Jangan terlalu membatas!
Friday, 29 November 2013 - Labels: anak muda, being me, kisah benar, kisah hidup, kisah imam dan anak lelaki, kisah pengislaman, lailahaillallah, muallaf, penceramah, seruan jihad, tegakkan Islam, the power of, tv al-hijrah, youth - 0 Comments
Assalamualaikum akhi/ukhti...
Sebenarnya hari ni byk sgt tajuk yg husna nak kongsi sampai tak tau nak pilih yg mana satu. Rasa macam nak sambung perbincangan takwa hari tu, tapi tiba2 terjumpa tajuk yg lebih menarik. Sebenarnya tajuk kali ni dtg dari ceramah seorang muallaf yg lahir di India dan tinggal di California. Husna tgk dia punya ceramah ni kat tv al-hijrah Being Me. Cara dia ceramah sgt seportin dn terasa kena tembak tepat ke batang hidung. Hehe...
Dia kongsi byk cerita tp yg husna sempat dgr sepenuhnya dn ingat sket ialah cerita yg husna nk kongsikan dgn korang semua hari ni. Cerita dia mcm ni...
Kisahnya mengenai seorang imam dan anak lelakinya yg berusia 11 tahun. Setiap hari Jumaat, imam dan anaknya itu akan keluar mengedarkan risalah "Jalan menuju syurga" kpd orang ramai sebagai usaha menyebarkan dakwah serta keagungan Allah. Anaknya itu sentiasa bersemangat mengikut ayahnya mengedar risalah tanpa pernah mengeluh.
Suatu hari pada hari Jumaat, hujan turun dgn sangat lebat. Imam berasa tidak perlu mengedar pada hari itu kerana cuaca tidak mengizinkan. Tetapi si anak tetap bersemangat mengedar risalah.
Anak : Ayah jomlah kita edar risalah kepada orang ramai macam biasa!
Imam : Tidak anakku, hujan sangat lebat di luar. Tak mungkin ayah larat mengedar dalam cuaca begitu. Kalau ayah pengsan, siapa yang akan angkat ayah?
Anak : Kalau begitu izinkan saya keluar mengedar sendirian ya ayah?
Anak lelakinya tetap berdegil ingin menyebar dakwah.
Ayah : Baiklah tetapi kamu perlu berhati-hati.
Imam akhirnya melepaskan anak lelakinya pergi diiringi doa keselamatan darinya.
Budak lelaki tu pun terus mengedar risalah tersebut dari rumah ke rumah dengan wajah ceria dan penuh semangat. Setelah 2 jam mengedar, akhirnya tinggal senaskah lagi risalah yg masih belum diedarkan. Dia tiba di suatu kawasan tetapi tiada sesiapa di situ. Dia nekad hendak menghabiskan edaran tersebut lalu berlari ke kawasan perumahan.
Apabila tiba di suatu rumah, dia menekan loceng beberapa kali namun tiada siapa yg membuka pintu. Semasa dia hendak melangkah pergi dari rumah itu, dia berasa seperti ada yg menghalangnya dari pergi. Dia memutuskan menekan loceng lagi. Tiada jawapan. Lalu dia memukul-mukul pintu itu lebih kuat. Akhirnya usahanya berhasil. Seorang perempuan tua muncul di muka pintu dlm keadaan lemah. Anak lelaki itu terus berkata "Assalamualaikum. Allah menyayangimu dan sentiasa ada untukmu. Risalah ini mengandungi cara buatmu mengenalinya dan bimbingan mencapai bahagia." Setelah menyerahkan risalah tersebut, dia segera pulang ke rumah kerana cuaca yg tersangat sejuk.
Pada Jumaat seterusnya, setelah selesai berkhutbah, Imam tersebut bertanya, "Ada sesiapa yg nak berkongsi apa2?" Tiada yg menjawab. Tiba-tiba berdiri seorang wanita tua di saf belakang lalu berkata,
"Assalamualaikum. Tiada sesiapa di sini yg mengenali saya. Jumaat lepas saya bukanlah seorang muslimah. 2 tahun lepas suami saya meninggal dunia dan meninggalkan saya keseorangan. Saya berasa sangat sunyi kerana tiada siapa yg mempedulikan saya. Saya mengambil keputusan membunuh diri untuk menamatkan penderitaan saya. Pada hari Jumaat lepas, saya mengikat tali pada kipas dan berdiri di atas kerusi. Saya ingin menggantung diri. Ketika saya mengikat tali pada leher, saya terdengar bunyi loceng. Saya menghiraukannya kerana tiada siapa pernah menjenguk saya selepas kematian suami. Saya berfikir orang itu akan beredar sebentar lagi. Tapi saya hairan kerana loceng tidak henti dibunyikan dan pintu diketuk bertubi-tubi. Saya melepaskan tali di leher dan perlahan-lahan membuka pintu. Saya melihat seorang budak lelaki yg bersinar-sinar wajahnya. Dia menyerahkan sebuah risalah yg menarik minat saya. Setelah membaca risalah tersebut, saya menangis dan terus berminat memeluk Islam. Saya membuang kerusi dan tali tadi kerana saya sudah tidak lagi memerlukannya. Disebabkan itu kini saya berada bersama anda semua."
Imam tadi terus berdiri dan menuju ke arah anak lelakinya yg berada disaf paling hadapan. Dia memeluk anaknya sambil menangis teresak-esak.
-THE END-
Okeh! Pengajarannya kt sini~~
- Ibu bapa sepatutnya tak boleh menyekat anak2 melaksanakan impian mereka kerana mereka mungkin mampu mengubah dunia! Berilah kepercayaan kpd mrka dn jgn terlalu menyekat kerana anak2 sebenarnya memiliki pemikiran yg luas
- Korang yg bergelar anak2 pulak jgn pernah hancurkan kepercayaan yg mak n ayh kita bagi. Kita yg masih muda sepatutnya punya matlamat dn impian yg luar biasa yg mampu menggempar dunia! Ayuh anak muda kita sama2 bangunkan syiar Islam. Tinggalkn senjata2 yahudi yg merosakkan kita sekarang ni. Kata penceramah td, komputer dn tv yg menyempitkn pemikiran anak2 yg sebenarnya sgt kreatif dn luas. Jadikan al-quran dn buku shbt kita. Dn gunakn senjata yahudi sbg senjata kita utk hancurkan mereka. Sebarkan dakwah anda tanpa fikir siapa anda dan berapa usia anda kerana ANDA telah menerima amanah dari Allah utk menyebarkan kalimah 'LAILAHA ILLA ALLAH'... Anda takut? Lupakan syurga...
Takbir! Allahu Akbar ^^
The Power of Istikharah
Thursday, 21 November 2013 - Labels: Allah, bersabar, gerak hati, istikharah, maha mengetahui, mimpi, percaya, perpisahan, petunjuk, the power of - 0 Comments
Assalamualaikum...
Husna nk citer pasal kuasa istikkharah ^^
Benda ni fest time husna rasa sepanjang bergelar seorang hamba Allah aka pelajar.
Selalunya orang kaitkan istikharah ni dgn jodoh kan?
Sbb sesungguhnya Allah tu Maha Mengetahui. Dia adalah pencipta kita jadi Dia tahu semuanya pasal kita. Dia tahu apa yang kita mahu dan apa yang terbaik untuk kita. Allah kan pernah berfirman,
“Diwajibkan atas kamu berperang, Padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh Jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah : 216)
Sweet kan Allah? Dia selalu ada di saat kita memerlukan.. Tp kita hanya cari Dia bila kita memerlukan :'(
Ok lah nk start citer...
Citer dye macam ni, husna sekarang ni dah tinggal kat asrama. Kat SMKA Kerian. Sekolah yg sekarang ni tengah mendadak naik namanya. Husna seronok dok sana, ramai sgt kawan2 yg friendly n penyayang. Tapi tak tau kenapa hati ni memberontak sangat nak pindah. Biasa la tu jiwa remaja. Memberontak je keje. Sesungguhnya mmg husna tak tau langsung kenapa husna nk pindah. Macam2 alasan tak munasabah yg kluar padahal semua kelentong.
Akhirnya setelah hampir akhir tahun, hasrat husna tercapai. Setelah macam2 konflik melanda, ayah kne transfer tempat keje fan sbg nya, ayah izinkan husna pindah. Entah kenapa rasa tanak pindah pulak. Mengada2 sungguh hati ni! Haish... Ntah pahape je.. Ayah n mak ckp semua keputusan kt tangan husna.
Mmg taknak pindah tp mcm rugi pulak sebab ni adalah benda yg husna nk sgt dulu. Maybe Allah kabulkan doa husna. Tp still rasa mcm berat nk tinggalkan skolah tu dn kawan2.. Tgh pikir2 tu, mak pulak cakap yg skola yg husna nk pindah tu ada tempat kosong utk kelas first kelas 5 Ibn Khaldun. Semakin excited nk pindah skolah baru tp still berat nk tinggalkan skolah ni. Tp makin lama makin byk benda yg buat husna stress kt skolah ni. Kadang2 husna rse masalah2 tu semua mcm nk halau husna kluar. So husna tetapkan hati hantar borang pindah.
Tinggal seminggu je lagi nk habis skolah mse husna hantar surat pindah tu. Masa tu rasa mcm nk menjerit sangat2, "btol ke apa yg ak buat ni?" Tp dgn bangganya ckp dekat kawan yg slalu dengar problem husna, nama dia Wani "Aku dh hantar dh borang tu." Dia cakap "OK kalau ko rasa tu yg terbaik" Dia ni slalu suruh Husna buat istikharah. Husna dh buat dr dulu lg tapi tak dpt jawapan. Husna mcm dh give up. Tp Wani ckp mcm ni,
" solat istikharah..biar ALLAH yg tntukn...n please..jgn byk alsn..tu mksdnye ang dh cbr kekuasaan Allah tau..x nk jdi hmbe yg drhake kn..? "
Husna terus tersentap! Sejak tu husna terus buat n bersabar. Tp makin berat nk tinggalkan kawan2 especially Cokicoki (nme sbnr dirahsiakn) n pening pikirkan benda ni. Periksa akhir tahun pun husna malas nk fikir dah. Husna bukak buku ala kadar je. Terok kan?? Hari terakhir sebelum hari husna keluar dari sekolah tu cokicoki yg jarang sgt dtg dorm husna tu tiba2 dtg masa husna masuk masa husna nk pegi meeting dgn cgu n dia bg hadiah dan surat. Hadiah pertama rasanya dr dia XD nasib baik masa tu husna dh habis kemas beg. Kalo tak nanti tak pasal2 jadi drama tengah2 dorm :p Ayat dia bagi buat husna nk nanges n bertambah rasa nk cancel. Tp boleh lg ke??? Ayt dye mcm ni, "Ko bohong ak an? Ko x pinda"
Disebabkan surat tu husna sampai lambat meeting. Malu :3
Esoknya husna bertolak...
Time tu lepas zohor jadi amat sedikit manusia yg masih bukak mata. Husna kejut jugak wani. Hadiah yg husna plan nk bg masa jamuan akhir tahun tu terpaksa husna bg time tu jugak. Cokicoki nanges... Tp sy bukan seorang yg reti memujuk :p semakin sy pujuk semakin sakit hati orang yg dipujuk. Haha... Lepas salam2 kereta pon bergerak.. Tak peduli dah orang bising dlm kereta tu. Pejam mata n pipi basah...
Masa cuti, satu hari tiba2 makcik pejabat skolah mintak cofirmation melalui sms. Semua orang yg husna mintak pendapat taknak tolong bg jawapan. Rasa macam nk tenggelamkan diri dlm tanah je masa tu. Tiba2 mak mesej "pilih lah ikut gerak hati" Then tiba2 husna teringat mimpi sehari sebelumnya. Mimpi tu sgt jelas dari A-Z. Yg lg hebatnya tiga jawapan terus husna dapat dlm mimpi tu. Subhanallah... Tak sia sia kan istikharah dan bersabar?
Yang penting selalu lah meletakkan kepercayaan kepada Allah kerana Allah Maha Mengetahui segala sesuatu... Selamat beristikharah dan menanti jawapan!
Ha! Lagi satu wani cakap... Petunjuk tu bkn hnya dapat melalui mimpi tp kadang2 gerak hati... Gud luck! ^^
