Takwa Benteng Dosa
Monday, 25 November 2013 - Labels: bekalan rohaniah, Hilal Asyraf, Ka'ab bin Malik, kisah Umar, pengertian takwa, perbincangan, Sinergi, takwa - 0 Comments
Salam alaihi alaik...
Hari ni husna nk share sikit dgn korang pasal TAKWA. Husna baru terbaca pasal takwa ni dlm novel Sinergi karya Hilal Asyraf. Dah lama dah buku ni dlm rak buku adik husna tp husna mula minat nk baca buku ni bila Ketua Badar smka kerian request buku ni utk majlis tukar hadiah jamuan akhir tahun. Teringin nak tahu apa yg best nya buku ni. Hehe...
Ok jom mula!
Takwa adalah bekalan rohani yang terhebat bagi berangkat meneruskan perjalanan. Takwa diangkat sedemikian penting kerana dgn kewujudan takwa lah yg membantu kelangsungan ketaatan hamba kpd Allah. Dgn kewujudan takwa, barulah manusia boleh hidup menjunjung titah & meninggalkan laranganNya. Dan takwa adalah KUNCI ketaatan kpd Allah
Suatu hari, Umar al-Khattab bertanya kpd Ka'ab bin Malik mengenai erti takwa. Ka'ab bin Malik menjawab:
"Apakah kau pernah berjalan di suatu tempat penuh duri, wahai Umar?"
Sayidina Umar menjwb, pernah. Ka'ab bin Malik brtnya lagi, "Apakah yg kau lakukan?"
"Aku sinsingkan kainku agar tdk tercarik pd duri, kemudian aku berjalan berhati-hati agar tidak terpijak dgn mana2 duri itu."
"Ketahuilah Umar, bahawa itulah sebenarnya takwa."
Cerita itu menerangkan kpd kita bahawa takwa adalah rasa berhati-hati dan takut utk ingkar pada apa sahaja larangan Allah. Duri2 itu ibarat larangan Allah. Takwa ibarat perbuatan berhati-hati dan menyinsing kain kerana takut terpijak dan tercarik duri. Firman Allah:-
"Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kpd Allah dgn sebenar-benar ketakwaan."
(Ali Imran: 102)
Ok setakat tu sahaja dulu. Tulis panjang2 nty korang tak larat nk baca pulak. Nanti kita sambung perbincangan takwa ni dlm entri2 akn datang jika Allah izinkan Insyaallah...
Selamat meningkatkan bekalan rohaniah iaitu takwa ^^
This entry was posted on 11/25/2013 11:23:00 am
and is filed under
bekalan rohaniah
,
Hilal Asyraf
,
Ka'ab bin Malik
,
kisah Umar
,
pengertian takwa
,
perbincangan
,
Sinergi
,
takwa
.
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
0 comments:
Post a Comment