembuh nurani
Hidayah itu hadiah dari Ilahi
Untuk aku kembali pada Yang Maha Esa.
Mati itu amat pasti
Kini, ku insafi kejahilan diri
Kembali bersujud kepada-Nya
Ingin ku kembali ke pangkal jalan Ilahi
Jalan kebenaran yang membawaku kepada redha-Nya
Ingin berpaling dari hidup yang bergelumang dosa
Namun ku tahu
Ku tak layak buat syurga-Mu
Tapi ku tak sanggup menanggung siksa neraka-Mu
Astaghfirullah..
Sesungguhnya hidupku kosong tanpa-Mu
Tanpa redha Yang Maha Kuasa
Ampunilah daku Ya Ghafur
Redhailah hidupku Ya Rahim
Masih adakah lagi secebis rahmat Ilahi buat hamba-Mu ini?
Masih adakah ruang untuk ku mengintai redha Ilahi??
Moga hidup dan matiku hanya untuk-Mu Ya Allah...
