Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Cinta Abadi Cinta Hakiki

Saturday, 30 November 2013 - - 0 Comments

Assalamualaikum...

Walaupun husna rasa macam tak larat hari ni Husna tetap cuba menggagahkan jari2 ni menaip demi berkongsi sedikit sebanyak ilmu dgn korang semua.

Walaupun tak hebat mana dn sambutan tak menggalakkan husna tak kisah sebab bkn tu tujuan husna buat blog ni. Husna tetap nak teruskan dakwah husna melalui blog ni sbb husna tau peluang husna berdakwah kt luar sikit sgt sbb husna ni seorang yg penakut. Haha... Dah latu sesi meluahkan perasaan.

Husna juz nak share puisi yg minggu lepas husna buat sebab husna mmg tak larat nk karang entri baru. Tgk blog ni, tajuk pun takde, burung pon tersesat kt atas tu. Sebenarnya blog ni under maintenance. Hehe...  Blog tgh renovate tiba2 pulak enjin kepala broke down. Berdenyut2 kepala ni. Telan ubat lagi... =,=!!

Okeh puisi ni husna buat sekali dgn puisi bintang hari tu. Masa tu husna tgh frust. Haha.... Tapi bila baca balik puisi ni tadi, husna tersentap. Rasa mcm kena tembak tepat kt batang idong. Semoga puisi ni dpt bukak mata hati kita semua kerana hanya mata hati mampu melihat jalan fitrah...

Sedarlah Dari Mimpimu

Kau terasa bahagia
Kau berasa nikmat
Kau merasa disayangi
Kau menganggap
Kau telah memiliki segalanya


Bangun manusia!
Bukalah mata dan hatimu
Sedarlah kau ditipu
Ditipu syaitan
Ditipu nafsu
Ditipi dirimu sendiri


Hingga kau lupa
Siapa dirimu
Siapa penciptamu
Untuk apa kai dicipta
Dan kenapa kau di sini


Kau tak pernah sedar
Siapa yg selalu di sisimu
Siapa yg selalu ada untukmu
Siapa yg tak pernah jemu menyayangimu
Kerana terlalu sibuk menagih kasih manusia


Kembalilah insan
Kembali kpd Penciptamu
Yg tak pernah bosan memaafkan
Yg tak pernah jemu menunggumu
Kembali dlm dakapan kasihNya
Cinta yg abadi dan hakiki


Buat renungan bersama ^^

Jangan terlalu membatas!

Friday, 29 November 2013 - - 0 Comments

Assalamualaikum akhi/ukhti...

Sebenarnya hari ni byk sgt tajuk yg husna nak kongsi sampai tak tau nak pilih yg mana satu. Rasa macam nak sambung perbincangan takwa hari tu, tapi tiba2 terjumpa tajuk yg lebih menarik. Sebenarnya tajuk kali ni dtg dari ceramah seorang muallaf yg lahir di India dan tinggal di California. Husna tgk dia punya ceramah ni kat tv al-hijrah Being Me. Cara dia ceramah sgt seportin dn terasa kena tembak tepat ke batang hidung. Hehe...

Dia kongsi byk cerita tp yg husna sempat dgr sepenuhnya dn ingat sket ialah cerita yg husna nk kongsikan dgn korang semua hari ni. Cerita dia mcm ni...

Kisahnya mengenai seorang imam dan anak lelakinya yg berusia 11 tahun. Setiap hari Jumaat, imam dan anaknya itu akan keluar mengedarkan risalah "Jalan menuju syurga" kpd orang ramai sebagai usaha menyebarkan dakwah serta keagungan Allah. Anaknya itu sentiasa bersemangat mengikut ayahnya mengedar risalah tanpa pernah mengeluh.

Suatu hari pada hari Jumaat, hujan turun dgn sangat lebat. Imam berasa tidak perlu mengedar pada hari itu kerana cuaca tidak mengizinkan. Tetapi si anak tetap bersemangat mengedar risalah.

Anak : Ayah jomlah kita edar risalah kepada orang ramai macam biasa!

Imam : Tidak anakku, hujan sangat lebat di luar. Tak mungkin ayah larat mengedar dalam cuaca begitu. Kalau ayah pengsan, siapa yang akan angkat ayah?

Anak : Kalau begitu izinkan saya keluar mengedar sendirian ya ayah?

Anak lelakinya tetap berdegil ingin menyebar dakwah.

Ayah : Baiklah tetapi kamu perlu berhati-hati.

Imam akhirnya melepaskan anak lelakinya pergi diiringi doa keselamatan darinya.

Budak lelaki tu pun terus mengedar risalah tersebut dari rumah ke rumah dengan wajah ceria dan penuh semangat. Setelah 2 jam mengedar, akhirnya tinggal senaskah lagi risalah yg masih belum diedarkan. Dia tiba di suatu kawasan tetapi tiada sesiapa di situ. Dia nekad hendak menghabiskan edaran tersebut lalu berlari ke kawasan perumahan.

Apabila tiba di suatu rumah, dia menekan loceng beberapa kali namun tiada siapa yg membuka pintu. Semasa dia hendak melangkah pergi dari rumah itu, dia berasa seperti ada yg menghalangnya dari pergi. Dia memutuskan menekan loceng lagi. Tiada jawapan. Lalu dia memukul-mukul pintu itu lebih kuat. Akhirnya usahanya berhasil. Seorang perempuan tua muncul di muka pintu dlm keadaan lemah. Anak lelaki itu terus berkata "Assalamualaikum. Allah menyayangimu dan sentiasa ada untukmu. Risalah ini mengandungi cara buatmu mengenalinya dan bimbingan mencapai bahagia." Setelah menyerahkan risalah tersebut, dia segera pulang ke rumah kerana cuaca yg tersangat sejuk.

Pada Jumaat seterusnya, setelah selesai berkhutbah, Imam tersebut bertanya, "Ada sesiapa yg nak berkongsi apa2?" Tiada yg menjawab. Tiba-tiba berdiri seorang wanita tua di saf belakang lalu berkata,

"Assalamualaikum. Tiada sesiapa di sini yg mengenali saya. Jumaat lepas saya bukanlah seorang muslimah. 2 tahun lepas suami saya meninggal dunia dan meninggalkan saya keseorangan. Saya berasa sangat sunyi kerana tiada siapa yg mempedulikan saya. Saya mengambil keputusan membunuh diri untuk menamatkan penderitaan saya. Pada hari Jumaat lepas, saya mengikat tali pada kipas dan berdiri di atas kerusi. Saya ingin menggantung diri. Ketika saya mengikat tali pada leher, saya terdengar bunyi loceng. Saya menghiraukannya kerana tiada siapa pernah menjenguk saya selepas kematian suami. Saya berfikir orang itu akan beredar sebentar lagi. Tapi saya hairan kerana loceng tidak henti dibunyikan dan pintu diketuk bertubi-tubi. Saya melepaskan tali di leher dan perlahan-lahan membuka pintu. Saya melihat seorang budak lelaki yg bersinar-sinar wajahnya. Dia menyerahkan sebuah risalah yg menarik minat saya. Setelah membaca risalah tersebut, saya menangis dan terus berminat memeluk Islam. Saya membuang kerusi dan tali tadi kerana saya sudah tidak lagi memerlukannya. Disebabkan itu kini saya berada bersama anda semua."

Imam tadi terus berdiri dan menuju ke arah anak lelakinya yg berada disaf paling hadapan. Dia memeluk anaknya sambil menangis teresak-esak.

-THE END-

Okeh! Pengajarannya kt sini~~
- Ibu bapa sepatutnya tak boleh menyekat anak2 melaksanakan impian mereka kerana mereka mungkin mampu mengubah dunia! Berilah kepercayaan kpd mrka dn jgn terlalu menyekat kerana anak2 sebenarnya memiliki pemikiran yg luas
- Korang yg bergelar anak2 pulak jgn pernah hancurkan kepercayaan yg mak n ayh kita bagi. Kita yg masih muda sepatutnya punya matlamat dn impian yg luar biasa yg mampu menggempar dunia! Ayuh anak muda kita sama2 bangunkan syiar Islam. Tinggalkn senjata2 yahudi yg merosakkan kita sekarang ni. Kata penceramah td, komputer dn tv yg menyempitkn pemikiran anak2 yg sebenarnya sgt kreatif dn luas. Jadikan al-quran dn buku shbt kita. Dn gunakn senjata yahudi sbg senjata kita utk hancurkan mereka. Sebarkan dakwah anda tanpa fikir siapa anda dan berapa usia anda kerana ANDA telah menerima amanah dari Allah utk menyebarkan kalimah 'LAILAHA ILLA ALLAH'... Anda takut? Lupakan syurga...

Takbir! Allahu Akbar ^^

Level Sayang <3

Thursday, 28 November 2013 - - 0 Comments

Salam alaihi alaik...

Tajuk yg husna terfikir pada kali ni husna rasa agak menarik utk dibincangkan. Tajuk ni keluar lepas Husna dapat satu soalan daripada seorang sahabat yg bunyi nya mcm ni, "Ap mks0d sayang bg awk, cik Husna?"

Husna agak terkejut jugak lah dgn soalan dia ni. Dia nak test husna ni... Mulanya husna rasa malas nk jawab sbb husna tak taw nk jwb apa :p husna pun mula nak ngelat. Hehe... Husna kata " Syg ak byk level. Ko nk y mne? Haha" Lepas tu dia tak balas dah. Haha... Merajuk kot dia ni. Husna pun list kanlah level2 syg husna...

Level2nye
Allah
Muhammad
Al-Quran
Para sahabat
Mak ayh family adik2 kkk abg
Mk sedara ayh sedare bdk2 kecik uh
3 special people in my heart
Tulg rusuk kiri
Cikgu2
Kwn2
Diary ak
Enset ni
Knln
Musuh un ak syg...

Masa husna buat list ni husna rasa macam baru tersedarkan somtin... Husna rasa mcm serba salah nk send sebab rasa mcm ada yg tak kena dgn list tu. Terasa mcm menipu diri sendiri dan bila husna send husna akn menipu dia sekali. Masa husna mmg teragak2 tp husna send jugak. Kenapa husna rasa serba salah? Sebab masa husna buat list tu baru husna sedar yg level2 syg husna dlm hati ni tak sama dgn yg dlm list. Husna rasa betul2 bersalah n nak nangis... Husna dh salah letak org2 dlm list tu pada level yg tak betul dlm hati husna.

Husna baru sedar husna letak org tak sepatutnya di level atas sekali. Sebab, masa solat pun husna teringatkan dia. Husna betul2 rasa nk menangis. Sampai mcm tu sekali husna lupakan Allah :'( Tapi husna syukur sangat sbb Allah masih sudi lagi tegur Husna. Nampak tak betapa Allah kasihkan hambaNya? Allah tegur pulak tu melalui orang yg Husna salah letak tu. Subhanallah...

Memang bila orang tanya siapa yg paling kita cinta, kita akan jawab Allah dan Rasulnya. Tapi, benarkah ia betul2 dari hati kita? Kadang2 kita lupa. Kita tersilap tanpa kita sedar. Kita lebih mengasihi manusia... Manusia insab yg alpa. Iman kita naik turun. Tapi kita kena usaha utk maintain kan iman kita. Kalau kita betul2 meletakkan Allah nombor 1 dlm hati kita, Insya Allah kita takkan menangis kerana manusia. Percayalah! 

Mulai sekarang, selalu2 lah tulis level sayang dlm hati kita agar rating nya dalam hati kita selalu betul. Usaha lah dgn diiringi doa. Ingatlah, Allah tak pernah meninggalkan hambaNya, tapi kitalah yg sering lupa akanNya. Bila ditegur, kembalilah kepadaNya. Jom kita sama2 menggapai redhaNya insya Allah...

Istiqamah cemerlang ^^

Amnesia?? o_0

Wednesday, 27 November 2013 - - 0 Comments

Assalamualaikum wbt ...
Mesti korang pelik tgk tajuk entri kali ni kan? Salah blog ke? Takut termasuk ke blog kesihatan :p
Taklah... Betullah korang kt blog Nur Al-Husna :)
Tajuk tu husna terfikir bila teringatkan sorang kawan husna. Setelah hampir setahun bersahabat, Husna baru tahu dia ada masalah dalam mengingati peristiwa. Mulanya Husna agak marah bila benda2 lepas yg husna tanya dia tak tahu. Husna ingatkan dia saja buat2 tak tau. Rupanya ada masalah ingatan. Haha... Bayangkan dlm banyak2 soalan pasal kenangan lepas dgn dia, hanya 1 soalan yg dia boleh jwb, " Ak egt yg 2 kay!" haha...
Sejak husna tahu dia ni pelupa, husna selalu panggil dia amnesia bila dia tak ingat benda yg husna cakap. Kesian pulak bila tau dia mcm tu. Mintak maaf ye awak, lepas ni husna tak cakap cm tu dah. Sebab kata2 tukan doa... Tak nak lah dia amnesia betul2, nanti dia langsung tak ingat husna :'(
So Husna teringin la nk tolong dia. Husna send kt dia doa yg husna selalu amalkan. Doa ni husna mula amalkan sejak darjah 6. Masa tu mak mmg wajibkan anak2 dia hafal doa ni. Husna cuba amalkan mengikut yg disuruh. Kalau hari sekolah tu, husna cuma buat 3 kali. Lepas tu sambung setakat mana yg sempat sepanjang perjalanan ke sekolah. Tapi sekarang ni kan cuti sekolah, apa kata korang try amalkan sepenuhnya... Husna memang rasa sendiri effect doa ni. Alhamdulillah ingatan husna makin kuat. Lauk apa yg husna makan masa latihan memasak PPIM dulu pun husna ingat lagi. Ikan kicap dgn sambal belacan :p Sampai hari ni husna masih amalkan tapi tak sepenuhnya. Hehe.. So, husna tak naklah simpan sorang2 benda ni. Kita kena sama2 majukan umat Islam. Husna decide nk share dgn korang doa ni...

Takwa Benteng Dosa

Monday, 25 November 2013 - - 0 Comments

Salam alaihi alaik...

Hari ni husna nk share sikit dgn korang pasal TAKWA. Husna baru terbaca pasal takwa ni dlm novel Sinergi karya Hilal Asyraf. Dah lama dah buku ni dlm rak buku adik husna tp husna mula minat nk baca buku ni bila Ketua Badar smka kerian request buku ni utk majlis tukar hadiah jamuan akhir tahun. Teringin nak tahu apa yg best nya buku ni. Hehe...

Ok jom mula!

Takwa adalah bekalan rohani yang terhebat bagi berangkat meneruskan perjalanan. Takwa diangkat sedemikian penting kerana dgn kewujudan takwa lah yg membantu kelangsungan ketaatan hamba kpd Allah. Dgn kewujudan takwa, barulah manusia boleh hidup menjunjung titah & meninggalkan laranganNya. Dan takwa adalah KUNCI ketaatan kpd Allah

Suatu hari, Umar al-Khattab bertanya kpd Ka'ab bin Malik mengenai erti takwa. Ka'ab bin Malik menjawab:

"Apakah kau pernah berjalan di suatu tempat penuh duri, wahai Umar?"

Sayidina Umar menjwb, pernah. Ka'ab bin Malik brtnya lagi, "Apakah yg kau lakukan?"

"Aku sinsingkan kainku agar tdk tercarik pd duri, kemudian aku berjalan berhati-hati agar tidak terpijak dgn mana2 duri itu."

"Ketahuilah Umar, bahawa itulah sebenarnya takwa."

Cerita itu menerangkan kpd kita bahawa takwa adalah rasa berhati-hati dan takut utk ingkar pada apa sahaja larangan Allah. Duri2 itu ibarat larangan Allah. Takwa ibarat perbuatan berhati-hati dan menyinsing kain kerana takut terpijak dan tercarik duri. Firman Allah:-

"Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kpd Allah dgn sebenar-benar ketakwaan."
(Ali Imran: 102)

Ok setakat tu sahaja dulu. Tulis panjang2 nty korang tak larat nk baca pulak. Nanti kita sambung perbincangan takwa ni dlm entri2 akn datang jika Allah izinkan Insyaallah...

Selamat meningkatkan bekalan rohaniah iaitu takwa ^^

Indah Bintang Hebatnya Pencipta

Sunday, 24 November 2013 - - 0 Comments

Salam ukhuwah...

Cantikkan gmbr bintang tu? Cuba pejam mata dan bayangkan korang tengah baring atas padang waktu malam dn byk bintang yg korang nampak. Indah kan? Satu perasaan yg tak dapat digambarkan. Hebat betul pencipta dia.

Husna keluar kejap tadi nk tgk bintang. Tp dari semalam husna tak nmpk satu bintang pun. Satellite adalah. Dunia sekarang susah nk nampak bintang. Byk sgt lampu mungkin... Salah satu benda berharga yg ada di smka kerian adalah pemandangannya. Kedudulannya atas bukit mmg amat strategik utk melihat keindahan ciptaan Allah. Waktu pagi dan malam, Subhanallah cantik sangat tak dpt digambarkn dgn kata2!

Husna tergerak hati nk buat puisi ni bila kawan husna cakap, " Mlm ny tg0k bintg taw. Egt Pncipta, dy bkn 0rg len". Husna rindu sangat kt dia sekarang ni tp husna tak boleh buat apa sebab husna dh rosakkan semuanya. Semoga ukhuwah kami tak berakhir hanya di sini :(

Menggapai Bintang

Lama ku merenung bintang di langit
Cuba mencari kecacatan
Namun hairan tidak ku temui

Ingin ku menggapai
Menggenggam dan memiliki
Namun ku tahu ku tak mampu
Kerana ia bukan milikku
Dan tak mungkin ku miliki

Kagumku akn Pemiliknya
Apatah lagi Penciptanya
Menjaga penuh rapi
Mengatur penuh strategi

Malah amat pemurah
Mengizinkan keindahannya
Dinikmati hambaNya
Yang sering mengingkarinya
Yang sering lupa akanNya
Tapi juga yang sentiasa dimaafi
Yang sentiasa dikasihi

Ikhtiar Rawat Migrain

- - 0 Comments

Urrgghhhh!!!! Rasa mcm nak korek otak ni atau pun hentak kepala kt dinding sampai pecah. Tulah perasaan orang yg mengalami migrain.

Assalamualaikum semua...

Dah lama husna tak rasa migrain. Hari ni Allah anugerahkan sekejap rasa tu utk ingatkan husna balik kpd siapa husna perlu mintak pertolongan dan siapa yg sentiasa ada di saat husna memerlukan. Kalau nampak orang tengah migrain, jangan sesekali cuba dekat. Sebab mereka ni sebenarnya berada di luar kwln akibat sakit yg teramat sangat. Husna pun terbaling enset td. Nasib baik tak kuat n jatuh atas katil. Kalau tak mnangis tak sudah la jwbnya :p
Nampak tak betapa lemahnya manusia? Perasaan sendiri pun tak mampu nk kawal sedangkan bumi dan setiap isinya ni adalah di bwh kawalan Allah. Sekarang dh rasa lega sikit sbb dah makan ubat. So, husna nk share sikit dgn semua tentang kaedah rawatan migrain yg husna jumpa kt blog As-Syifa’ Iq Insan Melaka tadi...

