Showing posts with label akhirat. Show all posts
Showing posts with label akhirat. Show all posts

Alam Kubur Tempat Pertama Alam Akhirat

Saturday, 12 October 2013 - - 0 Comments

Setelah manusia meninggal dunia, rohnya berpindah ke alam baharu yang bernama barzakh. Allah berfirman, "Dan di hadapan mereka ada barzakh sehingga hari mereka dibangkitkan" (Al-Mu'minun 23:100)

Hadis-hadis seringkali menyebut alam barzakh dengan sebutan 'alam kubur'. Hal ini mungkin kerana memandangkan tubuh manusia yang pada waktu itu umumnya berada di bawah tanah. Padahal sebenarnya roh manusia bukan lagi berada di alam dunia melainkan telah beralih ke alam berikutnya.

Keadaan manusia dalam alam itu sangat menentukan nasib dan tempatnya pada waktu kebangkitan nanti.
Diriwayatkan bahawa Usman bin Affan selalu menangis hingga janggutnya basah setiap kali beliau berdiri di hadapan kubur. Seseorang bertanya kepadanya, "Jika mengingatii syurga atau neraka tuan tidak menangis. namun jika mengingati kubur, mengapa tuan menangis?"

Beliau menjawab, "Rasulullah pernah bersabda, kubur adalah tempat Akhirat yang pertama. Jika dia selamat di tempat ini, maka tempat-tempat berikutnya akan dilalui dengan lebih mudah namun jika dia tidak selamat di tempat ini, maka tempat-tempat berikutnya akan dilalui dengan lebih sukar." Beliau juga berkata, Rasulullah juga bersabda, "Tidaklah aku melihat satu pemandangan yang lebih buruk maleinkan kubur lebih buruk daripadanya.
"

Mengintai Redha Ilahi

Wednesday, 12 December 2012 - - 0 Comments

Aku insan biasa
Hamba-Nya yang tak luput dari dosa
Hidupku sentiasa dikelilingi dengan kejahialan
Duniaku penuh dengan keseronokan
Permulaan hidupku singgah di rahim bonda
Sebelum aku dijejakkan ke dunia
Banyak kelalaian yang aku temui di dunia
Banyak juga berlaku dusta dan aniaya  di dalamnya
Kelalaian membuatkan ku lupa pada-Nya
Keseronokan hidup menjadikan ku seorang hamba yang alpa.

Sehingga apabila musibah melanda diri
Barulah aku tersedar dari buaian mimpi palsu duniawi
Selama ini, aku leka dari mengingati-Nya
Ku abaikan tanggungjawab ku sebagai seorang hamba
Aku terlalu taksub dan cinta akan dunia
Sehingga meluppakan akhirat yang bakal menjelma.

Dosa dan noda telah melingkari hati
Hanya pintu taubat sebagai penyembuh nurani
Hidayah itu hadiah dari Ilahi
Untuk aku kembali pada Yang Maha Esa.

Mati itu amat pasti
Kini, ku insafi kejahilan diri
Kembali bersujud kepada-Nya
Ingin ku kembali ke pangkal jalan Ilahi

Jalan kebenaran yang membawaku kepada redha-Nya
Ingin berpaling dari hidup yang bergelumang dosa

Namun ku tahu
Ku tak layak buat syurga-Mu
Tapi ku tak sanggup menanggung siksa neraka-Mu
Astaghfirullah..

Sesungguhnya hidupku kosong tanpa-Mu
Tanpa redha Yang Maha Kuasa
Ampunilah daku Ya Ghafur
Redhailah hidupku Ya Rahim

Masih adakah lagi secebis rahmat Ilahi buat hamba-Mu ini?
Masih adakah ruang untuk ku mengintai redha Ilahi??
Moga hidup dan matiku hanya untuk-Mu Ya Allah...

Tanda Kecil Datangnya Kiamat

Saturday, 8 December 2012 - - 0 Comments

Sebelum hari kiamat itu benar-benar datang dan terjadi maka akan terdapatlah tanda-tanda yg berupa berbagai macam peristiwa dan kejadian. Hal ini sesuai dengan keterangan Hadis Rasulullah yg bermaksud:


" Pda suatu hari Rasulullah keluar di hadapan orang ramai, lalu Baginda didatangi malaikat Jibril seraya berkata, 'Wahai Rasulullah bila saatnya datang hari kiamat?' Rasulullah menjawab, "Sesungguhnya orang yg bertanya lebih mengetahui daripada orang yg ditanya. Walaupun demikian saya akan jelaskan kepada kamu semuanya tntg tanda-tandanya sahaja, iaitu apabila perempuan hamba sahaya telah melahirkan tuannya, orang yg miskin tiba-tiba menjadi  pemimpin bagi orang ramai dan apabila pengembala kambing telah bermegah-megah dgn gedung-gedung yg mewah.."
(Hadis riwayat Ibn Abi Syaibah)

Berdasarkan keterangan dari hadis-hadis yg disebut, maka para ulama ada yang menyimpulkan, bahawa antara tanda-tanda kecil akan datangnya kiamat itu ialah: 

  1. Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini majikannya.
  2. Orang-orang miskin yg pekerjaannya mengembala kambing tiba-tiba menjadi pemimpin kpd orang ramai.
  3. Para pengembala bermegah-megah dgn tempat tinggal yg mewah. 
  4. Ilmu agama sudah tidak lagi dianggap penting.
  5. Ilmu agama sudah tidak lagi difahami dan dipelajari orang
  6. Perbuatan zina tersebar dimana-mana kerana telah mendapat izin rasmi daripada pemimpin.
  7. Minum minuman yg memabukkan merupakan suatu kebanggaan.
  8. Jumlah kaum lelaki lebih sedikit daripada kaum wanita dgn perbandingan lima puluh berbanding satu.
  9. Banyaknya kejadian gempa bumi
  10. Orang saling fitnah-menfitnah.
  11. Banyaknya terjadi pembunuhan
  12. Banyaknya harta setiap orang hingga bingung untuk membelanjakannya.
  13. Orang-orang yg sombong menjadi ketua negara
  14. Tidak ada seorang pun yg ingin membantu orang yg mengamalkan agama.
  15. Ramainya orang bodoh yg rajin beribadah sehingga mudah dirayu oleh iblis
  16. Masjid dibangunkan dengan pelbagai keindahan tapi sunyi dari solat berjemaah
  17. Banyaknya hujan yg turun tetapi tumbuh-tumbuhannya sedikit.
  18. Ramai orang-orang soleh meninggal dunia
  19. Ramai anak derhaka kepada orang tuanya.
  20. Orang- orang bodoh dianggap benar dan orang-orang jujur tidak dipercayai
  21. Orang mudah merasa berat untuk mengeluarkan zakat
  22. Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan.
  23. Ramainya anak luar nikah
  24. Kitab suci al-Quran dihina dan diremehkan
  25. Dan lain-lain
Tanda-tanda yg disebut kebanyakannya sudah berlaku kini. Oleh itu, bangkitlah dari lenamu dan kuatkan mental dan fizikal dengan bekalan amalmu untuk menghadapi tanda-tanda besar kiamat dan sebagai persediaan untuk menghadap Tuhan Yang Maha Esa. Wallahua'alam...

Saksikan telefilem Sebelum Kiamat arahan Murali Abdullah yg mampu membuka mata anda semua tentang kedatangan hari Kiamat yg semakin menghampiri kita semua. Moga terhibur (V)(^_^)(V)