Showing posts with label think positively. Show all posts
Showing posts with label think positively. Show all posts

Cabar Diri Anda

Sunday, 23 December 2012 - - 0 Comments

Kejayaan adalah satu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Apabila kita telah tiba  ke matlamat yang telah kita tetapkan, kita mula berasakan yang kita berada di zon selesa. Setelah beberapa ketika, kita rasa tiada apa lagi yang mencabar pada tahap tersebut. Kalu kita terus selesa berada di zon selesa itu, lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin melangkah ke hadapan lebih maju.

Oleh itu, mencabar diri perlu bagi kita untuk terus maju ke tahap yang lebih tinggi. Anda boleh mengambil dan mengamalkan langkah berikut untuk terus maju jaya dalam kehidupan (^_^)


Letakkan Sasaran yang Tinggi

Apabila suatu matlamat berjaya dicapai maka teruslah menetapkan  matlamat seterusnya yang lebih tinggi lagi.

Cemburu dengan Kejayaan Orang Lain

Lihatlah mereka yang lebih berjaya daripada kita. Kalau mereka boleh, kita pasti boleh! Untuk berjaya, kita perlu cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih daripada mereka. Ini dipanggil 'cemburu positif'. Kalau kita tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah tersebut, belajarlah daripada mereka yang telah berjaya kerana ia tidak akan merugikkan kita sedikit pun.

Elakkan Sikap Cepat Berpuas Hati

'Sikap cepat berpuas hati' merupakan virus merbahaya yang sering menyerang sewaktu kita dalam proses mencabar diri. Akibat penyakit ini, kita sering berkata, "Ah, ini kira OK lah ni." Kita lupa bahawa orang lain mendapat berlipat ganda daripada OK kita itu.

Soal Diri dengan Soalan Positif

Sering kita terfikir soalaan-soalan negatif dari benak fikiran kita seperti:-
  •  Kenapalah aku gagal?
  • Kenapa aku sentiasa malang?
  • Kenapalah semua orang tidak sukakan aku?
Cuba untuk soal diri dengan soalan-soalan positif yang boleh membina diri pula:-
  • Apa yang belum aku lakukan lagi?
  • Bagaimana aku hendak meningkatkan pencapaian aku?
  • Di mana aku hendak belajar cara meningkatkan kemahiran dalam bidang ini?
  • Siapa yang boleh bantu aku?
Bentuk soalan yang keluar dari benak fikiran kita inilah yangh membari impak kepada kejayaan kita dalam kehidupan. Oleh itu, berhati-hatilah dengan 'suara hati'. Nilai betul-betul soalan yang kita ajukan kepada diri kita sendiri kerana ia mampu meletakkan hala tuju kita sama ada kita akan terus maju atau melemahkan kita.

Tingkatkan 'Standard Anda'

Untuk maju ke hadapan, kita kena cabar diri untuk tingkatkan standard kita. Misalnya, cuba berkata kepada diri kita:

  • Tak standard lah jadi guru. 3 tahun dari sekarang aku kena berusaha untuk menjadi guru besar pula.
  • Tidak standard lah selalu dapat gred B. Aku kena belajar rajin lagi untuk dapat gred A.
  • Tidak standard lah solat sunat rawatib sahaja setiap hari. Aku kena cuba Qiamullail lah pula.
 Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau takbur, tetapi untuk membuatkan kita lebih berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup dan pencapaian kita demi memenuhi standard baru kita itu.

Ingatlah! kita hanya boleh hidup dalam 'standard' yang lebih tinggi apabila kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu untuk menampung standard tersebut. Jangan pula menjadi seperti 'biar papa asal bergaya'.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila ada kemampuan. Asal sahaja selesa itu tidak membuatkan kita lupa siapa diri kita yang sebenar dan semakin jauh dari Allah.

Jadilah seperti Pensil??

Monday, 10 December 2012 - - 0 Comments

Seorang pembuat pensil mengambil sebatang pensil yang masih belum dibungkus ke dalam kotak. "Ada lima benda kamu perlu tahu," dia mula berbicara kepada pensil itu. "Yang perlu kamu ingat dan jangan sesekali lupa sebelum aku jual kamu kepada manusia lain untuk diguna supaya kamu akan menjadi pensil terbaik yang kamu boleh jadi."


  1. "Kamu boleh buat macam-macam benda, tetapi hanya jika kamu dipegang oleh seseorang."
  2. "Kamu akan merasa kesakitan yg perit bila diasah dari semasa ke semasa, tapi kamu perlukan itu untuk menjadi pensil yg lebih bagus."
  3. "Kamu akan sentiasa boleh membetulkan setiap kesilapan yg kamu buat."
  4. "Dan yang paling penting, kamu akan sentiasa menjadi diri kamu sendiri."
  5. "Di setiap permukaan kamu diguna, kamu pasti meninggalkan kesan. Tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun, kamu mesti terus menulis."
Pensil itu memahami pesanannya dan berjanji untuk sentiasa mengingatinya lalu masuk ke dalam kotak dengan satu tujuan yg ikhlas dalam hatinya.

Sekarang,
Cuba gantikan pensil itu dengan diri anda. "Sentiasa ingat kesemuanya dan jangan sesekali lupa, supaya kamu akan menjadi manusia terbaik yang kamu boleh jadi.

  1. "Kamu boleh buat macam-macam benda, tetapi hanya jika kamu membenarkan dirimu berada dalam genggaman Tuhanmu."
  2. "Kamu akan merasa kesakitan yg perit bila diasah dari semasa ke semasa, dengan melalui pelbagai rintangan dalam kehidupan, tetapi kamu memerlukannya untuk membuatmu menjadi manusia yang lebih kuat."
  3. "Kamu akan sentiasa boleh membetulkan setiap kesilapan yg kamu buat."
  4. "Dan yang paling penting, kamu akan sentiasa menjadi diri kamu sendiri."
  5. "Di setiap permukaan kamu diguna, kamu pasti meninggalkan kesan. Tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun, kamu mesti terus melaksanakan tanggungjawabmu."
Benarkanlah diri anda untuk menerima perumpamaan ini untuk menggalakkan anda tahu bahawa anda adalah orang yang istimewa dan hanya anda boleh memenuhi tujuan yang anda telah dilahirkan untuk mencapai.Jangan sekali-kali membenarkan diri anda untuk menjadi penakut dan untuk berfikir bahawa hidup anda tidak penting dan anda tidak boleh membuat perubahan. ALWAYS THINK POSITIVELY...