KAEDAH RAWATAN :-
"Berusahalah berjumpa dengan doctor kesihatan, usaha dengan memakan ubat ubatan yang dinasihatkan oleh doktor mengikut rawatan secara klinik. Namun dalam kaedah pengubatan Islam ialah dengan berikhtiar dengan berbagai cara iaitu :-"

DOA YANG DIBACA
1. Al-Fatihah2. Selawat Syifa’3. Al-Hasyr : 21-244. Al-Mukminuun : 115-1185. Tiga Qul6. Al-Waqiah : 197. Doa pilihan
*BAHAN-BAHAN RAWATAN*
1. Air Zam-Zam atau Air Mineral2. 3 helai kain putih lebar dua inci sepanjang 3 kaki (boleh ikat kepala)

KAEDAH RAWATAN
Amalan ini elok dijalankan selepas solat Zuhur. Adalah lebih mujarab sekiranya air yang digunakan ialah air zam zam tetapi sekiranya tiada bolehlah digunakan air biasa.
Pegang kepala dengan dua belah tangan dan setiap kali (daripada tujuh kali ) selesai membacanya, picitlah kepala dan apabila tiba kali ketujuh picitlah secara isyarat seolah olah membuang penyakit itu daripada kepala.Air yang di doakan tadi hendaklah diminum dan disapukan di kepala hingga basah kuyup. Ambil selembar kain putih dan dibasahkan dengan air doa tadi kemudian diikat pada kepala dan berbaringlah dengan selesa hingga kering air di kepala dan sepanjang berbaring itu banyaklah berzikir kepada Allah sebaik baik zikir ialah tasbih Nabi Yunus semasa berada di dalam perut ikan
Hendaklah dibuat tiga hari berturut-turut menggunakan kesemua kain. Jika perlu ulangan maka bawalah bahan yang sama di atas untuk didoakan semula.
"As-Syifa’ Iq Insan Melaka""013-2006363"

Jadi kesimpulannya, walau sakit macam mana pun kita jgn sesekali lupakan Allah. Ust Kazim Elias pernah ckp dlm ceramah beliau. Bunyinya lebih kurang mcm ni kalau tak salah husna, "kita sekarang ni manja sangat! Pening kepala sikit tak larat nk bangkit solat. Macam mana Allah nk bg sembuh? Cuba kalau sakit kepala tu pegang al-quran baca surah al-waqiah. Surah al-waqiah tu rawatan utk orang sakit kepala insyaallah. Balik ni tuan-tuan yg sakit kepala tu bukak quran baca waqiah. Insyaallah Allah beri kesembuhan."
Wallahua'lam...

Nawaitu

Friday, 22 November 2013 - - 0 Comments

Assalamualaikum akhi/ukti...

Hari ni husna nk sentuh pulak pasal NIAT...

Setiap hari kita bangun dari tidur, adakah kita mulakan hari kita dengan niat? Atau terus mnjalankan aktiviti harian macam biasa? Kebanyakan kita menjalani hari hari kita melakukan benda yang sama. Bangun pagi, sarapan, pergi kerja/sekolah, balik kerja/sekolah, siapkan apa yang patot, then tidur. Itulah yg kita ulang setiap hari. Kadang kita berasa jemu kan?

Apa kata anda ubah hari anda mulai sekarang!
Pasanglah niat sebelum anda tidur, "aku tidur hari ni adalah untuk bangun sebagai hamba Allah pada esok pagi atau mati dalam iman". Sebagai umat Islam sepatutnya kita sentiasa bertaubat sebelum tutup mata pada malam hari kerana mungkin hari itu adalah hari terakhir kita.

Rasulullah SAW pernah berwasiat kepada istrinya, Siti Aisyah:
“Wahai Aisyah, janganlah engkau tidur sebelum engkau melakukan empat hal:
1. Mengkhatamkan Al-Qur’an
2. Memperoleh syafa’at dariku
3. Kaum Mu’minin dan Mu’minat ridho kepadamu
4. Melaksanakan Haji dan umrah”
Aisyah bertanya: “Ya, Rasulullah… Bagaimana mungkin aku melakukan semua itu sebelum tidur?”
Rasulullah SAW menjawab: “Sebelum tidur:
1. Bacalah surat al-Ikhlas 3 kali. Maka seakan2 (sama nilainya) dengan mengkhatamkan Al-Qur’an.
2. Bacalah shalawat untukku, “Allaahumma shalli ‘ala Muhammad wa ‘alaa aali Muhammad”, maka aku akan memberi syafa’at kepadamu.
3. Mintalah ampunan untuk kaum mi’min/at (Allaahummaghfir lil mu’miniina wal mu’minaat, wa lil muslimiina wal muslimaat, al-ahyaa-i minhum wal amwaat), maka niscaya mereka akan meridhoimu.
4. Bacalah “Subahanallah, Wal hamdulillah wa la ilaha illallah huwallahu akbar”, maka seakan2 (sama nilainya) engkau telah melaksanakan haji dan umrah”

Amalkanlah selalu dan bangunlah di pagi hari dengan niat yg betul juga. Misalnya, "hari ni ak akan pergi kerja untuk menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah dan menuntut sebanyak mana ilmu yang boleh demi mencari keredhaan Allah". Kita juga  boleh mempelbagaikan niat. Contohnya jika mengambil wudhuk. 45% manusia mengambil wudhuk dgn niat untuk bersolat. Cuba kita pelbagaikan niat wudhuk kita untuk membersihkan diri, berjumpa dgn Allah, mngikut sunnah nabi, dan berharap wudhuk yg sempurna demi memperoleh keredhaan Allah. Dengan tu kita bkn shj peroleh ganjaran berwudhuk tp ganjaran ikut sunnah, ganjaran keihklasan dll. Mudah bkn? Hari2 yg berjalan dengan niat adalah hari yg amat indah dan bermakna. Tak percaya? Cubalah! Anda mampu mengubahnya... Selamat beramal ^^

The Power of Istikharah

Thursday, 21 November 2013 - - 0 Comments

Assalamualaikum...

Husna nk citer pasal kuasa istikkharah ^^
Benda ni fest time husna rasa sepanjang bergelar seorang hamba Allah aka pelajar.
Selalunya orang kaitkan istikharah ni dgn jodoh kan?

Sebenarnya tak...  Allah sendiri suruh hambaNya minta petunjuk dr Dia kan? Kenapa?
Sbb sesungguhnya Allah tu Maha Mengetahui. Dia adalah pencipta kita jadi Dia tahu semuanya pasal kita. Dia tahu apa yang kita mahu dan apa yang terbaik untuk kita. Allah kan pernah berfirman,

“Diwajibkan atas kamu berperang, Padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh Jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”  (QS. Al-Baqarah : 216)

Sweet kan Allah? Dia selalu ada di saat kita memerlukan.. Tp kita hanya cari Dia bila kita memerlukan :'(

Ok lah nk start citer...
Citer dye macam ni, husna sekarang ni dah tinggal kat asrama.  Kat SMKA Kerian. Sekolah yg sekarang ni tengah mendadak naik namanya. Husna seronok dok sana, ramai sgt kawan2 yg friendly n penyayang. Tapi tak tau kenapa hati ni memberontak sangat nak pindah. Biasa la tu jiwa remaja. Memberontak je keje. Sesungguhnya mmg husna tak tau langsung kenapa husna nk pindah. Macam2 alasan tak  munasabah yg kluar padahal semua kelentong.

Akhirnya setelah hampir akhir tahun, hasrat husna tercapai. Setelah macam2 konflik melanda, ayah kne transfer tempat keje fan sbg nya, ayah izinkan husna pindah. Entah kenapa rasa tanak pindah pulak. Mengada2 sungguh hati ni! Haish... Ntah pahape je.. Ayah n mak ckp semua keputusan kt tangan husna.

Mmg taknak pindah tp mcm rugi pulak sebab ni adalah benda yg husna nk sgt dulu. Maybe Allah kabulkan doa husna. Tp still rasa mcm berat nk tinggalkan skolah tu dn kawan2.. Tgh pikir2 tu, mak pulak cakap yg skola yg husna nk pindah tu ada tempat kosong utk kelas first kelas 5 Ibn Khaldun. Semakin excited nk pindah skolah baru tp still berat nk tinggalkan skolah ni. Tp makin lama makin byk benda yg buat husna stress kt skolah ni. Kadang2 husna rse masalah2 tu semua mcm nk halau husna kluar. So husna tetapkan hati hantar borang pindah.

Tinggal seminggu je lagi nk habis skolah mse husna hantar surat pindah tu. Masa tu rasa mcm nk menjerit sangat2, "btol ke apa yg ak buat ni?" Tp dgn bangganya ckp dekat kawan yg slalu dengar problem husna, nama dia Wani "Aku dh hantar dh borang tu." Dia cakap "OK kalau ko rasa tu yg terbaik" Dia ni slalu suruh Husna buat istikharah. Husna dh buat dr dulu lg tapi tak dpt jawapan. Husna mcm dh give up. Tp Wani ckp mcm ni,

" solat istikharah..biar ALLAH yg tntukn...n please..jgn byk alsn..tu mksdnye ang dh cbr kekuasaan Allah tau..x nk jdi hmbe yg drhake kn..? "

Husna terus tersentap! Sejak tu husna terus buat n bersabar. Tp makin berat nk tinggalkan kawan2 especially Cokicoki (nme sbnr dirahsiakn) n pening pikirkan benda ni. Periksa akhir tahun pun husna malas nk fikir dah. Husna bukak buku ala kadar je. Terok kan?? Hari terakhir sebelum hari husna keluar dari sekolah tu cokicoki yg jarang sgt dtg dorm husna tu tiba2 dtg masa husna masuk masa husna nk pegi meeting dgn cgu n dia bg hadiah dan surat. Hadiah pertama rasanya dr dia XD  nasib baik masa tu husna dh habis kemas beg. Kalo tak nanti tak pasal2 jadi drama tengah2 dorm :p Ayat dia bagi buat husna nk nanges n bertambah rasa nk cancel. Tp boleh lg ke??? Ayt dye mcm ni, "Ko bohong ak an? Ko x pinda"
Disebabkan surat tu husna sampai lambat meeting. Malu :3

Esoknya husna bertolak...
Time tu lepas zohor jadi amat sedikit manusia yg masih bukak mata. Husna kejut jugak wani. Hadiah yg husna plan nk bg masa jamuan akhir tahun tu terpaksa husna bg time tu jugak. Cokicoki nanges... Tp sy bukan seorang yg reti memujuk :p semakin sy pujuk semakin sakit hati orang yg dipujuk. Haha... Lepas salam2 kereta pon bergerak.. Tak peduli dah orang bising dlm kereta tu. Pejam mata n pipi basah...

Masa cuti, satu hari tiba2 makcik pejabat skolah mintak cofirmation melalui sms. Semua orang yg husna mintak pendapat taknak tolong bg jawapan. Rasa macam nk tenggelamkan diri dlm tanah je masa tu. Tiba2 mak mesej "pilih lah ikut gerak hati" Then tiba2 husna teringat mimpi sehari sebelumnya. Mimpi tu sgt jelas dari A-Z. Yg lg hebatnya tiga jawapan terus husna dapat dlm mimpi tu. Subhanallah... Tak sia sia kan istikharah dan bersabar?

Yang penting selalu lah meletakkan kepercayaan kepada Allah kerana Allah Maha Mengetahui segala sesuatu... Selamat beristikharah dan menanti jawapan!
Ha! Lagi satu wani cakap... Petunjuk tu bkn hnya dapat melalui mimpi tp kadang2 gerak hati... Gud luck! ^^