Salam Perkenalan ^^


Wal Asr

Tambah Ilmu Lagi ^^

Eratkan Ukhuwah! ^_^

Like My Page ^^

Admire, Sayang, Understanding dan Cinta??? (II)

Tuesday, 24 December 2013 - - 0 Comments

Salamun alaihi alaik...

Dlm entri yg lepas kita dah bincangkan pasal admire dan sayang. Ermm,,, lagi sekali husna tegaskan, ia hanyalah pada pandangan husna yg masih mentah dlm mengenal hidup ni... So, kalau tak setuju tu jgnlah pangkah terus ye.. Kalau lg baik, komenkan sikit dan share kan pandangan korang pulak. Mana taw boleh husna ambik pandangan korang pulak... Sharing is caring kan? ^_^

Understanding??? Gen Z takkan tak taw maksud understanding kan.. Kalau tak tahu jugak takpe, meh husna bagitaw. Ubderstanding tu maksudnya memahami, understand? So husna nak kaitkan dgn konteks dalam bersahabat. Tapi sebenarnya understanding dlm perhubungan ni luas. Boleh jadi antara family, kawan2, suami isteri, pekerja majikan dsb.

Ambik contoh diri sendiri pulak, husna dgn adik, firdaus selalu faham apa yg nak disampaikan. Kadang2 kitorang boleh bersembang hanya dgn pandangan mata. Dan orang yg mempunyai connection begini selalunya orang panggil 'sekepala'.

Pernah suatu hari tu masa kitorang tengah main kt taman, tiba2 datang guard india dgn kayu panjang dan misai yg melentik. Masa dia muncul kitorang dah start stare each other dgn senyuman penuh makna :p kitorang perhatikan guard tu sambil tahan senyum sampai guard tu disappeared. Elok je dia hilang, pecah gelak kitorang sampai rasanya dengar sampai ke kawasan kolam renang xD apa yg dalam kepala otak kitorang?? Biarlah rahsia... Haha.

Itu contoh bg saling memahami. Ada jugak yg kita faham orang tu tapi orang tu tak faham kita. Contohnya sorang sahabat husna yg husna selalu dapat teka apa yg dia maksudkan dan apa yg dia rasa walaupun dia cuba sorokkan apa dia rasa. Husna selalu dapat detect kalau dia ada problem. Dia sendiri yg mengaku dan dia selalu tanya macam mana husna boleh taw. Ikan emas, jawapannya adalah 'concern' dan hubungan hati. Husna sendiri pun tak taw macam mana husna boleh taw. Ada satu istilah yg digunakan menjelaskan keadaan ni. Dalam subjek syariah f4 ustazah pernah cakap pasal benda ni. Tapi husna tak ingat la =,=!!

Contoh yg orang lain faham husna tapi husna tak faham dia pon ada jugak. Husna akui ramai orang tak faham sesetengah benda yg husna cakap. Sebab terlalu byk tersirat. Haha... Tapi dia ni hebat la. Kadang tu benda yg husna mintak tolong dia buat dia boleh buat dgn perfect walaupun husna tak bgtaw tujuan n cara nk buat tu. Dan dia selalu faham apa yg husna nak sampaikan. Dan selalunya dia lah yg banyak advice husna. Bg husna advice dia rasional dan sesuai dgn keadaan husna. Walaupun cara dia cakap selalu buat orang terasa, husna tak. Sebab... Tak taw.

Contoh lain. Yang ni lebih kurang firdaus tapi bukan hanya sekepala macam firdaus. Sehati sejiwa + sekepala. Kat sekolah kawan2 panggil husna dgn dia ni suami isteri. Haha..  merepek je :p
Kitorang selalu buat benda-benda merapu sama-sama dan tukang kecoh dalam kelas. Walaupun dlm kecoh kitorang bekerjasama, tapi dlm soal hati pun kitorang sepakat. Dah 3 tahun kitorang ber 'suami isteri' baru sekarang husna sedar hakikat tu. Haha...  Alhamdulillah sekarang dia dah banyak berubah dan dia kata teringin nak pakai purdah :) terbalik pulak. Dulu husna selalu advice dia pasal agama. Sekarang dia pulak yg suruh husna jgn pakai seluar jeans :p Tapi cara dia tegur berhikmah sangat... N tak taw kenapa husna yg susah terima nasihat ni rasa macam senang je nk ikut cakap dia. Maybe sebab cara dia suruh tu mmg masuk dgn cara yg husna nak. Sempoi tapi sampai ke hati. Dia lebih kepada mengajak berbanding menegah. Tak perlu dgn jelingan, dan menusuk hati. Rasulullah pun ajar kita cara menegur orang. Biarlah niat menegur tu semata-mata kerana Allah. Bukan kerana marah dll, in shaa allah orang tu lebih mudah menerima. 

Macam dalam Ruh Ukhuway Islamiyah yg kita bincangkan dulu, umat Islam saling melengkapi dan menguatkan. Itulah hikmah Allah mengurniakan keistimewaan 'understanding'. Supaya kita dapat saling menolong, saling menasihati dan support each other.

--------------------------------END OF UNDERSTANDING-----------------------

Kemuncaknya,,, CINTA <3
Sambung kat cinta pulak pada entri akan datang yer... Hehe

In Shaa Allah ^^

This entry was posted on 12/24/2013 09:29:00 pm and is filed under admire , hubungan hati , hubungan manusia , kisah hidup , memahami , mempunyai fikiran yang sama , pandangan , pendapat , perasaan , perbincangan , saling menguatkan , sekepala , ukhuwah islamiyah , understanding . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: