Showing posts with label percaya. Show all posts
Showing posts with label percaya. Show all posts

Jangan lokek weyh!! >:O

Friday, 21 February 2014 - - 0 Comments

Salam alaihi alaik...
Lamanya tak update blog! Biasalah hidup budak ostel yg skema *peace! ^^
calon spm --->> focusing on SPM 2014. Insyallah.. Chaiyok!!! \(^_^)/

Ramai kwn2 husna yg husna jumpa, susah sgtt nk labur duit utk tolong or belanja kwn2 lain. Sedangkan makanan utk diri sendiri beli mcm tak ingat dunia! Kenapa eh? Ada yg ckp "duit tu ayah hang bg utk beli makanan hang, bkn utk orang lain"... Sedar kah diorang bahawa duit dari ayah yg kita sedekah kan dgn niat lillahi taala, kita dpt sedekah pahala utk ayah kita jugak. Berapa dah untung pahala yg kita dapat?

Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,  sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.  Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
(surah al-baqarah:261)

So this tyme husna nak share ngan korang the power of sodaqah. Pengalaman seorang hamba Allah yg merupakan kisah benar ;)

Assalamualaikum,

3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari.

Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari.

Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.

Bertemu Dengan Ramai Jutawan

Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan.

Mereka 'tersangat' kaya.

Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an.

Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan.

Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.

Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat.

Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.

Nasihat Dari Para Jutawan

Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.

Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?

Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.

"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."

Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.

Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.

Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.

Tiba tiba, bila saya buka beg duit.

Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?

Aduh !!!!!

Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika.

Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.

"Hmmm.... macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?" tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.

Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?

Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

"Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak."

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.

Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.

Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.

Allahuakbar.

Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.

Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.

Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.

Kali ini, saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."

Jangan takut untuk bersedekah.

Allah Allah.....

Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.

Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.

Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.

Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.

Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Kawan kawan semua.... Jom Bersedekah.

Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah."

Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.

Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm.... Lebih baik kita usah hidup.

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi selepas ini.

Wassalam

The Power of Istikharah

Thursday, 21 November 2013 - - 0 Comments

Assalamualaikum...

Husna nk citer pasal kuasa istikkharah ^^
Benda ni fest time husna rasa sepanjang bergelar seorang hamba Allah aka pelajar.
Selalunya orang kaitkan istikharah ni dgn jodoh kan?

Sebenarnya tak...  Allah sendiri suruh hambaNya minta petunjuk dr Dia kan? Kenapa?
Sbb sesungguhnya Allah tu Maha Mengetahui. Dia adalah pencipta kita jadi Dia tahu semuanya pasal kita. Dia tahu apa yang kita mahu dan apa yang terbaik untuk kita. Allah kan pernah berfirman,

“Diwajibkan atas kamu berperang, Padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh Jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”  (QS. Al-Baqarah : 216)

Sweet kan Allah? Dia selalu ada di saat kita memerlukan.. Tp kita hanya cari Dia bila kita memerlukan :'(

Ok lah nk start citer...
Citer dye macam ni, husna sekarang ni dah tinggal kat asrama.  Kat SMKA Kerian. Sekolah yg sekarang ni tengah mendadak naik namanya. Husna seronok dok sana, ramai sgt kawan2 yg friendly n penyayang. Tapi tak tau kenapa hati ni memberontak sangat nak pindah. Biasa la tu jiwa remaja. Memberontak je keje. Sesungguhnya mmg husna tak tau langsung kenapa husna nk pindah. Macam2 alasan tak  munasabah yg kluar padahal semua kelentong.

Akhirnya setelah hampir akhir tahun, hasrat husna tercapai. Setelah macam2 konflik melanda, ayah kne transfer tempat keje fan sbg nya, ayah izinkan husna pindah. Entah kenapa rasa tanak pindah pulak. Mengada2 sungguh hati ni! Haish... Ntah pahape je.. Ayah n mak ckp semua keputusan kt tangan husna.

Mmg taknak pindah tp mcm rugi pulak sebab ni adalah benda yg husna nk sgt dulu. Maybe Allah kabulkan doa husna. Tp still rasa mcm berat nk tinggalkan skolah tu dn kawan2.. Tgh pikir2 tu, mak pulak cakap yg skola yg husna nk pindah tu ada tempat kosong utk kelas first kelas 5 Ibn Khaldun. Semakin excited nk pindah skolah baru tp still berat nk tinggalkan skolah ni. Tp makin lama makin byk benda yg buat husna stress kt skolah ni. Kadang2 husna rse masalah2 tu semua mcm nk halau husna kluar. So husna tetapkan hati hantar borang pindah.

Tinggal seminggu je lagi nk habis skolah mse husna hantar surat pindah tu. Masa tu rasa mcm nk menjerit sangat2, "btol ke apa yg ak buat ni?" Tp dgn bangganya ckp dekat kawan yg slalu dengar problem husna, nama dia Wani "Aku dh hantar dh borang tu." Dia cakap "OK kalau ko rasa tu yg terbaik" Dia ni slalu suruh Husna buat istikharah. Husna dh buat dr dulu lg tapi tak dpt jawapan. Husna mcm dh give up. Tp Wani ckp mcm ni,

" solat istikharah..biar ALLAH yg tntukn...n please..jgn byk alsn..tu mksdnye ang dh cbr kekuasaan Allah tau..x nk jdi hmbe yg drhake kn..? "

Husna terus tersentap! Sejak tu husna terus buat n bersabar. Tp makin berat nk tinggalkan kawan2 especially Cokicoki (nme sbnr dirahsiakn) n pening pikirkan benda ni. Periksa akhir tahun pun husna malas nk fikir dah. Husna bukak buku ala kadar je. Terok kan?? Hari terakhir sebelum hari husna keluar dari sekolah tu cokicoki yg jarang sgt dtg dorm husna tu tiba2 dtg masa husna masuk masa husna nk pegi meeting dgn cgu n dia bg hadiah dan surat. Hadiah pertama rasanya dr dia XD  nasib baik masa tu husna dh habis kemas beg. Kalo tak nanti tak pasal2 jadi drama tengah2 dorm :p Ayat dia bagi buat husna nk nanges n bertambah rasa nk cancel. Tp boleh lg ke??? Ayt dye mcm ni, "Ko bohong ak an? Ko x pinda"
Disebabkan surat tu husna sampai lambat meeting. Malu :3

Esoknya husna bertolak...
Time tu lepas zohor jadi amat sedikit manusia yg masih bukak mata. Husna kejut jugak wani. Hadiah yg husna plan nk bg masa jamuan akhir tahun tu terpaksa husna bg time tu jugak. Cokicoki nanges... Tp sy bukan seorang yg reti memujuk :p semakin sy pujuk semakin sakit hati orang yg dipujuk. Haha... Lepas salam2 kereta pon bergerak.. Tak peduli dah orang bising dlm kereta tu. Pejam mata n pipi basah...

Masa cuti, satu hari tiba2 makcik pejabat skolah mintak cofirmation melalui sms. Semua orang yg husna mintak pendapat taknak tolong bg jawapan. Rasa macam nk tenggelamkan diri dlm tanah je masa tu. Tiba2 mak mesej "pilih lah ikut gerak hati" Then tiba2 husna teringat mimpi sehari sebelumnya. Mimpi tu sgt jelas dari A-Z. Yg lg hebatnya tiga jawapan terus husna dapat dlm mimpi tu. Subhanallah... Tak sia sia kan istikharah dan bersabar?

Yang penting selalu lah meletakkan kepercayaan kepada Allah kerana Allah Maha Mengetahui segala sesuatu... Selamat beristikharah dan menanti jawapan!
Ha! Lagi satu wani cakap... Petunjuk tu bkn hnya dapat melalui mimpi tp kadang2 gerak hati... Gud luck! ^^