Amnesia?? o_0
Wednesday, 27 November 2013 - Labels: Amalan dari Rasulullah, amnesia, cemerlang, doa amalan, doa ingatan, kejayaan, masalah ingatan, pelajar, rahsia genius, Sayidina Ali, tips - 0 Comments
Assalamualaikum wbt ...
Mesti korang pelik tgk tajuk entri kali ni kan? Salah blog ke? Takut termasuk ke blog kesihatan :p
Taklah... Betullah korang kt blog Nur Al-Husna :)
Tajuk tu husna terfikir bila teringatkan sorang kawan husna. Setelah hampir setahun bersahabat, Husna baru tahu dia ada masalah dalam mengingati peristiwa. Mulanya Husna agak marah bila benda2 lepas yg husna tanya dia tak tahu. Husna ingatkan dia saja buat2 tak tau. Rupanya ada masalah ingatan. Haha... Bayangkan dlm banyak2 soalan pasal kenangan lepas dgn dia, hanya 1 soalan yg dia boleh jwb, " Ak egt yg 2 kay!" haha...
Sejak husna tahu dia ni pelupa, husna selalu panggil dia amnesia bila dia tak ingat benda yg husna cakap. Kesian pulak bila tau dia mcm tu. Mintak maaf ye awak, lepas ni husna tak cakap cm tu dah. Sebab kata2 tukan doa... Tak nak lah dia amnesia betul2, nanti dia langsung tak ingat husna :'(
So Husna teringin la nk tolong dia. Husna send kt dia doa yg husna selalu amalkan. Doa ni husna mula amalkan sejak darjah 6. Masa tu mak mmg wajibkan anak2 dia hafal doa ni. Husna cuba amalkan mengikut yg disuruh. Kalau hari sekolah tu, husna cuma buat 3 kali. Lepas tu sambung setakat mana yg sempat sepanjang perjalanan ke sekolah. Tapi sekarang ni kan cuti sekolah, apa kata korang try amalkan sepenuhnya... Husna memang rasa sendiri effect doa ni. Alhamdulillah ingatan husna makin kuat. Lauk apa yg husna makan masa latihan memasak PPIM dulu pun husna ingat lagi. Ikan kicap dgn sambal belacan :p Sampai hari ni husna masih amalkan tapi tak sepenuhnya. Hehe.. So, husna tak naklah simpan sorang2 benda ni. Kita kena sama2 majukan umat Islam. Husna decide nk share dgn korang doa ni...
Cabar Diri Anda
Sunday, 23 December 2012 - Labels: cabar diri, challenge yourself, kehidupan, kejayaan, kualiti hidup, langkah mencabar, motivasi, sasaran, think positively, tingkatkan potensi - 0 Comments
Kejayaan adalah satu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Apabila kita telah tiba ke matlamat yang telah kita tetapkan, kita mula berasakan yang kita berada di zon selesa. Setelah beberapa ketika, kita rasa tiada apa lagi yang mencabar pada tahap tersebut. Kalu kita terus selesa berada di zon selesa itu, lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin melangkah ke hadapan lebih maju.
Oleh itu, mencabar diri perlu bagi kita untuk terus maju ke tahap yang lebih tinggi. Anda boleh mengambil dan mengamalkan langkah berikut untuk terus maju jaya dalam kehidupan (^_^)
Letakkan Sasaran yang Tinggi
Apabila suatu matlamat berjaya dicapai maka teruslah menetapkan matlamat seterusnya yang lebih tinggi lagi.Cemburu dengan Kejayaan Orang Lain
Lihatlah mereka yang lebih berjaya daripada kita. Kalau mereka boleh, kita pasti boleh! Untuk berjaya, kita perlu cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih daripada mereka. Ini dipanggil 'cemburu positif'. Kalau kita tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah tersebut, belajarlah daripada mereka yang telah berjaya kerana ia tidak akan merugikkan kita sedikit pun.Elakkan Sikap Cepat Berpuas Hati
'Sikap cepat berpuas hati' merupakan virus merbahaya yang sering menyerang sewaktu kita dalam proses mencabar diri. Akibat penyakit ini, kita sering berkata, "Ah, ini kira OK lah ni." Kita lupa bahawa orang lain mendapat berlipat ganda daripada OK kita itu.Soal Diri dengan Soalan Positif
Sering kita terfikir soalaan-soalan negatif dari benak fikiran kita seperti:-- Kenapalah aku gagal?
- Kenapa aku sentiasa malang?
- Kenapalah semua orang tidak sukakan aku?
- Apa yang belum aku lakukan lagi?
- Bagaimana aku hendak meningkatkan pencapaian aku?
- Di mana aku hendak belajar cara meningkatkan kemahiran dalam bidang ini?
- Siapa yang boleh bantu aku?
Tingkatkan 'Standard Anda'
Untuk maju ke hadapan, kita kena cabar diri untuk tingkatkan standard kita. Misalnya, cuba berkata kepada diri kita:- Tak standard lah jadi guru. 3 tahun dari sekarang aku kena berusaha untuk menjadi guru besar pula.
- Tidak standard lah selalu dapat gred B. Aku kena belajar rajin lagi untuk dapat gred A.
- Tidak standard lah solat sunat rawatib sahaja setiap hari. Aku kena cuba Qiamullail lah pula.
Ingatlah! kita hanya boleh hidup dalam 'standard' yang lebih tinggi apabila kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu untuk menampung standard tersebut. Jangan pula menjadi seperti 'biar papa asal bergaya'.
Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila ada kemampuan. Asal sahaja selesa itu tidak membuatkan kita lupa siapa diri kita yang sebenar dan semakin jauh dari Allah.

