Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Nawaitu

Friday, 22 November 2013 - - 0 Comments

Assalamualaikum akhi/ukti...

Hari ni husna nk sentuh pulak pasal NIAT...

Setiap hari kita bangun dari tidur, adakah kita mulakan hari kita dengan niat? Atau terus mnjalankan aktiviti harian macam biasa? Kebanyakan kita menjalani hari hari kita melakukan benda yang sama. Bangun pagi, sarapan, pergi kerja/sekolah, balik kerja/sekolah, siapkan apa yang patot, then tidur. Itulah yg kita ulang setiap hari. Kadang kita berasa jemu kan?

Apa kata anda ubah hari anda mulai sekarang!
Pasanglah niat sebelum anda tidur, "aku tidur hari ni adalah untuk bangun sebagai hamba Allah pada esok pagi atau mati dalam iman". Sebagai umat Islam sepatutnya kita sentiasa bertaubat sebelum tutup mata pada malam hari kerana mungkin hari itu adalah hari terakhir kita.

Rasulullah SAW pernah berwasiat kepada istrinya, Siti Aisyah:
“Wahai Aisyah, janganlah engkau tidur sebelum engkau melakukan empat hal:
1. Mengkhatamkan Al-Qur’an
2. Memperoleh syafa’at dariku
3. Kaum Mu’minin dan Mu’minat ridho kepadamu
4. Melaksanakan Haji dan umrah”
Aisyah bertanya: “Ya, Rasulullah… Bagaimana mungkin aku melakukan semua itu sebelum tidur?”
Rasulullah SAW menjawab: “Sebelum tidur:
1. Bacalah surat al-Ikhlas 3 kali. Maka seakan2 (sama nilainya) dengan mengkhatamkan Al-Qur’an.
2. Bacalah shalawat untukku, “Allaahumma shalli ‘ala Muhammad wa ‘alaa aali Muhammad”, maka aku akan memberi syafa’at kepadamu.
3. Mintalah ampunan untuk kaum mi’min/at (Allaahummaghfir lil mu’miniina wal mu’minaat, wa lil muslimiina wal muslimaat, al-ahyaa-i minhum wal amwaat), maka niscaya mereka akan meridhoimu.
4. Bacalah “Subahanallah, Wal hamdulillah wa la ilaha illallah huwallahu akbar”, maka seakan2 (sama nilainya) engkau telah melaksanakan haji dan umrah”

Amalkanlah selalu dan bangunlah di pagi hari dengan niat yg betul juga. Misalnya, "hari ni ak akan pergi kerja untuk menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah dan menuntut sebanyak mana ilmu yang boleh demi mencari keredhaan Allah". Kita juga  boleh mempelbagaikan niat. Contohnya jika mengambil wudhuk. 45% manusia mengambil wudhuk dgn niat untuk bersolat. Cuba kita pelbagaikan niat wudhuk kita untuk membersihkan diri, berjumpa dgn Allah, mngikut sunnah nabi, dan berharap wudhuk yg sempurna demi memperoleh keredhaan Allah. Dengan tu kita bkn shj peroleh ganjaran berwudhuk tp ganjaran ikut sunnah, ganjaran keihklasan dll. Mudah bkn? Hari2 yg berjalan dengan niat adalah hari yg amat indah dan bermakna. Tak percaya? Cubalah! Anda mampu mengubahnya... Selamat beramal ^^

This entry was posted on 11/22/2013 10:29:00 am and is filed under aktiviti harian , anda mampu mengubahnya , azam , empat amalan sebelum tidur , hadis nabi , nawaitu , niat , siti aisyah , ubah . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: