Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Jangan terlalu membatas!

Friday, 29 November 2013 - - 0 Comments

Assalamualaikum akhi/ukhti...

Sebenarnya hari ni byk sgt tajuk yg husna nak kongsi sampai tak tau nak pilih yg mana satu. Rasa macam nak sambung perbincangan takwa hari tu, tapi tiba2 terjumpa tajuk yg lebih menarik. Sebenarnya tajuk kali ni dtg dari ceramah seorang muallaf yg lahir di India dan tinggal di California. Husna tgk dia punya ceramah ni kat tv al-hijrah Being Me. Cara dia ceramah sgt seportin dn terasa kena tembak tepat ke batang hidung. Hehe...

Dia kongsi byk cerita tp yg husna sempat dgr sepenuhnya dn ingat sket ialah cerita yg husna nk kongsikan dgn korang semua hari ni. Cerita dia mcm ni...

Kisahnya mengenai seorang imam dan anak lelakinya yg berusia 11 tahun. Setiap hari Jumaat, imam dan anaknya itu akan keluar mengedarkan risalah "Jalan menuju syurga" kpd orang ramai sebagai usaha menyebarkan dakwah serta keagungan Allah. Anaknya itu sentiasa bersemangat mengikut ayahnya mengedar risalah tanpa pernah mengeluh.

Suatu hari pada hari Jumaat, hujan turun dgn sangat lebat. Imam berasa tidak perlu mengedar pada hari itu kerana cuaca tidak mengizinkan. Tetapi si anak tetap bersemangat mengedar risalah.

Anak : Ayah jomlah kita edar risalah kepada orang ramai macam biasa!

Imam : Tidak anakku, hujan sangat lebat di luar. Tak mungkin ayah larat mengedar dalam cuaca begitu. Kalau ayah pengsan, siapa yang akan angkat ayah?

Anak : Kalau begitu izinkan saya keluar mengedar sendirian ya ayah?

Anak lelakinya tetap berdegil ingin menyebar dakwah.

Ayah : Baiklah tetapi kamu perlu berhati-hati.

Imam akhirnya melepaskan anak lelakinya pergi diiringi doa keselamatan darinya.

Budak lelaki tu pun terus mengedar risalah tersebut dari rumah ke rumah dengan wajah ceria dan penuh semangat. Setelah 2 jam mengedar, akhirnya tinggal senaskah lagi risalah yg masih belum diedarkan. Dia tiba di suatu kawasan tetapi tiada sesiapa di situ. Dia nekad hendak menghabiskan edaran tersebut lalu berlari ke kawasan perumahan.

Apabila tiba di suatu rumah, dia menekan loceng beberapa kali namun tiada siapa yg membuka pintu. Semasa dia hendak melangkah pergi dari rumah itu, dia berasa seperti ada yg menghalangnya dari pergi. Dia memutuskan menekan loceng lagi. Tiada jawapan. Lalu dia memukul-mukul pintu itu lebih kuat. Akhirnya usahanya berhasil. Seorang perempuan tua muncul di muka pintu dlm keadaan lemah. Anak lelaki itu terus berkata "Assalamualaikum. Allah menyayangimu dan sentiasa ada untukmu. Risalah ini mengandungi cara buatmu mengenalinya dan bimbingan mencapai bahagia." Setelah menyerahkan risalah tersebut, dia segera pulang ke rumah kerana cuaca yg tersangat sejuk.

Pada Jumaat seterusnya, setelah selesai berkhutbah, Imam tersebut bertanya, "Ada sesiapa yg nak berkongsi apa2?" Tiada yg menjawab. Tiba-tiba berdiri seorang wanita tua di saf belakang lalu berkata,

"Assalamualaikum. Tiada sesiapa di sini yg mengenali saya. Jumaat lepas saya bukanlah seorang muslimah. 2 tahun lepas suami saya meninggal dunia dan meninggalkan saya keseorangan. Saya berasa sangat sunyi kerana tiada siapa yg mempedulikan saya. Saya mengambil keputusan membunuh diri untuk menamatkan penderitaan saya. Pada hari Jumaat lepas, saya mengikat tali pada kipas dan berdiri di atas kerusi. Saya ingin menggantung diri. Ketika saya mengikat tali pada leher, saya terdengar bunyi loceng. Saya menghiraukannya kerana tiada siapa pernah menjenguk saya selepas kematian suami. Saya berfikir orang itu akan beredar sebentar lagi. Tapi saya hairan kerana loceng tidak henti dibunyikan dan pintu diketuk bertubi-tubi. Saya melepaskan tali di leher dan perlahan-lahan membuka pintu. Saya melihat seorang budak lelaki yg bersinar-sinar wajahnya. Dia menyerahkan sebuah risalah yg menarik minat saya. Setelah membaca risalah tersebut, saya menangis dan terus berminat memeluk Islam. Saya membuang kerusi dan tali tadi kerana saya sudah tidak lagi memerlukannya. Disebabkan itu kini saya berada bersama anda semua."

Imam tadi terus berdiri dan menuju ke arah anak lelakinya yg berada disaf paling hadapan. Dia memeluk anaknya sambil menangis teresak-esak.

-THE END-

Okeh! Pengajarannya kt sini~~
- Ibu bapa sepatutnya tak boleh menyekat anak2 melaksanakan impian mereka kerana mereka mungkin mampu mengubah dunia! Berilah kepercayaan kpd mrka dn jgn terlalu menyekat kerana anak2 sebenarnya memiliki pemikiran yg luas
- Korang yg bergelar anak2 pulak jgn pernah hancurkan kepercayaan yg mak n ayh kita bagi. Kita yg masih muda sepatutnya punya matlamat dn impian yg luar biasa yg mampu menggempar dunia! Ayuh anak muda kita sama2 bangunkan syiar Islam. Tinggalkn senjata2 yahudi yg merosakkan kita sekarang ni. Kata penceramah td, komputer dn tv yg menyempitkn pemikiran anak2 yg sebenarnya sgt kreatif dn luas. Jadikan al-quran dn buku shbt kita. Dn gunakn senjata yahudi sbg senjata kita utk hancurkan mereka. Sebarkan dakwah anda tanpa fikir siapa anda dan berapa usia anda kerana ANDA telah menerima amanah dari Allah utk menyebarkan kalimah 'LAILAHA ILLA ALLAH'... Anda takut? Lupakan syurga...

Takbir! Allahu Akbar ^^

This entry was posted on 11/29/2013 03:20:00 pm and is filed under anak muda , being me , kisah benar , kisah hidup , kisah imam dan anak lelaki , kisah pengislaman , lailahaillallah , muallaf , penceramah , seruan jihad , tegakkan Islam , the power of , tv al-hijrah , youth . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: